CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label KAWAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAWAN. Papar semua catatan

Jumaat, 16 November 2012

Hangout memalam buta~~




        Minggu ni minggu yang sangat-sangat membosankan.. Bosan ker? Yup! Bosan sangat-sangat.. Bayangkan daripada hari isnin tak der kelas langsung sampailah hari ni.. Langsung tak ada.. Duduk hostel diam-diam goyang kaki, tenung dinding, makan tidur dan online je.. Rutin yang sama tiap-tiap hari.. Kalau tahu awal-awal mungkin dah balik rumah family.. Tapi Minggu lepas baru je balik, tak kan nak balik lagi? Duduk rumah je pun bosan jugak..


      Nasib baik ada je member saya si Adi yang ajak hangout dengan kawan-kawan die walaupun memalam buta, motif cuma nak pergi dataran merdeka.. Jalan-jalan, lepak-lepak dan balik.. Lagi pun diorang keje hari ni.. Jadi kena balik awal, awal tak awal pun dalam kul 1 pagi jugak la balik.. Kesian diorang kena keje esok pagi.. Oleh kerana bosan yang terlampau ikut jugak diorang hangout.. Bawak sorang roomate temankan.. Coz segan dengan member-member Adi.. Nasib diorang Cool dan kelakar, takde la memasing diam je dalam kete kan?


     Baru je kenal pun dah jadi macam member-member rapat.. Diorang sangat kelakar sampai terbahak - bahak tahan ketawa.. Seronok hangout dengan diorang semua.. Adi ni jenis pendiam sikit, tapi bila dengan member-member dia, jadi riuh sikit.. Kalau tak biasa kitorang diam jee.. Lain kali kalau diorang ajak hangout ramai-ramai lagi mesti syok! Hurmm.. Rugi tak tangkap gambar ramai-ramai semalam.. Mesti best! XD

Khamis, 20 September 2012

Rindu.. =(


Saya benar-benar ingin menemui mereka.. Terlalu merindui.. Bila saya belek-belek  gambar kenangan saya dan member  semasa kami baru melangkah kealam kolej, terlalu banyak kenangn yang tersemat.. Sekarang masing-masing membuat haluan masing-masing.. Owh.. Rindu sangat-sangat! Antara banyak-banyak kenangan.. Kenangan yang paling saya tak pernah lupakan ialah semasa kami pergi mandi dan berkelah di ulu yam dan ke rumah anak yatim.. Teringat korang snap gambar saya  senyap-senyap masa  saya nangis  salam anak-anak yatim time dah nak balik.. Dalam kereta saya diam jee.. Tapi roy cakap lain kali boleh lawat lagi.. Lepas tue terus dia buat lawak bagi saya gelak puas-puas..  Seronok sangat.. Masing-masing dengan otak yang gila-gila dan saling mengambil berat antara satu sama lain.. Masa tu kita ibarat satu family.. Meriah sangat!


Tapi sekarang semuanya dah berubah.. Masing-masing dah buat haluan masing-masing. Kini tinggal saya sahaja yang belum habis study.. Akibat tangguh belajar masa operation tulang belakang dulu.. Kalaulah korang masih disini, mungkin saya tak sesunyi macam sekarang.. Hurm, memang lah saya ada kenalan lain.. Tapi tak sehebat dan se”caring” kam0o semua.. Dulu bila salah seorang dari kita ada masalah, kita semua akan sama-sama berkumpul dan cuba selesaikannya sama-sama..


Pernah ada seorang budak cakap saya yang bukan-bukan.. Saya menangis dan terus mengadu kat korang.. Roy paling caring,suruh luahkan segalanya.. Korang jugak yang tolong pujuk dan banyak bagi nasihat suruh bersabar..  Dulu masa wallet saya hilang, fadhli dan mizi jugak yang banyak tolong.. korang jugak yang tolong pergi carik.. Yang paling saya tak boleh lupa, korang celebrate besday saya ramai-ramai.. Masa tue khai yang belanja sebab masa tue besday saya.. Siap amik dan hantar balik lagi.. Dan yang paling sweet sekali dia bagi hadiah lampu tidur yang ada couple bear tengah study.. Sweet kan? Korang memang kawan yang baik..

