CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label Dilema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dilema. Papar semua catatan

Rabu, 14 November 2012

Malas nak amik porttt~~

          Saya memang malas sikit nak amik port masalah-masalah yang saya rasa menggangu otak saya dan untuk hal-hal yang saya rasa tak penting langsung.. Tak suka nak amik tahu tentang sape suka sape, sape tak suka sape.. Sape benci sape, sape tak benci sape.. Bagi saya semua sama.. Masing-masing berhak untuk menentukan hidup masing-masing.. Boleh menyayangi dan membenci sesiapa pun sesuka hati.. Tanpa ada halangan dari sesiapa pun..


          Susah sebenarnya nak puaskan hati semua orang.. Kang melebih dengan orang sana, orang sini terasa. Kang terlebih dengan orang sini, orang sana terasa.. Kalaulah badan kita ni boleh dipecah-pecahkan.. Mungkin senang kot? Tangan kat orang A, kaki kat orang B, mata kat orang C dan seterusnya bla bla bla~~ Tapi mustahil bukan? Allah dah ciptakan yang sempurna buat kita dengan setiap fungsi kebaikan yang diberikan..

         
          Semuanya sama, jadi tak perlulah kita saling terasa, merasa atau tersentap.. Orang sana tak ajak buat tu, sentap! Orang ni tak ajak pergi situ, sentap! Orang sinun tak ajak pergi makan, sentap! Si polan tu tak ajak pergi shopping, sentap! Si polan ni tak ajak pergi jalan-jalan,sentap! Si polan sinun tak ajak pergi bercuti, sentap! dan bla bla bla.. Sewaktu dengannya la.. Argghh.. Berapa banyak orang dan si polan daaaa??? Hik hikk...


         Saya rasa tak perlulah saling sentap menyentap sangat sebab masing-masing pun kadang-kadang jadi lupa diri.. Cakap ikut sedap mulut, cakap tak toleh kiri kanan, laser tak tentu pasal, kata tak kena tempat, gurau tak kira kasar dan sewaktu dengannya.. Kan senang kalau kita semua open minded sikit.. Benda-benda kecil tak perlu nak sentap-sentap.. Alah, mungkin kau pun pernah wat orang lain sentap, tapi mungkin orang lain buat bodoh je sebab dah biasa.. Dan mungkin bagi kau, kau gurau kasar dengan orang lain takpe, tapi kalau orang lain gurau kasar dengan kau sensitif sikit..



        Ok kita masing-masing boleh meluahkan perasaan kita pada sesiapa pun kita nak, tak cakap tu nak cakap ni, tak suka tu, tak suka ni.. Cuma kita perlu jaga aib orang.. Tu yang penting.. Jangan pasal hal dalam kain orang pun kita dok cerita kat satu taman.. Tak pasal-pasal tuan badan tue pergi parang kau pulak kang!




P/s : Coretan ini tiada kena mengena dengan sesiapa.. Saya ulangi.. Tiada kena mengena atau tembak-menembak sesiapa.. Siapa dok kaitkan saya dengan sesiapa, saya tembak die balik! =P


Khamis, 8 November 2012

Dugaan dugaan yang mendatang~~


          Macam - macam dugaan pula bila dah nak habis belajar ni.. Ada je dugaan dan halangan yang melanda dah membuatkan saya sedikit streeessss.. Kadang - kadang terfikir kenapa hidup saya tak semudah orang lain? kenapa tak seindah seperti orang lain? Seindah kisah dongeng mungkin? Dulu masalah kesihatan selalu menganggu.. Sekarang makin berkurang, cuma kadang-kadang je sakit tu datang.. Sekarang masalah lain pulakkk..

           Bila dah masuk kolej swasta ni kalau tak duit yang banyak mengalir bukan swasta la kot.. Argghhh.. Menyesal pulak tak amik politeknik kat penang dulu.. Tapi masa tu, fikir jauh sangatt,, Tak sanggup nak berjauhan dengan family.. Wuuuu... Cerita pasal kolej yang asyik telan duit ni, membuatkan saya teringat macam mana saya boleh bergaduh dengan kakak kat account department tempat saya belajar ni..


