Rabu, 25 Julai 2012
Selasa, 24 Julai 2012
Isu kawin awal?
Sekarang ni tengah kecoh pasal perkahwinan muda pasangan Syafiq & Yana.. Husband dia umur 16 tahun dan wife dia umur 14 tahun.. Muda bukan? Kalau ikutkan faktor umur memanglah diorang masih muda.. Masing-masing belum habis sekolah lagi.. Tapi bukankah suatu perkahwinan itu lebih baik daripada hidup bergelumang dengan dosa? Yang halal lagi mulia daripada yang haram bukan?
Berdua-duaan dengan yang bukan muhrim pun sudah menjadi dosa, apatah lagi berpegangan tangan dan lain-lain lagi.. Kalau pernah berzina? Sendiri fikir akibatnya.. Saya tak mahu cakap lebih-lebih.. Biarpun serba kekurangan dan masih tiada harta, ianya lebih baik daripada hidup bergelumang dosa.. Soal rezeki, setiap insan ada rezeki masing-masing.. Cuma rajin cari atau tidak je.. Sekurang-kurangnya mereka halal dan tiada halangan untuk melakukan apa-apa sahaja..
Mungkin mereka boleh dijadikan contoh untuk remaja-remaja muda yang dah "gatal" untuk berkahwin.. Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda. Awal atau tidak tak perlu kot dipertikaikan, janji halal..
Zaman nenek moyang kita sendiri pun dulu kawin awal, so ianya tidaklah begitu pelik..
Saya juga mengimpikan sebuah perkahwinan tapi tidaklah sekarang.. Sila jangan salah faham! =D Saya lebih mengiginkan merasa nikmat bercinta selepas kahwin.. Maksudnya terima pinangan orang yang kita tidak kenal dan cuba mencintai dan menyayanginya selepas berkahwin.. Tapi kena tengok jugak latar belakang "future husband" tue.. Kalau boleh, nak yang beriman dan juga boleh menjadi ketua imam dalam solat saya dan ketua keluarga..
Kalau dapatlah yang macam imam muda tuh.. Memang bertuah sangatlah.. Bukan main lagikan angan-angan.. Saya memerlukan seseorang yang dapat membimbing saya kearah yang lebih baik.dan kearah jalan yang lurus. Seseorang yang boleh merubah saya menjadi lebih baik daripada yang sekarang. Yang boleh buang ego dan sikap keras kepala saya ni..
“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.
"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"
(Bukhari & Muslim) :)
Isnin, 23 Julai 2012
Ya Allah.. Kuatkanlah hatiku ini…
Malam ni dapat lagi mesej dari dia lagi.. Bila dengar je nada mesej tue, terus terpaku dan terus dah tahu siapa penghantar mesej tu.. Sebab saya dah setkan nada khas untuk dia dari dulu lagi.. Nada tu tak pernah berubah, yang berubah hanya dia.. Saya masih tak faham kenapa dia masih tak berhenti melupakan saya, tak cukupkah segala derita yang dia dah cipta untuk saya? Mungkin dia mahu lihat saya jatuh.. Mungkin juga dia berbangga kerana telah membuatkan saya jatuh..
Kali ini dia menghantar mesej “selamat malam zety. Please jangan sampai berdendam dengan abang sebegini . Terima kasih untuk segalanya.” Saya masih membiarkan ia sepi.. Masih tidak mahu membalas apa-apa.. Cuma kadang-kadang berperang dengan hati sendiri.. Nak balas ke tak nak, nak balas ke tak nak.. Argghhh… Lantak lah!
Saya harus dan saya perlu kuat.. Saya tak mahu diperbodohkan lagi.. Saya tak mahu jatuh lagi.. Ya Allah.. Kau kuatkan lah hati ku ini dan tetapkan lah pendirianku ini.. Jangan kau lemahkan hatiku ini.. Dan kau tujukkanlah hidayah padanya untuk berubah.. Bukan untukku, tetapi untuk bakalnya kelak.. Dan aku minta supaya kau jauhkan dan buang segala dendam dihatiku ini agar hatiku kembali tenang.. Aminnnn…