Ohh.. saya sangat berharap agar masa  boleh berputar kembali…

Khamis, 14 Jun 2012

Sahabat..


                 Semalam saya dan member-member  syafiq, kak ida, mira dan kin terus ke hospital sungai buloh bila mengetahui acap masuk hospital.. Kami gerak kul 4.30 ptg dan stay sana sampai masa melawat tamat. Sangat sedih bila melihat orang yang dulunya periang kini terlantar sakit di katil. Macam tak percaya je.. Sampai-sampai je memang dah nak menitis air mata, tapi terus memasing cover, tak nak ibu acap nampak dan sedih. 

                Saya dan syafiq berborak dengan ibu acap untuk berbincang mengenai hal kesihatan dan hal kolej. Saya nampak genangan air mata seorang ibu masa tue, walaupun dia kelihatan tabah dan cuba untuk ketawa. Yang sedihnya, masa kami sampai acap tengah tidur dan masih mamai-mamai dengan dos morfin yang Dr. bagi. Saya faham, sebab saya pun pernah berkeadaan sebegitu dan ianya lebih teruk lagi. Kasihan dia, cuba untuk berbicara tapi tiada tenaga. Pembedahan usus yang dibuat menyebabkan dia tidak dibenarkan untuk menjamah apa-apa makanan langsung. Cuma air masak je.

 Ya Allah! Sedih betul bila ibu acap cakap yang acap asyik tanya je “Ibu,bila adik boleh makan ni?” Saat tue air mata saya memang dah bergenang dah, bayangkan berminggu-minggu tanpa makanan? Sampai susut habis badan dia, muka dia pun pucat.. Syafiq pun cakap ada beberapa hari lepas acap ada call cakap nak makan “burger king”..  Sedih sangat.. Kami ingat nak bawak buah tangan tapi memandangkan acap memang tak boleh jamah apa-apa jadi kami pergi dengan tangan kosong.. Kami risau jika kami bawa makanan, acap jadi teringin nak makan..

Baru kini saya faham air mata seorang kawan dan air mata seorang ibu.. Dulu semasa saya dimasukkan ke dalam wad, bila kawan datang melawat saya nampak air matanya jatuh.. Masa tu saya pelik kenapa dia menitiskan air mata. Begitu juga keadaan bila saya lihat acap, serta merta air mata mahu gugur. Kini baru saya faham semua itu. Bila seseorang yang kita sayang seperti family, kawan-kawan rapat sakit, secara tak langsung air mata jadi mudah untuk jatuh..

Acap! Tolong la cepat sembuh kami rindukan gelak ketawa acap.. Itu je yang mampu saya bisikkan saat nak balik. Rasa baru je lagi sebelum cuti sem hari tue kitorang keluar bertiga iaitu acap,saya dan syafiq tengok wayang sampai lambat nak pergi kelas. Rasanya baru lagi kami lepak-lepak one utama, pergi makan-makan sama. Tak sangka pulak acap boleh jatuh sakit sampai macam ni..

* Ya Allah, kau selamatkan lah kawan ku seperti mana kau pernah selamatkan diriku dulu. Aminn!!! *

Selasa, 15 Mei 2012

Minggu yang penuh kegilaan part 2!

        Balik je dari bercuti dan lepak-lepak bukit ampang, balik tu semua tidur tak ingat dunia.. Hari isnin masing-masing dah start kelas macam biasa, penat rasanya.. Dan hari isnin jugak hari untuk saya buat demo untuk subjek "english general purpose" saya buat masak-memasak untuk hari tue.. Saya buat spagetthi dan kena tunjukkan cara-cara memasak sambil speaking english.. Yeayy! Saya berjaya tunjukkan dengan super spontan! Masakkan jugak dapat pujian lect. dan member-member kelas.. Bangga kejap! Habiis semuanya ok..  =D Cuma yang tak bestnya saya lupa nak suruh member snap gambar saya yang berlagak jadi chef tue.. Wuuu~~~