           Semua ni jadi disebabkan saya keracunan makanan masa final paper Diagnostik Hematologi II.. Malam tu dah terasa dah sakit perut, so sapu minyak angin jelah macam biasa.. Tup tup kul 3 pagi asyik terjaga berlari ke toilet coz muntah - muntah dan cirit birit. Ingatkan sekejap je, jadi tahan jelah.. Lagi pun paper yang saya amik tu start kul 2.30 petang.. Tengok-tengok semua tue belum berakhir walaupun dah pukul 2.30 petang time exam start.. Memang langsung tak larat sebenarnya, muka pucat habis, tak larat nak bangun, belakang habis sakit coz muntah-muntah tak berhenti.. Kesan operation tue terasa mencucuk-cucuk jee..


           Nekad call my dad cerita sambil air mata laju mengalir, my dad suruh call lect. yang mengajar subjek tue.. Terus call dan dia suruh pergi klinik dan amik M.C.. My dad otw datang, sementara tue dia suruh terus pergi klinik, nasib duit dalam bank tak usik lagi masa tu.. Kakak bilik teman dan terus naik teksi sambil pegang perut tahan sakit.. Dalam hati mintak-mintak jangan termuntah dekat dalam teksi, nasib baik kelinik dekat.. Sampai je orang pun tak ramai, so terus daftar dan jumpa Dr.. Dr. bagi M.C dan ubat.. Balik tue terus pergi exam department hantar M.C dan tanya untuk repeat paper final subjek tu kena bayar ke tak.. Dia cakap tak payah, free jee.. Dalam hati melonjak la woiiii seronok tak terkata.. Terus call my dad cakap free je.. My dad amik petang tue jugak bawak balik rumah..


           Sekali bila masuk sem baru, tup - tup kena bayar RM960 untuk subjek tu.. Eh eh.. Bukan hari tue kata free ke? Terus tanya accaunt department tanya kenapa kena bayar, dorang cakap Exam department yang charge semua tue.. Masa tue angin satu badan.. Terus pergi dekat Exam department tanya kenapa kena bayar? Hari tue kata free? Akak yang jaga counter tue tak tahu nak cakap apa.. Terus panggil ketua dekat situ.. Ok! Tak kisah lah kau ketua ke apa ke.. Selagi saya tak dapatkan penjelasannya,memang saya takkan berdiam.. Dua orang adik bilik ikut teman.. Saya dah mengamuk dah marah-marah ketua tue.. Dia cuma boleh cakap "maaf mungkin staf saya salah cakap"  Kalau aku dah maki kau memang kau malu la jawabnya.. "Kalau maaf kau boleh bayar semua duit yang aku terpaksa bayar tue memang aku maafkan dah"


         Agaknya dah takut tengok saya mengamuk kat situ, terus dia pangil kawan lelaki dia tolong.. Kawan dia pun keluar.. (Kau jantan ke,betina ke kalau aku nak maki kau aku maki jugak) Dan mamat tue pun keluar, saya mengamuk pulak dekat mamat tu.. (hah! ko nak gantikan sangat tempat perempuan tue kan)  Lepas dah kena maki dan amukkan saya tue, dengan mamat tue, kakak tue dua-dua terdiam.. Lama-lama rasa macam dah buang masa kat situ, saya keluar.. Sambil tue sempat lagi cakap "kau bagi la makan family kau duit haram tue" Saya ada M.C kot, bukan saja-saja tak nak datang.. Kenapa suka amik kesempatan time orang sakit? Tak faham betul!


           Nak mengadu dekat my dad, tapi nanti dia ingat saya menipu coz hari tue cakap free jer semuanya.. Kalau bagi tahu yang sebenarnya pulak kang my dad pulak mengamukk kat kolej, lagi panjang ceritanya.. Takut nanti my dad geram kat diorang dan suruh saya berhenti pulak! Owh takkk.. Dah nak habis belajar kot.. Dah nak habis belajar dah pun.. Fikir punya fikir.. Lama-lama terpaksa bayar sendiri.. Potong duit belanja sendiri.. No shopping! Wuuuu~~



Sampai sekarang saya dendam dengan kakak & abg kat exam department tue!



Rabu, 25 Julai 2012

Emosi..

Kebelakangan ni emosi sering terganggu.. Kenapa? Hurmm.. Entahlah..





                      

Selasa, 24 Julai 2012

Isu kawin awal?


