CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label Melupakan... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melupakan... Papar semua catatan

Isnin, 23 Julai 2012

Ya Allah.. Kuatkanlah hatiku ini…

             Malam ni dapat lagi mesej dari dia lagi.. Bila dengar je nada mesej tue, terus terpaku dan terus dah tahu siapa penghantar mesej tu.. Sebab saya dah setkan nada khas untuk dia dari dulu lagi.. Nada tu tak pernah berubah, yang berubah hanya dia.. Saya masih tak faham kenapa dia masih tak berhenti melupakan saya, tak cukupkah segala derita yang dia dah cipta untuk saya? Mungkin dia mahu lihat saya jatuh.. Mungkin juga dia berbangga kerana telah membuatkan saya jatuh..

            Kali ini dia menghantar mesej “selamat malam zety. Please jangan sampai berdendam dengan abang sebegini . Terima kasih untuk segalanya.”  Saya masih membiarkan ia sepi..  Masih tidak mahu membalas apa-apa.. Cuma kadang-kadang berperang dengan hati sendiri.. Nak balas ke tak nak, nak balas ke tak nak.. Argghhh…  Lantak lah!

           Saya harus dan saya perlu kuat.. Saya tak mahu diperbodohkan lagi.. Saya tak mahu jatuh lagi.. Ya Allah.. Kau kuatkan lah hati ku ini dan tetapkan lah pendirianku ini.. Jangan kau lemahkan hatiku ini.. Dan kau tujukkanlah hidayah padanya untuk berubah.. Bukan untukku, tetapi untuk bakalnya kelak.. Dan aku minta supaya kau jauhkan dan buang segala dendam dihatiku ini agar hatiku kembali tenang.. Aminnnn…



Sabtu, 21 Julai 2012

Tak faham..



           Jika bersahur dapat mesej dari dia, time berbuka pun dapat jugak.. Tak faham betul la.. Dah tahu saya takkan balas mesej tue, untuk apa mesej lagi? Untuk membuatkan saya tertarik dengan perhatian awak? Jika itu yang awak mahu, semuanya sia-sia.. Kerana saya dah buang semuanya tentang awak dalam hati saya.. Kini saya dah kuat, saya tak memerlukan kehadiran awak langsung dalam hidup saya.. Tak tergerak hati langsung untuk berkawan.. Sekarang ni anggaplah saya tak pernah kenal awak dan awak tak pernah kenal saya..


           Sekali saya benci, selamanya saya akan benci.. Sekali tipu saya, peluang kedua itu masih ada.. Kali kedua ditipu.. Pergi mampos!! Memang tak akan ada peluang ke tiga.. Dulu mungkin saya bodoh dan mungkin saya mudah untuk ditipu, tapi kini tidak lagi.. Saya bukan perempuan yang senang untuk awak perbodohkan dan awak permainkan.. Hidup ini ibarat roda.. Mungkin kini hidup awak senang dengan perempuan-perempuan lain.. Tapi mungkin nanti hati awak pula akan dipermainkan oleh perempuan lain? Masa tue mungkin awak akan terkenangkan saya kan? terkenang kerrr?? "Aku tak kesah pun ko kenang tak kenang!"


        Dulu masa dia excident, muka teruk gila saya masih setia dengan dia dan sentiasa memberi dorongan.. Tapi bila muka dia dah baik, market pun tengah baik mula lah permainan bermula bukan? Tuhan tue timpakan kita musibah untuk kita sentiasa beringat, bukan bila dah baik tak ingat segala musibah yang diturunkan olehNya.. Mungkin bila sekali lagi musibah menimpa baru dia akan ingat kembali orang yang sentiasa ada disisi dia dulu.. Tapi masa tue memang dah tak de ruang dah untuk kembali lagi..Masa tue mungkin saya akan melompat-lompat kegembiraan! Yabedabed0ooo...


 p/s : Tolong jangan pernah ganggu hidup saya lagi!




                                      







Isnin, 4 Jun 2012

TEKAD!

             Mungkin tak mahu diri dibelenggu  oleh mimpi-mimpi lalu menjadikan saya setekad ini.. Saya tekad untuk menyingkirkan bayang-bayang orang yang pernah saya sayang satu ketika dulu.  Berjanji dengan diri untuk menghapus semua bayang-bayangnya yang masih ada. Semua kawan bilik terkejut dengan diri saya yang setekad ini.. Bayang-bayangnya harus dihapuskan sama sekali..

                Firstly, kita mulakan dengan misi membuang semua gambar-gambarnya di baby red saya, delete semuanya yang ada. Kmudian cari pulak dekat handset, ok dah lama delete. Facebook? Dah lama remove. Oh yee, siang tadi saya terus block terus agar jejak saya tiada lagi. Dan terus menghilangkan jejaknya sekali. Puas? Tentu sekali..