       Hari selasa pulak hari hostel kami takde air.. Pagi dan tengah hari ada, cuma start petang sampai ke malam je tiba - tiba takde.. Dah la kepenatan claz dari pagi sampai petang, petang tue jugak member bilik sebelah ajak pergi mandi swiming pool kat rumah auntie dia yang rumahnya dekat je dengan tempat yang kami selalu keluar makan. Dekat batu tiga. Kondominium puri ayu.. Sangat lega dapat mandi jugak malam tue, pukul 10 dah siap mandi dan tengah bersiap nak keluar makan, tiba-tiba uncle dia pulak balik dan menawarkan untuk "open table" apa lagi memasing, melantak bagai nak gila lah.. Mekasih uncle and auntie! =) Balik tue terus pergi putra lak, hantar barang. Balik dah pukul 1 pagi. Balik sembang-sembang, dah nak kul 3 pagi baru tidur..


      Hari rabu takde kelas jadi saya habiskan masa untuk topap tidur yang dah tak tertopap sebelum-sebelum ni.. Malam tue memasing nak makan kat luar, jadi kami pergi makan dekat seksyen berapa tah tak hingat,then terus jalan-jalan cari rumah berhantu sekitar shah alam.. Ok! Kami memang selalu buat keja gila ni.. Bukan sekali, tapi banyak-banyak kali.. Pernah pergi time pukul 12 malam pun ada.. Gila x? Lepas tue tengah malam lak memasing buat gila tetiba teringin nak makan burger, terus cari burger grill kat seksyen 19.. Tak sedap langsung, harga mahal kemain.. Hampeh tol~~

      Hari khamis lak kami gerak ke sungai buloh untuk pergi kerumah sya, untuk dia amik barang dan jumpa umie kami kejap.. Then petang tue jugak terus ke sepang untuk hadiri kenduri doa selamat rumah aini, Sampai ngam-ngam masa maghrib, dan majlis start lepas isyak.. Lepas selesai doa selamat, majlis cukur jambul pula diadakan.. Tapi tak cukur jambul pun cuma berikan baby minum air zam-zam dan madu.. Saya pulak jadi pengiring baby, sangat seronok ok! Lepas selesai bergambar semua, dah makan dan kemas kami pun bermalam kat Desa vista, sepang sehari.. Mentang-mentang hari jumaat takde kelas kan?


   
    Hari jumaat pulak pagi lepas breakfast, kami terus gerak ke Times Square jalan-jalan dan shopping kat situ.. Balik dari situ terus lepak plaza alam sentral pulak, makan - makan dan sesi karaoke.. Petang tu jugak balik dan malam keluar pergi uptown seksyen 24 pulak.. Lepak-lepak dan cari barang.. Balik tu masing-masing tidur dengan muka keletihan..

      Hari sabtu pulak budak-budak sca ada annual dinner, macam biasa saya telah dibooking untuk jadi tukang makeup mereka, nasib baik barang - barang makeup semua ada kat hostel.. Tolong siapkan diorang 4 orang dari pukul 3 petang sampai pukul 5.. Lepas diorang dah bergerak pergi, saya masak pulak untuk budak-budakk yang duduk hostel.. Menu biasa = nasi + telur masak kicap + sardin + air sarsi.. Kekenyangan masing-masing.


       Semalam just keluar pergi makan dan study je coz hari ni dah start exam.. Alhamdulillah dapat jawab dengan tenang siang tadi.. Balik dari exam terus beli makanan dan makan, tiba - tiba pulak syafiq dan yaya roger - roger ajak keluar pergi study kat library dalam kelab golf sebelah ni.. Besar kemain library tue, banyak kemudahan yang disediakan..Sempat solat zohor kat situ..  Cantik sangat.. Pukul 4 lebey syafiq mengadu lapar dan ajak makan burger kat seksyen 7, pergi tapi tak jumpa kedai.. Terus pergi seksyen 11 pulak makan nasi ayam kat belakang caltex.. Dah pukul 6 petang, singgah solat kat surau tadisma dan gerak balik.. Ni budak-budak bilik ajak lepak-lepak study kat kedai sebelah.. Rasa malas dan terus menaip blog sampai habis.. Semangatkan? =D


Gambar? Haruslah!