       Sekarang ni tengah kecoh pasal perkahwinan muda pasangan Syafiq & Yana.. Husband dia umur 16 tahun dan wife dia umur 14 tahun.. Muda bukan? Kalau ikutkan faktor umur memanglah diorang masih muda.. Masing-masing belum habis sekolah lagi.. Tapi bukankah suatu perkahwinan itu lebih baik daripada hidup bergelumang dengan dosa? Yang halal lagi mulia daripada yang haram bukan?

       Berdua-duaan dengan yang bukan muhrim pun sudah menjadi dosa, apatah lagi berpegangan tangan dan lain-lain lagi.. Kalau pernah berzina? Sendiri fikir akibatnya.. Saya tak mahu cakap lebih-lebih.. Biarpun serba kekurangan dan masih tiada harta, ianya lebih baik daripada hidup bergelumang dosa.. Soal rezeki, setiap insan ada rezeki masing-masing.. Cuma rajin cari atau tidak je.. Sekurang-kurangnya mereka halal dan tiada halangan untuk melakukan apa-apa sahaja..

      Mungkin mereka boleh dijadikan contoh untuk remaja-remaja muda yang dah "gatal" untuk berkahwin.. Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda. Awal atau tidak tak perlu kot dipertikaikan, janji halal..
Zaman nenek moyang kita sendiri pun dulu kawin awal, so ianya tidaklah begitu pelik..


       Saya juga mengimpikan sebuah perkahwinan tapi tidaklah sekarang.. Sila jangan salah faham! =D Saya lebih mengiginkan merasa nikmat bercinta selepas kahwin.. Maksudnya terima pinangan orang yang kita tidak kenal dan cuba mencintai dan menyayanginya selepas berkahwin.. Tapi kena tengok jugak latar belakang "future husband" tue.. Kalau boleh, nak yang beriman dan juga boleh menjadi ketua imam dalam solat saya dan ketua keluarga..

        Kalau dapatlah yang macam imam muda tuh.. Memang bertuah sangatlah.. Bukan main lagikan angan-angan.. Saya memerlukan seseorang yang dapat membimbing saya kearah yang lebih baik.dan kearah jalan yang lurus. Seseorang yang boleh merubah saya menjadi lebih baik daripada yang sekarang. Yang boleh buang ego dan sikap keras kepala saya ni..





 “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

 “Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.

 "Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"

(Bukhari & Muslim) :)
 
                            




Sabtu, 21 Julai 2012

Tak faham..



           Jika bersahur dapat mesej dari dia, time berbuka pun dapat jugak.. Tak faham betul la.. Dah tahu saya takkan balas mesej tue, untuk apa mesej lagi? Untuk membuatkan saya tertarik dengan perhatian awak? Jika itu yang awak mahu, semuanya sia-sia.. Kerana saya dah buang semuanya tentang awak dalam hati saya.. Kini saya dah kuat, saya tak memerlukan kehadiran awak langsung dalam hidup saya.. Tak tergerak hati langsung untuk berkawan.. Sekarang ni anggaplah saya tak pernah kenal awak dan awak tak pernah kenal saya..


           Sekali saya benci, selamanya saya akan benci.. Sekali tipu saya, peluang kedua itu masih ada.. Kali kedua ditipu.. Pergi mampos!! Memang tak akan ada peluang ke tiga.. Dulu mungkin saya bodoh dan mungkin saya mudah untuk ditipu, tapi kini tidak lagi.. Saya bukan perempuan yang senang untuk awak perbodohkan dan awak permainkan.. Hidup ini ibarat roda.. Mungkin kini hidup awak senang dengan perempuan-perempuan lain.. Tapi mungkin nanti hati awak pula akan dipermainkan oleh perempuan lain? Masa tue mungkin awak akan terkenangkan saya kan? terkenang kerrr?? "Aku tak kesah pun ko kenang tak kenang!"


        Dulu masa dia excident, muka teruk gila saya masih setia dengan dia dan sentiasa memberi dorongan.. Tapi bila muka dia dah baik, market pun tengah baik mula lah permainan bermula bukan? Tuhan tue timpakan kita musibah untuk kita sentiasa beringat, bukan bila dah baik tak ingat segala musibah yang diturunkan olehNya.. Mungkin bila sekali lagi musibah menimpa baru dia akan ingat kembali orang yang sentiasa ada disisi dia dulu.. Tapi masa tue memang dah tak de ruang dah untuk kembali lagi..Masa tue mungkin saya akan melompat-lompat kegembiraan! Yabedabed0ooo...


 p/s : Tolong jangan pernah ganggu hidup saya lagi!