                Hari tue masa kemas-kemas barang tiba-tiba Nampak gambar-gambar bayangan itu.. Terus ambil dan tanya kawan-kawan apa nak buat? Terus diorang teruja nak tengok. Hurm,memasing pun blurrr jeee…  Ok puas berfikir, tanpa disedari tangan ni terus laju mengoyakkan gambar-gambar itu menjadi cebisan kecil lalu dibuang dalam mangkuk jamban dan terus flush! Ohh tak tak,semua tue dusta dan rekaan semata.. Saya koyakkan gambar-gambar itu dan buang ikut tingkap, biar ia dibawa angin untuk menghilangkan jejaknya.. Rasa puas ok! Rasa ringan je beban..

                Orang kata bila kita buat sesuatu yang belum pernah kita buat sebelum ini, kita akan jadi seronok.. Ye saya seronok ok! Orang kata bila kita buat sesuatu yang dah lama kita nak buat tapi tak buat-buat dan bila kita buat, kita akan jadi puas? Ye saya puas! Eh,apa yang seronok and puas nih? Seronok bila semua bayangan dia saya dah hapuskan, dan puas bila.. Bila.. Bila.. Saya dah tekad potong rambut saya menjadi pendek seperti yang saya idam-idamkan! Yabedabedoooo… Puas ok!

                Dah lama saya tak potong rambut sependek ini.. Gunting sendiri ok! Saya memang selalu guntIng sendiri, Cuma bila m0od nak menggunting tue takde dan rasa ingin memanjakan diri, terus ke salon berdekatan.. Saya ingat lagi, last saya berambut pendek sampai macam ni masa sek. rendah.. Lama kan? Sek. Men. terus berambut panjang.. Paling-paling pendek pun paras bahu jee.. Tapi kali ni, sangat pendek dan saya sangat seronok.. Rasa ringan jer kepala ni.. Kalau ikotkan kepala saya yang gila ni, saya teringin nak wat gaya boyish.. Ala-ala lelaki tuhh.. Yang pendek gila! Boleh imagine tak?

                Pernah request dekat my mum ok, bukan tak pernah.. Tapi my mum said NO NO and NO! Kalau tanya my dad lagi la die tak bagi kot, kot la? Hahah.. Masa saya potong rambut pendek tue, terfikir jugak alang-alang nak wat stail boyish terus la.. Tapi fikir balik kang bila turun dari bilik je, kanga da yang pengsan pulak kang tak memasal kan? Adik boy pun da tegur “tak pernah-pernah potong rambut pendek, tetiba je potong nape?” Sambil tue puji cakap macam mana saya potong,cantik jugak.. Saya takde la potong pendek gila-gila macam boyish yang macam saya idam-idam kan tue..  Kang ada pulak yang tak kenal mana adik mana kakak kang.. hahaha.. Ok lah itu je saya nak luahkan tentang tekad.. Tekad hapuskan jejak dan bayangannya serta tekad potong rambut pendek.. ok! Mekasihhh..

Jumaat, 27 April 2012

Melupakan dan terus melupakan.. Saya Boleh!

Baik melupakan daripada ingatkan benda/perkara yang lalu.. Belajar daripada kesilapan dulu dan mulakan kehidupan baru.. Kan bagus kalau otak kita boleh remove perkara-perkara yang kita nak lupakan? Hurmm.. Macam lappy/handset, boleh delete apa yang kita tak nak.. Banyak perubahan - perubahan yang saya mahu lakukan.. Lebih-lebih lagi pada diri sendiri.. Banyak lagi kekurangan yang ada pada saya.. Ingin lebih mendekati ke pada NYA.. Insyaallah...


Sekarang dah mula remove orang - orang yang tak penting dalam hidup saya, and mula tercari - cari nombor yang sesuai untuk dijadikan peneman my baby fon... Nombor yang ada sekarang bakal dibuang atau disimpan untuk dijadikan koleksi sahaja.. Terfikir - fikir line yang sesuai.. Maxis? Digi? Or celcom? Hurrmmm.. Entah la!


My dad macam tak setuju dengan tindakan anak gadis dia nie.. Katanya kalau siapa-siapa cari kan susah? Memang la susah, tapi lagi susah kalau orang yang tak diingini mencari.. Betul tak? Lagi pun kebelakangan ni banyak sangat nombor yang tak dikenali naik.. Naik rungsing dan rimas lah pulak..
Jadi keputusan untuk menukar nombor yang sedia ada tetap akan berlaku dalam masa yang terdekat ni.. Ni keputusan nekad, dah tak nak dengar cakap/pandangan orang lain lagi..


Hidup pun sekarang banyak habiskan masa dengan kawan - kawan macam biasa.. Alangkah indahnya hidup dengan ramai kawan - kawan yang menyayangi kita seadanya.. Tolong kita bila kita ada masalah dan tahu untuk mengambil hati kita saat berduka.. Dengan adanya kawan - kawan jugak lah saya masih lagi tersenyum.. Sentiasa ada je yang tak lupa untuk mengajak saya kesana kemari untuk melupakan masalah.. Owh! Saya sayang kawan - kawan saya, kerana mereka saya dapat melupakan segala masalah..


Now dalam planning nak bercuti dengan kawan-kawan.. Yeeeaaaahhhh!!! We will go to teeeettttttt!!!
Tak sabar - dah ni nak pergi bercuti.. Saya perlukan ketenangan..