GAMBAR DOA SELAMAT

















T.S and P.A.S









Sabtu, 10 Mac 2012

Tentang TEMAN tapi MESRA...

Saya ada seorang kawan yang saya sangat suka berkawan dengannya, selesa dengannya dan happy bila ada dengan dia.. Perangai dia yang gila-gila, suka menyakat, kelakar, baik hati dan tak berkira tue membuatkan ramai yang selesa untuk berkawan dengannya, termasuklah saya.. Perkenalan kami bermula dari best friend kami.. Saya teman membe saya date.. Dan dia teman bf membe saya date.. Sama-sama jadi peneman.. Saya memang selalu kena jadi peneman kawan-kawan saya date.. Kadang-kadang saya sendiri pun tak faham kenapa diorang suka saya teman.. Maybe perangai saya yang gila-gila dan mudah bercampur dengan orang kott...



Dan biasanya bila saya dah jadi peneman diorang, mesti ada yang sangkut mintak no.saya.. Adoiii~~ Biasanya saya akan cakap, nak no. saya? Cari sendiri... Then diorang akan dapat jugak no.saya tue.. Mesti bodek member saya sampai dapat.. Tahu-tahu ada no. yang tidak dikenali je call/mesej.. Owh ye.. Berkenaan dengan teman tapi mesra saya ni.. Kitorang selalu lepak-lepak sama-sama dengan membe-membe lain.. Tiap kali jumpa mesti saya yang akan menjadi bahan untuk diorang usik.. Saya pun tak kisah kena bahan,kadang-kadang dok gelak sama tak tahan dengan lawak dia.. Kadang-kadang saya pun dok bahan dia, bila dia wat salah sikit pun.. Sama-sama membahan.. Ada je point dia untuk kenakan saya.. Ktorang memang sangat kerap lepak sama-sama.. Boleh nak dikatakan hampir setiap hari lah.. Kalau saya ada kelas pagi jew saya akan skip lepak dengan diorang.. Tapi kalau kepala tengah tension, ktorang roger-roger untuk jumpa...Hilang streess bila lepak dengan diorang..


Masa mula-mula kenal lagi member saya dah bagi clue yang dia minat kat saya.. Tak payah cakap pun dah tahu.. Tengok cara dia dok layan saya pun saya dah tahu.. Untuk mengelakkan daripada dia ada perasaan dekat saya, saya gunakan "aku kau" je bila bercakap dengan dia.. Wat-wat otai selumber rock.. Cakap pun kasar-kasar kat dia.. Tapi dia perasan dan dia pernah tegur kenapa kasar-kasar dengan dia, dia suruh saya jadi sopan santun sikit... Haha.. Apakah? Yang paling saya geram bila dia sibuk-sibuk panggil nama saya banyak kali lepas tue bila tanya kenapa, dia cakap saje panggil.. Haha.. kadang-kadang bengang, lama-lama tergelak tengok mimik muka dia yang macam tak bersalah tue...



Ada satu hari tue, dia tanya saya yang saya ada bf or tak.. Saya pun cakap jelah takde, dah memang takde pun kan? Then dia tak percaya.. Dia cakap saya tipu.. Bila dia tanya dekat member-member yang lain, lama-lama baru dia percaya.. Dia macam nak masuk line.. Tapi memang pun, kawan saya yang cakap.. Jadi saya dah siap-siap cakap yang saya suka kami bersahabat jew.. Sebab sahabat hubungan yang akan kekal sampai mati.. Dan saya cakap buat masa ni saya tak nak couple dengan sape-sape.. Sebab saya suka berkawan jew..Maybe disebabkan itu perangai dia dah berubah... Dia dah tak reti nak bahan-bahan saya lagi.. Tak reti nak panggil-panggil saya then bila saya menyahut, dia cakap saja panggil.. Dan takde dah nak gelarkan saya si mata bolart.. Takde dah die bawak kete laju-laju macam dulu sebab dia suka dengar saya jerit-jerit nama dia bila dia bawak laju.. Takde lagi mangkok yang suka kacau saya  pagi-pagi pukul 6-7 pagi.. Takde lagi gila-gila dia yang suka buat saya ketawa...