                                      







Isnin, 4 Jun 2012

TEKAD!

             Mungkin tak mahu diri dibelenggu  oleh mimpi-mimpi lalu menjadikan saya setekad ini.. Saya tekad untuk menyingkirkan bayang-bayang orang yang pernah saya sayang satu ketika dulu.  Berjanji dengan diri untuk menghapus semua bayang-bayangnya yang masih ada. Semua kawan bilik terkejut dengan diri saya yang setekad ini.. Bayang-bayangnya harus dihapuskan sama sekali..

                Firstly, kita mulakan dengan misi membuang semua gambar-gambarnya di baby red saya, delete semuanya yang ada. Kmudian cari pulak dekat handset, ok dah lama delete. Facebook? Dah lama remove. Oh yee, siang tadi saya terus block terus agar jejak saya tiada lagi. Dan terus menghilangkan jejaknya sekali. Puas? Tentu sekali..

                Hari tue masa kemas-kemas barang tiba-tiba Nampak gambar-gambar bayangan itu.. Terus ambil dan tanya kawan-kawan apa nak buat? Terus diorang teruja nak tengok. Hurm,memasing pun blurrr jeee…  Ok puas berfikir, tanpa disedari tangan ni terus laju mengoyakkan gambar-gambar itu menjadi cebisan kecil lalu dibuang dalam mangkuk jamban dan terus flush! Ohh tak tak,semua tue dusta dan rekaan semata.. Saya koyakkan gambar-gambar itu dan buang ikut tingkap, biar ia dibawa angin untuk menghilangkan jejaknya.. Rasa puas ok! Rasa ringan je beban..

                Orang kata bila kita buat sesuatu yang belum pernah kita buat sebelum ini, kita akan jadi seronok.. Ye saya seronok ok! Orang kata bila kita buat sesuatu yang dah lama kita nak buat tapi tak buat-buat dan bila kita buat, kita akan jadi puas? Ye saya puas! Eh,apa yang seronok and puas nih? Seronok bila semua bayangan dia saya dah hapuskan, dan puas bila.. Bila.. Bila.. Saya dah tekad potong rambut saya menjadi pendek seperti yang saya idam-idamkan! Yabedabedoooo… Puas ok!

                Dah lama saya tak potong rambut sependek ini.. Gunting sendiri ok! Saya memang selalu guntIng sendiri, Cuma bila m0od nak menggunting tue takde dan rasa ingin memanjakan diri, terus ke salon berdekatan.. Saya ingat lagi, last saya berambut pendek sampai macam ni masa sek. rendah.. Lama kan? Sek. Men. terus berambut panjang.. Paling-paling pendek pun paras bahu jee.. Tapi kali ni, sangat pendek dan saya sangat seronok.. Rasa ringan jer kepala ni.. Kalau ikotkan kepala saya yang gila ni, saya teringin nak wat gaya boyish.. Ala-ala lelaki tuhh.. Yang pendek gila! Boleh imagine tak?

                Pernah request dekat my mum ok, bukan tak pernah.. Tapi my mum said NO NO and NO! Kalau tanya my dad lagi la die tak bagi kot, kot la? Hahah.. Masa saya potong rambut pendek tue, terfikir jugak alang-alang nak wat stail boyish terus la.. Tapi fikir balik kang bila turun dari bilik je, kanga da yang pengsan pulak kang tak memasal kan? Adik boy pun da tegur “tak pernah-pernah potong rambut pendek, tetiba je potong nape?” Sambil tue puji cakap macam mana saya potong,cantik jugak.. Saya takde la potong pendek gila-gila macam boyish yang macam saya idam-idam kan tue..  Kang ada pulak yang tak kenal mana adik mana kakak kang.. hahaha.. Ok lah itu je saya nak luahkan tentang tekad.. Tekad hapuskan jejak dan bayangannya serta tekad potong rambut pendek.. ok! Mekasihhh..

Jumaat, 27 April 2012

Melupakan dan terus melupakan.. Saya Boleh!

