CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Sabtu, 29 Disember 2012

Bersediakan 2013?


 Tahun 2013 tinggal beberapa minggu lagi.. Saya dah nak masuk umur 22.. Arghhh.. cepatnya! Rasa macam semalam je pergi sekolah dan kenal dengan diorang.. Membe-membe ada yang dah kawin, ada yang dah bertunang.. Ada yang anak nak masuk 2 orang dah.. Saya? Boyfriend memang ada, tapi calon suami? Belum betul-betul yakin soal jodoh.. Semalam tiba-tiba isu perkahwinan jadi sebutan.. My dad cakap tunggu habis belajar.. Keje dulu then kawin.. Saya bagi tahu diorang saya target kawin umur 25 macam tu.. Tapi my dad macam tak setuju katanya, sebab diorang tak nak saya jadi macam diorang.. Orang lain dah bercucu bagai.. Diorang sorang anak pun belum kawin.. Alahaiii…

Macam clue nak bagi saya kawin cepat jeee?  Uhuk-uhuk!! Mr.Right kalau boleh esok pun dia nak je datang jumpa family saya, tapi saya yang tak bersedia.. Kalau boleh tahun depan jugak dia nak ajak bertunang.. Tapi saya yang tak nak.. Saya tak yakin dengan hati saya sendiri.. Masih tertanya-tanya adakah dia Imam saya suatu hari nanti? Saya belum benar-benar pasti.. Walaupun sekarang saya dengan Mr.Right.. Saya tak boleh menolak kemungkinan suatu hari nanti saya akan kecewa dengan dia.. Mana lah tahu Allah tetapkan saya dengan IMAM/ADAM yang lain ke? Mungkin kekecewaan yang dulu membuatkan saya lebih berhati – hati dan berfikir panjang.. Ada tempoh 3 tahun lagi sebelum umur 25.. Masih ada peluang ALLAH nak uji kami..

Entah la, andai jodoh saya dengan Mr.Right saya mintak ianya dipermudahkan segala-galanya.. Andai bukan? Saya mintak agar ditunjukkan jalan dan pertemukan IMAM/ADAM yang selayaknya untuk saya.. Yang mampu menjadi IMAM disetiap solatku dan menjadi ADAM yang menemaniku disetiap langkah dan lenaku.. Aminnn… =)

Rindu kat Mr. Right..


Lepas jumpa dia + family time kenduri bulan lepas, saya langsung tak jumpa dia dah lepas tue.. Dia busy memanjang.. Tapi tak pernah lupa nak call setiap hari, walaupun kadang-kadang tak boleh nak sembang lama-lama.. Owh ye! Patutnya ada kenduri kak ngah dia bertunang minggu depan.. Dia ajak pergi sama and stay umah dia sepanjang kenduri tue berlangsung.. Arghhh! Saya memang sangat-sangat lemah/liat nak tidur rumah orang.. Memang lah saya dah kenal semua family dia tapiiii…. Saya memang tak suka tidur rumah orang, lagi-lagi lelaki.. Sejuta alasan saya akan beri.. Kali ni saya berikan alasan ada kem motivasi di Pangkor, padahal minggu lepas lagi program tue berlangsung.. Dah saya tak join pun sebenarnya.. Takpe-takpe.. Tipu sunat je pun.. Hahaha..
                                                                          
New year tahun ni dia janji nak hangout together.. Tahu-tahu je saya rindu dia.. Saya rindu sangat-sangat kenangan dia mintak couple! Rindu sangat-sangat.. Rindu tengok dia buat surprise bagi bunga.. Kenangan tue memang saya takkan lupa sampai bila-bila.. 12/1/11.. Rindu dia buat-buat muka comel + ngada + poyo masa tue.. Masa tue saya tengah down sangat-sangat coz tengah sibuk cari dana untuk operation, dan dia yang banyak support saya dari belakang.. Dia yang selalu ada masa saya sedih, masa saya takde sapa-sapa nak mengadu.. Dia yang rajin call tanya kabar.. Dulu kita Cuma abang & adik angkat je kan? Dia nak jadi abang angkat saya lepas saya reject dia jadi kekasih..

Sebab masa tu saya cuma ada  Mr.F.. Saya clash dengan Mr.F pun 12/1/10.. Jangan terkejut dek kerana tarikh yang sama cuma tahun je lain.. Saya pun terkejut jugak bila Mr.Right mintak couple tarikh tu berbekalkan sejambak bunga ros merah 12 kuntum sempena 12hb masa tue.. Konon date dan bunga kena sama.. Hahaha! Kelakar bila ingat balik.. Saya dah bagitahu yang tarikh tue sama dengan tarikh saya clash dengan Mr.F tapi dia cakap takpe.. Janji tutup buku lama dan buka buku baru.. For two year without my ex? Ada ke takde ke sama je pun.. Baik takde.. Dah 2 tahun tanpa Mr.F dan 1 tahun with my Mr.Right..  Masing-masing saya dah kenal lebih dari 4 tahun.. Owh.. Cepat betul masa berlalu bukan?




Mood : Stress teruk!