Owh damn! Really-really miss that moment... Rindu gila! Adakah kerana kata-kata saya tempoh hari yang membuatkan dia jadi macam tue.. Sekarang ni kalau keluar ramai-ramai dia more cakap dengan bf kawan saya tue.. Dah tak reti nak bahan-bahan saya.. Saya diam, dia diam.. Owh.. Boleh mati akal aku kalau dia asyik diam jew! Saya dekat sebelah dia pun die boleh wat tak tahu.. Cuma kadang-kadang jew cakap, tue pun tak semeriah dulu.. Dalam kereta kalau saya duduk sebelah dia sebab nak bagi hot couple duduk kat belakang.. Selalunya dia akan tenung muka saya, sampai muka saya merah padam sebab nak usik saya.. Tapi sekarang dah tak macam tue dah.. Sama-sama layan lagu jew.. Yang kat belakang je riuh...


Kadang-kadang rasa macam nak pergi kat dia dan cakap "Kau dah kenapa tak reti nak bahan aku! Tak reti nak kacau-kacau aku dah hah?!" boleh tak nak cakap macam tue? Tapi saya tak reti nak serius or nak marah-marah dengan dia.. Nanti mesti saya yang gelak balik bila tengok muka dia tue.. Hurmmm... Macam mana nie! Saya rindu dia yang dulu... =(





Rindu nak bahan-membahan dengan kamo0!

Isnin, 5 Mac 2012

Nak pergi yang mana 1 nie... ADOi~~

Bulan depan ada 2 jemputan wedding dekat area Johor.. Satu datangnya dari akak hostel lama.. Dan undangan satu lagi pulak datangnya dari member boy saya kakak dia kawin.. Jemputan yang mula-mula sekali dapat datangnya dari member boy.. Dah invite dari bulan 1 lagi.. Yang akak hostel lama tue pulak dia baru invite baru - baru nih.. Sangat serba salah sekarang... Macam mana nih erk?


Tapi budak-budak kolej semua dah excited nak konvoi naik kete pergi wedding akak hostel lama tuh.. Diorang dah beria-ria nak bawak saya pergi sana.. Memang la seronok.. Tapi member boy saya tu macam mana? Diorang pun dah beria-ria ajak pergi ramai-ramai ke wedding akak dia.. Boleh tak kejap lari sana, kejap lari sini even dah satu tempat.. Johor? Tapi macam lah pakai kete saya sendiri lak kan nak pergi sana sini sesuka hati... Uwaaaa~~


Kenapalah dua-dua pilih bulan yang sama untuk wat wedding.. Dua-dua pihak nak kena jaga hati..  =(

Ahad, 4 Mac 2012

Rindu nak naik wall climbing!

Saya rindu la nak pergi naik wall climbing kat extrem park tuh... Lama kot tak naik.. Ingat lagi dulu bukan main takot nak naik sampai ada br0 guide gunung tue paksa jugak saya naik... Hadooii.. Tak boleh lupa kenangan malam tue.. Dah naik pulak, bila nak turun diorang ramai-ramai gantung saya kat atas tue, dan paksa saya naik balik.. What the ****.. Haha,rasa nak nangis time tue kena buli.. Tapi still wat muka c0ol jerk.. Nasib ada ramai orang tengok, kalau tak dah tangkap leleh dah..