Baik melupakan daripada ingatkan benda/perkara yang lalu.. Belajar daripada kesilapan dulu dan mulakan kehidupan baru.. Kan bagus kalau otak kita boleh remove perkara-perkara yang kita nak lupakan? Hurmm.. Macam lappy/handset, boleh delete apa yang kita tak nak.. Banyak perubahan - perubahan yang saya mahu lakukan.. Lebih-lebih lagi pada diri sendiri.. Banyak lagi kekurangan yang ada pada saya.. Ingin lebih mendekati ke pada NYA.. Insyaallah...


Sekarang dah mula remove orang - orang yang tak penting dalam hidup saya, and mula tercari - cari nombor yang sesuai untuk dijadikan peneman my baby fon... Nombor yang ada sekarang bakal dibuang atau disimpan untuk dijadikan koleksi sahaja.. Terfikir - fikir line yang sesuai.. Maxis? Digi? Or celcom? Hurrmmm.. Entah la!


My dad macam tak setuju dengan tindakan anak gadis dia nie.. Katanya kalau siapa-siapa cari kan susah? Memang la susah, tapi lagi susah kalau orang yang tak diingini mencari.. Betul tak? Lagi pun kebelakangan ni banyak sangat nombor yang tak dikenali naik.. Naik rungsing dan rimas lah pulak..
Jadi keputusan untuk menukar nombor yang sedia ada tetap akan berlaku dalam masa yang terdekat ni.. Ni keputusan nekad, dah tak nak dengar cakap/pandangan orang lain lagi..


Hidup pun sekarang banyak habiskan masa dengan kawan - kawan macam biasa.. Alangkah indahnya hidup dengan ramai kawan - kawan yang menyayangi kita seadanya.. Tolong kita bila kita ada masalah dan tahu untuk mengambil hati kita saat berduka.. Dengan adanya kawan - kawan jugak lah saya masih lagi tersenyum.. Sentiasa ada je yang tak lupa untuk mengajak saya kesana kemari untuk melupakan masalah.. Owh! Saya sayang kawan - kawan saya, kerana mereka saya dapat melupakan segala masalah..


Now dalam planning nak bercuti dengan kawan-kawan.. Yeeeaaaahhhh!!! We will go to teeeettttttt!!!
Tak sabar - dah ni nak pergi bercuti.. Saya perlukan ketenangan..

Sabtu, 10 Mac 2012

Tentang TEMAN tapi MESRA...

Saya ada seorang kawan yang saya sangat suka berkawan dengannya, selesa dengannya dan happy bila ada dengan dia.. Perangai dia yang gila-gila, suka menyakat, kelakar, baik hati dan tak berkira tue membuatkan ramai yang selesa untuk berkawan dengannya, termasuklah saya.. Perkenalan kami bermula dari best friend kami.. Saya teman membe saya date.. Dan dia teman bf membe saya date.. Sama-sama jadi peneman.. Saya memang selalu kena jadi peneman kawan-kawan saya date.. Kadang-kadang saya sendiri pun tak faham kenapa diorang suka saya teman.. Maybe perangai saya yang gila-gila dan mudah bercampur dengan orang kott...



Dan biasanya bila saya dah jadi peneman diorang, mesti ada yang sangkut mintak no.saya.. Adoiii~~ Biasanya saya akan cakap, nak no. saya? Cari sendiri... Then diorang akan dapat jugak no.saya tue.. Mesti bodek member saya sampai dapat.. Tahu-tahu ada no. yang tidak dikenali je call/mesej.. Owh ye.. Berkenaan dengan teman tapi mesra saya ni.. Kitorang selalu lepak-lepak sama-sama dengan membe-membe lain.. Tiap kali jumpa mesti saya yang akan menjadi bahan untuk diorang usik.. Saya pun tak kisah kena bahan,kadang-kadang dok gelak sama tak tahan dengan lawak dia.. Kadang-kadang saya pun dok bahan dia, bila dia wat salah sikit pun.. Sama-sama membahan.. Ada je point dia untuk kenakan saya.. Ktorang memang sangat kerap lepak sama-sama.. Boleh nak dikatakan hampir setiap hari lah.. Kalau saya ada kelas pagi jew saya akan skip lepak dengan diorang.. Tapi kalau kepala tengah tension, ktorang roger-roger untuk jumpa...Hilang streess bila lepak dengan diorang..


