CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label bercuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bercuti. Papar semua catatan

Ahad, 13 Mei 2012

Minggu yang penuh dengan kegilaan!

         Minggu lepas adalah minggu saya yang penuh dengan keceriaan dan gila-gila.. Seperti yang dijanjikan saya telah pergi bercuti bersama-sama teman tersayang.. Sangat happening dan langsung tak ingat tentang masalah-masalah yang melanda.. Saya suka!

         Start dari minggu lepas banyak tempat saya pergi, bermula dengan percutian yang saya rancang hinggalah ke tempat-tempat yang tidak dirancang. Dari hari ahad mula tercari - cari kereta untuk disewa kerana kami berlapan.. 1 kereta memang dah tersedia ada, cuma memerlukan 1 lagi kereta untuk memuatkan kami-kami yang ada ni.. Saya yang kutip duit dan setting semua hal, daripada sewaan kereta, makan minum tempat untuk lepak dan macam-macam lagi..

         Semuanya sempurna, dah siap segala-galanya, tapi bila tiba hari yang dinanti tiba-tiba pulak kereta yang dah kami "booking" tiba-tiba dikatakan tiada.. Jadi naik darah pulak! Haiihhh~~ Kalau tak boleh sediakan, boleh tak cakap awal-awal? Geram tahu! Nasib baik saya ada ramai member yang mempunyai kenalan yang buat bisnes sewaan kereta.. Punya la sakit otak nak cari kereta lain untuk teruskan jugak rancangan tue, nasib saya memang baik.. Dalam banyak-banyak nombor ada jugak kereta yang boleh disewa.. Ikutkan dah ada orang "booking" tapi orang tue macam main-main je, kejap nak kejap tak nak..

        Jadi setelah dipujuk-pujuk oleh saya, akhirnya dapat jugak kereta hari tue jugak.. Yeayy!!! Terus pergi amik dengan Daus.. Gunakan penama member kami dan saya jadi penjamin.. Settle bab kereta terus amik member-member lain dekat kolej, angkut baju-baju dan makanan semua then terus pergi KL pick up Jo dulu..  Dah siap-siap amik jo terus gerak ke destinasi yang dituju..


       Sampai-sampai je di destinasi yang kami rancang, terus makan dulu.. Masing-masing dah kebuluran coz tak sarapan dan atau jamah apa-apa pun dari kolej.. Yang paling kesian saya, daus dan sya.. Kami dari pukul 7 dah bangun semata-mata nak pick up kereta.. Lepas kekenyangan, kami cari tempat untuk lepak-lepak.. Setting semua barang-barang, tukar baju dan terus mandi.. Yuhuuuu~~~ Seronok tak ingat sampai lupa yang diri tue sakit dok pi naik "banana boat" lapan-lapan naik sekali.. Balik kena bebel kejap ngn mak.. Pak cik tue plak pergi subahat dengan si jo bagi kami semua jatuh time kat tengah laut.. Perghhh.. kami yang gurl-gurl ni punya la cuak coz tak tahu berenang.. Masing-masing dah paut dekat jo dan daus termasuklah saya..


      Penat mandi-manda sampai ke petang kami siap-siap setting barang-barang untuk barbeque time malam tue.. Barbeque sampai tengah malam, dok bergambar sakan sampai rasa tak nak balik.. Dah pagi tue terus balik hostel dan jalan-jalan.. Pukul 2 pagi gerak pergi KL hantar jo tapi ronda-ronda KL dulu.. Pergi makan nasi lemak pepagi buta tue then gerak ke bukit ampang, lihat pemandangan bandar KL.. Lepak-lepak sampai kul 4 lebey dan terus hantar jo balik dan kami-kami yang lain balik ke hostel.. Sampai hostel kul 5 lebeyh.. Balik tue terus tidur tak ingat dunia, tengah hari baru bangun.. Tak senonoh kan anak dara wat macam tue? Hehehe... Banyak tempat lagi kami lepak-lepak, tunggu next post ok! =)



Mari saya share gambar-gambar kami!


Muka-muka ceria dah dapat tempat

Lepas mandi setting tempat utk barbeque

mamat2 yang suka buli saya!



Nampak tak dia tengah buli sy?

Masing-masing kelaparan

Start bosan dah

Muka keletihan




bukit ampang

Lepak-lepak

Ahad, 26 Februari 2012

Best moment.. =)

Semalam my best friend ajak balik kampung die.. Kat sungai besar.. Bila dengar ada sawah padi je terus excited nak ikut.. Terus call mak nak mintak kebenaran follow my best friend.. My mum kalau bab-bab nak bagi pelepasan susah sikit, maybe risau anak dara dia sorang ni.. Macam susah je nak dapat kebenaran terus call my dad pulak.. Seperti yang dijangka, mesti bagi punya! Saya kenal sangat daddy saya yang sporting tue.. Siap melawak lagi.. Tanya member boy or gurl.. Terus gelak and cakap kat my dad, tak kan nak tidur rumah boy kot.. Of course la gugurl.. My dad dah gelak-gelak.. Heee~~ Terus senyum lebar-lebar.. Amik baju-baju siap dan terus gerak ikut mom & dad my best friend..