Baru-baru ni ada jugak brother tue roger-roger tanya saya ada mana, tapi nasib tak menyebelahi saya.. Masa tue saya dekat kampung  my friend.. Rugi betul! Dah kali ke-2 melepas lagi.. Adooiiii.. Yang hari tu dia ada roger-roger saya kata dia dekat shah alam.. Terus br0 tue ajak jumpa.. Ape lagi.. Dengan angan-angan nak naik wall climbing lagi.. Terus roger-roger member boy and gurl yang lain suruh datang kolej.. Tengok-tengok hujan lah pulak! Apa lah nasibbb... Tak dapat naik wall, terus lepak-lepak kat bawah hostel sampailah kul 3 pagi.. Meroyan dok menyanyi ramai-ramai dengan guitar.. Tak dapat nak naik wall tiba - tiba br0 guide gunung tue dia bagitahu ada stock mercun yang banyak.. Saya pon terus pergi ushar kat kete dia.. Perrgghhhh! Memang berkotak-kotak pulakkan.. Laju tangan saya masukkan mercun bola dalam plastik.. Mercun lain-lain yang saya tak tahu namanya pun saya rembat banyak-banyak... Budak-budak lain memang jeles la.. Terus saya hulurkan sedikit stok saya untuk diorang main malam tue.. Yang lebihnya bawak balik kampung..


Member-member yang lain pun pelik macam mana br0 guide gunung tue boleh roger saya sorang jerk. Saya sendiri pun tak tahu macam mana br0 guide tue boleh ada no. saya.. Nak tanya macam segan jee... Tapi takpe lah at lease saya ada jugak kawan yang boleh bawak saya naik wall memandangkan saya tak boleh pergi mendaki gunung seperti diorang.. Tapi sekarang semenjak saya operation, wall climbing tue saya hanya pandang sepi jew... Owh.. Sumpah rindu! Tiap kali lalu jerk, mesti terigat-ingat kenangan naik wall...


Ni ada 2 gambar kenangan naik wall.. Ni gambar-gambar diorang, gambar saya tak de! =(

Gambar sis kt situ..

Gambar br0-bro yang buli saya..

Isnin, 20 Februari 2012

Mari masak memasak! hehe..

Semalam kawan-kawan boy and gurl wat satu permintaan berani mati dekat saya.. Hurm.. Diorang nak saya masak ayam masak merah.. Ni semua salah kawan gurl saya yang pandai-pandai cakap saya pandai masak.. Memang lah selalunya dekat hostel saya yang masak untuk diorang. Tapi jangan la bagitahu dekat member-member boy.. Malu ok! hehe..


Untuk tak menghampakan mereka-mereka yang jauh dari keluarga mereka saya telah tunaikan permintaan untuk memasakkan lauk kegemaran diorang iaitu ayam masak merah.. Sanggup diorang tolong hantarkan saya dan kawan saya ke pasaraya HERO utuk membeli keperluan untuk masak memasak.. Sebenarnya saya sangat risau untuk memasak dalam kuantiti yang banyak dan diberi pula pada kawan-kawan boy.. Uishhh~~ Sangat berdebar bila tengok diorang makan nanti..


Sampai je HERO terus capai barang-barang keperluan untuk memasak.. Ayam seekor yang beratnya 2 kilo, sayur, cili boh dan lain-lain.. Sampai je hostel terus basuh ayam dan siang semua bahan-bahan yang dibeli.. Ayam dah suruh orang HERO tolong potongkan.. Maaf ye.. Saya memang tak reti potong ayam, memang malang sape yang buat saya jadi menantu nanti.. hehehe...Dah siap siang semua bahan-bahan saya teruskan memasak pulak.. Sambil tu berdebar-debar,takut tak sedap macam yang diorang harapkan.. Nak suruh member-member tolong, diorang cuma tahu siang bahan-bahan dan makan je.. Adoi~~


Tak pe, saya masak sorang-sorang dan bagi diorang rasa.. Dan Alhamdulillah.. Jadi jugak akhirnya.. Berkat selalu masak ayam masak merah kegemaran adik-adik boy kt rumah.. So,sekarang semuanya dah siap.. Cuma nak tunggu diorang rasa jew.. Takutnye... Ok! Nak share gambar masa memasak tadi..

Goreng ayam..

Ayam dah siap goreng

Masak memasak!

I'm done! Ayam masak merah..

Nasi + Ayam masak merah, sayur tumis, kentang&tempe goreng cili padi..