Masa mula-mula kenal lagi member saya dah bagi clue yang dia minat kat saya.. Tak payah cakap pun dah tahu.. Tengok cara dia dok layan saya pun saya dah tahu.. Untuk mengelakkan daripada dia ada perasaan dekat saya, saya gunakan "aku kau" je bila bercakap dengan dia.. Wat-wat otai selumber rock.. Cakap pun kasar-kasar kat dia.. Tapi dia perasan dan dia pernah tegur kenapa kasar-kasar dengan dia, dia suruh saya jadi sopan santun sikit... Haha.. Apakah? Yang paling saya geram bila dia sibuk-sibuk panggil nama saya banyak kali lepas tue bila tanya kenapa, dia cakap saje panggil.. Haha.. kadang-kadang bengang, lama-lama tergelak tengok mimik muka dia yang macam tak bersalah tue...



Ada satu hari tue, dia tanya saya yang saya ada bf or tak.. Saya pun cakap jelah takde, dah memang takde pun kan? Then dia tak percaya.. Dia cakap saya tipu.. Bila dia tanya dekat member-member yang lain, lama-lama baru dia percaya.. Dia macam nak masuk line.. Tapi memang pun, kawan saya yang cakap.. Jadi saya dah siap-siap cakap yang saya suka kami bersahabat jew.. Sebab sahabat hubungan yang akan kekal sampai mati.. Dan saya cakap buat masa ni saya tak nak couple dengan sape-sape.. Sebab saya suka berkawan jew..Maybe disebabkan itu perangai dia dah berubah... Dia dah tak reti nak bahan-bahan saya lagi.. Tak reti nak panggil-panggil saya then bila saya menyahut, dia cakap saja panggil.. Dan takde dah nak gelarkan saya si mata bolart.. Takde dah die bawak kete laju-laju macam dulu sebab dia suka dengar saya jerit-jerit nama dia bila dia bawak laju.. Takde lagi mangkok yang suka kacau saya  pagi-pagi pukul 6-7 pagi.. Takde lagi gila-gila dia yang suka buat saya ketawa...



Owh damn! Really-really miss that moment... Rindu gila! Adakah kerana kata-kata saya tempoh hari yang membuatkan dia jadi macam tue.. Sekarang ni kalau keluar ramai-ramai dia more cakap dengan bf kawan saya tue.. Dah tak reti nak bahan-bahan saya.. Saya diam, dia diam.. Owh.. Boleh mati akal aku kalau dia asyik diam jew! Saya dekat sebelah dia pun die boleh wat tak tahu.. Cuma kadang-kadang jew cakap, tue pun tak semeriah dulu.. Dalam kereta kalau saya duduk sebelah dia sebab nak bagi hot couple duduk kat belakang.. Selalunya dia akan tenung muka saya, sampai muka saya merah padam sebab nak usik saya.. Tapi sekarang dah tak macam tue dah.. Sama-sama layan lagu jew.. Yang kat belakang je riuh...


Kadang-kadang rasa macam nak pergi kat dia dan cakap "Kau dah kenapa tak reti nak bahan aku! Tak reti nak kacau-kacau aku dah hah?!" boleh tak nak cakap macam tue? Tapi saya tak reti nak serius or nak marah-marah dengan dia.. Nanti mesti saya yang gelak balik bila tengok muka dia tue.. Hurmmm... Macam mana nie! Saya rindu dia yang dulu... =(





Rindu nak bahan-membahan dengan kamo0!

Isnin, 5 Mac 2012

Nak pergi yang mana 1 nie... ADOi~~

Bulan depan ada 2 jemputan wedding dekat area Johor.. Satu datangnya dari akak hostel lama.. Dan undangan satu lagi pulak datangnya dari member boy saya kakak dia kawin.. Jemputan yang mula-mula sekali dapat datangnya dari member boy.. Dah invite dari bulan 1 lagi.. Yang akak hostel lama tue pulak dia baru invite baru - baru nih.. Sangat serba salah sekarang... Macam mana nih erk?