Mood minggu lepas sangat-sangat la teruk dek kerana sakit hati tak dapat join percutian yang diidam-idamkan.. Baru merancang nak pergi satu family bercuti ke Langkawi bulan lepas, then dah decide nak pergi time cuti sabtu ahad and meleret sampai ke cuti krismas/new year kat sana.. Tapi tup-tup seminggu lepas tue family bagitahu yang dorang nak balik ke kampung Perak cuti kat sana coz nak habiskan cuti-cuti my dad yang sangat banyak tu.. Bulan ni My dad sangat lah banyak cuti sampai boleh bercuti dengan senang hati!  ^,^”

Sesampainya diorang di perak, tiba-tiba  keesokkan hari nya diorang dah sampai di Langkawi.. Aikk? Bukan kita semua dah plan nak pergi 2 minggu lagi ker? Aiyaaakkk!! Diorang dah sampai langkawi baru diorang berani call saya bagitahu.. Apa lagi, dah berasap telinga dengar diorang dah sampai langkawi, walhal dah janji nak pergi sesama.. Sangat-sangat sedeyh masa tue.. Dah la saya dalam lab masa tue.. Sakit hati sangat-sangat.. Dek kerana merajuk yang amat-amat saya request nak coklat ferorro rocher yang paling besar ok! Yang paling besar!

Sebenarnya bukan lah peminat coklat yang tegar pun.. Tapi dek kerana sakit hati tak dapat ikot pergi langkawi tue yang jadi mengada-ngada + nak simpati.. Entah la, tapi jujur sangat terkilan dah plan nak pergi sama-sama tapi diorang je yang dapat pergi.. Masa tue nak nangis pun ada jugak! Wuuuu~~ Maybe my dad pun rasa kesian + menyesal  tinggalkan puteri dia nie, terus janji nak belikan coklat yang saya mintak + dapat topap RM10 + Duit shopping + janji next year pergi ramai-ramai.. Bila topap dah masuk + duit pun dah ada terus rasa merajuk tue dah berkurang sedikit demi sedikit..

Tapi semua tue tak berakhir kat situ je, saya jadi sakit hati balik bila tiap kali call, family saya dah bertukar destinasi.. Kejap call cakap ada kat langkawi, esok-esoknya call lagi, kata ada dekat sungai petani, call lagi esok nya ada dekat perlis, call lagi cakap ada kat Thailand.. Arggghhh! Kenapa lah time diorang pergi bercuti tue saya tak cuti sem! Sakit hati + sakit gigi pulak tetiba.. Gigi bongsu tak habis tumbuh lagi.. Eh-eh lambatnya dia tumbuh.. Dah nak 22 tahun baru nak keluar.. Sakit gila! Sampai pergi farmasi beli ubat kena charge sepapan RM19.. Mak oiii.. Bapak mahal ubat kau! Takpe! Sanggup asal berkesan.. Memang tahan sakit yang sangat-sangat berkesan, tak menyesal beli walaupun mahal..  Sepapan habis untuk 3 hari jee.. Nasib my dad dah masukkan duit lebeyh untuk puterinya ini.. Dapat beli ubat + shopping.. Duit shopping hari tue pun still ada balance lagi.. Esok-esok cari baju lagi.. Weee~~

Bersawang-sawang?


Dah lama tak update blog nie.. Rindu sangat.. Mood nak berblog ni ada je tapi dek kerana line wifi kat hostel ni tak ok jadi niat nak berblog terbiar macam tue jee.. Banyak benda nak dicoretkan tapi line wifi macam hape! Ermm.. Nak berblog kat dalam fon, saya rasa baik tak payah coz tulisan kecik-kecik plus malas nak menaip kalau touch screen.. Tersentuh lain sikit, habis lesap entry saya.. Sob sob~~

Khamis, 6 Disember 2012

Sama-sama mendoakan..


        Saya tak tahu nak menggambarkan bagaimana hati begitu terusik dengan setiap patah mesej yang saya terima tadi.. Adakah saya gembira? Adakah saya bersedih? 1001 rasa yang ada dalam hati ini.. Dari dulu saya memang tahu yang Mr.F akan baca setiap apa yang saya coretkan dekat sini.. Dan saya tidak pernah untuk menyesali setiap patah perkataan yang pernah singgah di sini.. Biarkan dia tahu, biarkan semua tahu dan mengerti segala-galanya.. Tiada apa yang perlu dirahsiakan..

Mr.F :Zety, abg tumpang happy n bahagia bile dpt tau zety dh jumpa Mr.Right. Dan paling penting      dah jumpa family die. Abg doakan kebahagiaan zety. Assalam.

       Saya cuma mahukan kehidupan seperti insan lain.. Disayangi, dicintai dan dikasihi.. Bukan mudah untuk melupakan kenangaan lama dan memulakan yang baru.. Makan masa bertahun-tahun.. Mungkin peluang yang banyak diberi telah dipersiakan menyebabkan saya berputus asa.. Nekad untuk merubah segalanya dan melupakan segala yang kepahitan dan kepedihan.. Mungkin kenangan pahit yang lalu membuatkan saya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu..

       Walaupun rasa cinta saya pada Mr.Right masih belum 100%.. Tapi saya tetap bagi peluang pada hati sendiri untuk mencari kebahagiaan seperti insan lain... Mr.F pun kini bahagia.. Kami sentiasa berdoa untuk kebahagiaan bersama.. Aminnn.. =)