Ahad, 22 Julai 2012
Sabtu, 21 Julai 2012
Tak faham..
Jika bersahur dapat mesej dari dia, time berbuka pun dapat jugak.. Tak faham betul la.. Dah tahu saya takkan balas mesej tue, untuk apa mesej lagi? Untuk membuatkan saya tertarik dengan perhatian awak? Jika itu yang awak mahu, semuanya sia-sia.. Kerana saya dah buang semuanya tentang awak dalam hati saya.. Kini saya dah kuat, saya tak memerlukan kehadiran awak langsung dalam hidup saya.. Tak tergerak hati langsung untuk berkawan.. Sekarang ni anggaplah saya tak pernah kenal awak dan awak tak pernah kenal saya..
Sekali saya benci, selamanya saya akan benci.. Sekali tipu saya, peluang kedua itu masih ada.. Kali kedua ditipu.. Pergi mampos!! Memang tak akan ada peluang ke tiga.. Dulu mungkin saya bodoh dan mungkin saya mudah untuk ditipu, tapi kini tidak lagi.. Saya bukan perempuan yang senang untuk awak perbodohkan dan awak permainkan.. Hidup ini ibarat roda.. Mungkin kini hidup awak senang dengan perempuan-perempuan lain.. Tapi mungkin nanti hati awak pula akan dipermainkan oleh perempuan lain? Masa tue mungkin awak akan terkenangkan saya kan? terkenang kerrr?? "Aku tak kesah pun ko kenang tak kenang!"
Dulu masa dia excident, muka teruk gila saya masih setia dengan dia dan sentiasa memberi dorongan.. Tapi bila muka dia dah baik, market pun tengah baik mula lah permainan bermula bukan? Tuhan tue timpakan kita musibah untuk kita sentiasa beringat, bukan bila dah baik tak ingat segala musibah yang diturunkan olehNya.. Mungkin bila sekali lagi musibah menimpa baru dia akan ingat kembali orang yang sentiasa ada disisi dia dulu.. Tapi masa tue memang dah tak de ruang dah untuk kembali lagi..Masa tue mungkin saya akan melompat-lompat kegembiraan! Yabedabed0ooo...
p/s : Tolong jangan pernah ganggu hidup saya lagi!
Jumaat, 20 Julai 2012
Salam ramadhan 2012..
Alhamdulillah, tahun ni saya masih diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan.. Terima kasih pada yang maha kuasa kerana masih memberikan masa untuk saya merasa nikmat hidup.. Semoga ramadhan tahun ni akan diberkati Allah.. Aminnn... Seronoknya ramadhan jika dapat menunaikan solat tarawikh.. Tahun lepas langsung tak dapat menunaikannya kerana operation tulang belakang dan masih dalam keadaan berpantang.. Tahun ni pula, bila duduk di shah alam memang susah nak tarawikh la nampaknya, disebabkan jauh kena berjalan dan sibuk dengan rutin study.. Mid sem minggu depan.. Argghh.. Ruginya!
Niat lepas je habis exam, tiap-tiap minggu nak balik umah puasa, berbuka dan tarawikh dengan family.. Alaaa.. Rindunya! Dulu masa dengan family, tak pernah miss pergi tarawikh.. Rasa seronok sangat.. Tapi bila dah masuk alam study, susah nak pergi tarawikh.. Alahai~~ First sahur pagi tadi semangat je bangun.. Masak nasik bagai and terus kejutkan adik-adik bilik ni.. Kelakar tengok gelagat diorang yang agak susah nak bangun sahur.. Ada yang mamai-mamai je makan..
Pagi-pagi lagi dah dapat mesej dari dia "Selamat bersahur dan selamat berpuasa" Terkejut! Demam apa mamat ni.. "Nak balas ke tak nak.. Iza.. Sabar iza.. Jangan balas mesej tue.." Hadoiii.. Pagi-pagi lagi dah berperang dengan perasaan sendiri.. Bila ingat semua yang pernah dia buat, terus jadi sakit hati! Memang mesej dia, saya biarkan sepi.. Cuma balas mesej dari kawan-kawan yang lain..
Owh ye! Pagi-pagi lagi my mum & my dad call lepas diorang sahur.. Buat loud speaker bagi 1 family dengar.. Semua orang ada dekat rumah kecuali saya.. Sebak pulak cakap dengan diorang bila first puasa tak dapat nak puasa dengan diorang.. Sedihhh.. sob sob~~

Sabtu, 14 Julai 2012
=(
Lagu ini selalu membuatkan saya teringatkan dia..
Kadang-kadang ianya akan membuatkan air mata ini berguguran..
Saya tahu dia kini bahagia dengan seseorang..
Saya dah mula untuk terima hakikat itu..
Cume terkadang saya benar-benar merinduinya..
Ya Allah.. Kau hapuskan lah bayangannya dari hidupku..
Jumaat, 6 Julai 2012
Untung? Mesti lah!
Hari ni sangat seronok dapat manja-manja dengan beloved dad.. Hehe.. Ni yang best bila balik rumah time my dad dah gaji.. Perkara utama yang terlintas kat kepala ni ialah "DURIAN". Saya sangat suka durian ok! Makan banyak-banyak memang best... Dapat pau my dad 10 biji durian tadi memang puas hati..
Sampai-sampai rumah pulak rezeki lain menanti.. Apa dia erk? Of coz la masakkan my mum yang superbbbb~~~ Delicioouuuusss you all... Sila jangan jeles! Makan sampai tak toleh kiri kanan.. Kekenyangan tak cukup sampai situ je.. Lepas makan nasi terus pulak makan durian.. Memang sedap! Tak rugi beli banyak-banyak tadi..
Dah kekenyangan baru ingat kat katil kesayangan yang memanggil-manggil tuh.. Terus capai barang-barang dan naik ke bilik.. Bukak-bukak pintu bilik terus jerit.. "Yeeeaaaayyyy!! Dapat katil and tilam empuk baru!" Sambil lompat-lompat katil.. Terus my dad pulak jerit "Jangan roboh sudah lerrrr" sambil gelak-gelak dengan my mum.. Heeee~~ Best-best! Terus berlari ke bilik adik-adik pulak.. Wahhhh... Diorang pun dapat katil baru lah! Jeles pulak tengok bilik adik-adik diorang dapat set bilik tidur lengkap... WUUuuuuu~~~
Saya cuma dapat katil and tilam baru jee.. Terus mintak dekat my dad, nak meja solek sendiri jugak! Hehehehehe... Yesss! Dapat pujuk, tapi nanti dulu my dad cakap.. Tak sabar nak ada meja solek sendiri.. Wahh.. Kemainnn... My mum cakap, kalau nak serba lengkap tunggu nak kawin nanti.. Uhuk-uhuk! Nak tersedak rasa... Eleehh.. Dah dapat bodek my dad dah pun.. Tak sabar ok nak tunggu meja solek baru! =)
Thanks my beloved dad! Love you.. Muah-muah!

Langgan:
Catatan (Atom)