Bab bagi perlepasan pergi mana-mana mesti cakap dekat my dad terus kadang-kadang sebab my dad sporting.. Setakat ni belum pernah lagi lah my dad sekat saya pergi mana-mana.. Saya nak bercuti ke penang dengan budak-budak kolej pun my dad bagi.. Cuma my dad ni kena jujur bagitahu dengan siapa, lokasi, transport dan duit.. Kalau nak pergi mana-mana pun memang selalu my dad yang hulur.. Dengan selumber badak dan buat muka ala-ala comel dan mimik muka kesian terus cakap "Boleh hulur fulus sikit tak? " Sambil urut-urut kaki ke,bahu ke.. Masak sedap-sedap untuk my dad ke.. Esok confirm terus bank in.. Weee~~~ Sebab tue la sayang my dad sangat-sangat..


Sampai je area sana memang best la dapat tengok sawah padi yang banyak tue.. Tapi yang hampa tue bila tengok-tengok padi dah habis dituai.. Means takde lah padi nun menghijau seperti yang diharap-harapkan.. Tapi tak pe.. Next time will come again.. Parents my friend pun sporting.. Bawak jalan-jalan pusing-pusing kampung.. Seronok sangat..  Maklumlah kampung saya tak de sawah padi.. Jadi bila sampai sana jadi batak sikit tengok sawah padi.. Lepas tue pulak makan masakan kampung.. Perghhhh... Terbaik ok! Tapi awal-awal dah bagitahu kat diorang yang saya tak makan ikan keli.. Parents my friend gelak kan saya bila saya bagitahu reason saya tak makan ikan keli tue.. Saya cakap "Sebab ikan tue tak macam ikan, muka dia pelik, mulut dia pun sama pastu tambah-tambah pulak ada misai dan ikan tue agak menakutkan saya" Memang kena gelak kaw-kaw lah kan.. Bila ingat balik memang kelakar.. Macam mana saya boleh jawab macam tue.. Haha...




Kat kampung my friend tue ada atok(perempuan), mak long dan pak long.. Part yang paling best ialah bila atok asyik kacau-kacau saya ajak berborak.. Memang sangat kelakar.. Atok dah tua dan ingat-ingat lupa jadi dia akan tanya soalan yang sama berulang-ulang kali.. Mula-mula saya tengok dia agak susah nak cam saya dan ingat siapa saya.. Tapi lama-lama saya dapat gelaran "Kak Cik".. Haha.. Yang pelik dan kelakar tue, atok cam saya tapi dia boleh lupa cucu dia sendiri.. Happy sangat bila dia cam saya.. Banyak yang pelik tentang atok ni.. Dia suka cakap sorang-sorang kalau tak de orang layan dia.. Lagi scary bila kita tengah duduk-duduk lepas tue dia cakap sape kat sebelah tue.. Padahal masa tue tak de orang.. Terus saya melompat pergi cari kawan saya.. Bukan sekali dua ok! banyak kali.. heee~~ Dia tanya baby siapa nangis walaupun takde baby masa malam tue.. Pergghhh.. Memang pucat lah kan muka saya.. Tapi membe cakap biasalah atok tak tahu apa yang atok cakap..



Lagi best bila petang tadi masa saya siap-siap nak balik tiba-tiba atok tak bagi balik.. Dia suruh tidur lagi dekat situ.. Adoii.. Serba salah oi dengan dia.. Saya cakap saya ada keje dekat shah alam.. Lama-lama dia faham.. Tapi lebih kurang 15 minit selepas tue, dia akan tanya soalan yang sama.. Kenapa nak balik awal sangat dan tak bagi saya balik.... Masa tue terharu jugak lah.. Jenuh jugak la nak bagi alasan nak balik shah alam.. Masa salam tue rasa sedih jugak coz saya dah takde atok dan nenek.. Bila tengok atok membe ,saya teringat dekat arwah nenek saya.. Sedih 0ooo nak balik.. Dia siap pesan suruh datang lagi tidur lama-lama kat sana.. Siap suruh janji lagi.. Owh.. Bila dah sampai shah alam ni saya rindu kat dia tiba-tiba.. Next time dah promise nak pergi lagi bila padi tengah cantik.. Tak sabarrr.... =)