Tapi budak-budak kolej semua dah excited nak konvoi naik kete pergi wedding akak hostel lama tuh.. Diorang dah beria-ria nak bawak saya pergi sana.. Memang la seronok.. Tapi member boy saya tu macam mana? Diorang pun dah beria-ria ajak pergi ramai-ramai ke wedding akak dia.. Boleh tak kejap lari sana, kejap lari sini even dah satu tempat.. Johor? Tapi macam lah pakai kete saya sendiri lak kan nak pergi sana sini sesuka hati... Uwaaaa~~


Kenapalah dua-dua pilih bulan yang sama untuk wat wedding.. Dua-dua pihak nak kena jaga hati..  =(

Sabtu, 3 Mac 2012

2 minggu yang tak bermaya..

Lama tak update blog kan? Hurm.. Busy dengan study dan keadaan kesihatan yang teruk selama dua minggu nih.. Demam, batuk, selsema, pening, muntah, sakit perut semua pakej untuk dua minggu ni.. Langsung tak bermaya, muka pucat je... Cuba sembunyi dari family coz tak nak my mum and dad risau.. Tapi kantoi jugak bila my dad dengar suara anaknya yang lain dan tak bermaya..


Yang paling teruk 3,4 hari yang lepas... T0o bad bila start dari pukul 3 pagi sampai lah pukul 4 petang pening, loya, muntah-muntah dan sakit perut yang teruk.. Setiap 5 minit berlari masuk toilet.. Teruk sangat-sangat masa tue.. Stok ubat langsung tak de.. Berbekalkan minyak angin jew.. Tapi still tak ok jugak.. Dah la ada paper final pukul 2.30 petang masa tue.. Dah rasa teruk sangat, sampai r0omate semua risau tengok muka saya yang sangat-sangat pucat dan lemah.. Langsung dah tak boleh bangun.. Pukul 2 terus call my dad bagitahu keadaan saya yang sangat-sangat terus dan macam mana nak masuk exam dengan keadaan yang pucat dan lemah.. My dad cakap tak payah pergi exam then terus suruh call mentor/lect lepas tue pergi klinik...


Lepas tu terus call mentor bagitahu tentang keadaan saya yang teruk.. Mentor suruh pergi klinik dan dapatkan rawatan dulu.. Mintak M.C sekali.. Lepas tu pergi dekat exam depart. untuk bagitahu dan ambil paper tue untuk next day bila diorang call... Terus rasa lega bila dengar mentor cakap boleh amik paper tue pada hari yang lain..  Terus bersiap ala kadar dan ada akak r0omate yang offerkan diri untuk temankan saya yang lemah ni.. Nasib baik my dad dah siap-siap masukkan duit awal minggu tue.. Lepas keluarkan duit terus pergi klinik yang terdekat KLINIK ROZANA..


Nasib baik lah dekat klinik tue tak de orang... Fuhhh.. Lega.. Cepat sikit dapat jumpa Dr... Konon-konon pergi klinik rozana ingatkan Dr. yang rawat tue perempuan.. Rupa-rupanya ada lelaki jugak.. Bagitahu sakit perut dan muntah-muntah.. Dr. tue pandang lain macam je.. Terus check perut saya.. Dalam hati saya " Ko fikir aku preggy ke apa! Nk check sgt,check la.. Tak cuak pun!".. Lepas tue terus Dr. cakap yang saya ni keracunan makanan.. Hurm.. Dah agak dah.. Tapi rasanya semua yang saya makan ok jew.. Entahlaahhh...


Dr bagi ubat untuk elak vomiting/pening,  ubat abd. cramp. loose stools, ubat untuk rehydrate and for food poisoning.. Empat ubat semuanya.. Kena charge RM48.. Tapi berbaloi coz lepas makan ubat-ubat tue semua terus hilang pening,loya dan sakit perut... Alhamdulillah.. Terus baring dan tidur dengan lenanya.. Pukul 4 my mum call dah nak sampai shah alam.. My dad ambil cuti hari tue.. Terus siap-siap dan masuk kereta.. Dalam kereta terus terbaring kat seat tengah.. Seat belakang sumbat barang-barang.. Masa tue ambil kesempatan bawak balik baju-baju yang dah seminggu tak basuh..
Esoknya dah rasa sihat sikit mintak my mum and dad hantar balik shah alam balik..


Resit rasmi.. Pokai deennn... Nasib ada super dad!

Ubat yg hanya dimakan sekali je hari tue..