CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, 16 November 2012

Hangout memalam buta~~




        Minggu ni minggu yang sangat-sangat membosankan.. Bosan ker? Yup! Bosan sangat-sangat.. Bayangkan daripada hari isnin tak der kelas langsung sampailah hari ni.. Langsung tak ada.. Duduk hostel diam-diam goyang kaki, tenung dinding, makan tidur dan online je.. Rutin yang sama tiap-tiap hari.. Kalau tahu awal-awal mungkin dah balik rumah family.. Tapi Minggu lepas baru je balik, tak kan nak balik lagi? Duduk rumah je pun bosan jugak..


      Nasib baik ada je member saya si Adi yang ajak hangout dengan kawan-kawan die walaupun memalam buta, motif cuma nak pergi dataran merdeka.. Jalan-jalan, lepak-lepak dan balik.. Lagi pun diorang keje hari ni.. Jadi kena balik awal, awal tak awal pun dalam kul 1 pagi jugak la balik.. Kesian diorang kena keje esok pagi.. Oleh kerana bosan yang terlampau ikut jugak diorang hangout.. Bawak sorang roomate temankan.. Coz segan dengan member-member Adi.. Nasib diorang Cool dan kelakar, takde la memasing diam je dalam kete kan?


     Baru je kenal pun dah jadi macam member-member rapat.. Diorang sangat kelakar sampai terbahak - bahak tahan ketawa.. Seronok hangout dengan diorang semua.. Adi ni jenis pendiam sikit, tapi bila dengan member-member dia, jadi riuh sikit.. Kalau tak biasa kitorang diam jee.. Lain kali kalau diorang ajak hangout ramai-ramai lagi mesti syok! Hurmm.. Rugi tak tangkap gambar ramai-ramai semalam.. Mesti best! XD

Tiada ulasan: