CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Rabu, 30 Mei 2012

Pengapit & mengandam = 2 dalam 1..


              Seronok rasanya balik ke kampung Melaka jumaat  yang lepas.. Dah lama tak berkumpul ramai – ramai macam ni. Sama-sama bertungkus lumus menjayakan majlis kahwin my cousin. Sampai –sampai terus memasing menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Saya? Tak terlepas jugak melakukan kerja. Kerja menginaikan pengantin, gubah hantaran, siapkan cup cake dan goodies bag, mengandam dan jadi pengapit.. Penatttt….

                Penat memang la penat, tapi kena jugak tolong my cousin, sama-sama membantu. Cousin-cousin lain pun tak lupa jugak tolong apa yang patut. Oh yee.. Seperti yang dijanjikan saya telah berjaya makeupkan my cousin masa dia nikah.. Sangat terharu bila diberi kepercayaan untuk melakukan sesuatu.  Akad nikah pukul 9, jadi pukul 6.30 pagi memasing dah bangun untuk bersiap. Lagi – lagi saya dan pengantin, saya kena makeup dan siapkan my cousin sebelum pukul 9.. Cabaran betul nak bangun awal pagi bila tidur pun pukul 4 pagi.. Mata ting tonk jeee…

                Siap je makeup semua, terus bergegas ke masjid sebab tok kadi dah sampai.. Syahdu bila tengok upacara penikahan berlangsung, indah rasanya. Satu saat nanti mungkin giliran saya pulak? Owh, ok.. Kena cepat-cepat cari calon ni.. Hehehe…  Saudara-saudara dah sibuk usik-usik kali ni.. “Asyik jadi pengapit jee, awk tue bila pulak nak diapit” Perggghhh.. Soalan.. Asyik terkena je kebelakangan ni. “Maap saya tunggu putera kayangan turun”.. Boleh tak jawab macam tue?

                Ok, tak nak citer panjang lebar sangat sebab ini bukan majlis saya.. Kalau majlis sendiri dah lama syok story,one day maybe?  Takpe berangan, bukan kena bayar pun kan? Umur pun baru 21.. Muda lagi untuk fikir pasal kahwin, berangan boleh lerrr… Owh ye, member satu sek. dan sebaya saya telah melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang sama dengan tarikh cousin saya, jadi tak dapat la nak datang.. Maaf ye!








Masa sanding ni org lain g makeup.. sy jd pengapit jee..

Jumaat, 18 Mei 2012

Sy diminta untuk jadi pengapit dan jurumakeup utk nikah lagi?

       Okey, saya diminta untuk jadi pengapit lagi.. Suka? Mestilah! Ni kali ke-3 saya jadi pengapit.. Tema pink dah rasa, tema gold pun dah rasa, and now tema cream untuk majlis yang berlangsung minggu depan.. Nasib dah ada baju untuk jadi pengapit nanti.. Ingatkan kali ni cuma jadi pengapit je, rupa-rupanya ada permintaan untuk makeupkan masa nikah nanti..

      Ni mesti adiknya yang tolong promote saya nih, sebab dulu masa adik die nikah saya yang tolong makeupkan.. Mereka berpuas hati dengan hasil yang saya buat.. Cantik dimata diorang lagilah cantik dimata saya.. Dulu cuma tolong-tolong member je untuk makeupkan kalau diorang ada event macam dinner ke apa, now dah beralih ke makeup untuk nikah pulak.. Alhamdulillah, tuhan kurniakan saya seni dalam bidang ni.. Ramai yang tanya jika saya ada amik kursus or apa-apa bidang kecantikan, tapi saya langsung tak pernah join semua tue.. Mana la ada duit nak ikot kelas solekan ke apa, ratus-ratus oiii~~


       Mungkin juga saya mewarisi bakat uncle saya yang dulunya dia juga aktif untuk mengandam dan hal-hal perkahwinan.. Dulu, saya sangat suka melihat dia menata rias wajah-wajah pengantin.. Cantik sangat.. Now saya pulak terikut, tapi tak terlalu menonjol sebab saya masih student.. Maybe lepas belajar boleh buat part time makeup untuk anything event, insyaallah..  Saya seronok dapat makeupkan orang dan melihatkan hasilnya yang cantik.. Saya tak pernah pun mengenakan sebarang bayaran untuk mana-mana member yang saya pernah makeupkan.. Semuanya saya lakukan kerana saya minat, makeupkan pengantin pun saya tak pernah minta bayaran, sekadar suka-suka dan kerana orang percayakan saya dapat lakukan yang terbaik..


    Minggu lepas sahaja saya dah makeupkan 3 orang member untuk dinner diorang, tahun lepas pun diorang bagi kepercayaan dekat saya jugak.. Masing-masing suka dengan hasil yang saya lakukan.. Yang paling penting, makeup yang saya buat kekal sampailah ketengah malam time diorang balik.. Siap mengadu sayang nak buang makeup... Hahahah... 


Now tengah memikirkan untuk beli barang-barang makeup yang dah habis dan untuk persiapan minggu depan.. Will upload picture!  =)



Selasa, 15 Mei 2012

Minggu yang penuh kegilaan part 2!

        Balik je dari bercuti dan lepak-lepak bukit ampang, balik tu semua tidur tak ingat dunia.. Hari isnin masing-masing dah start kelas macam biasa, penat rasanya.. Dan hari isnin jugak hari untuk saya buat demo untuk subjek "english general purpose" saya buat masak-memasak untuk hari tue.. Saya buat spagetthi dan kena tunjukkan cara-cara memasak sambil speaking english.. Yeayy! Saya berjaya tunjukkan dengan super spontan! Masakkan jugak dapat pujian lect. dan member-member kelas.. Bangga kejap! Habiis semuanya ok..  =D Cuma yang tak bestnya saya lupa nak suruh member snap gambar saya yang berlagak jadi chef tue.. Wuuu~~~


       Hari selasa pulak hari hostel kami takde air.. Pagi dan tengah hari ada, cuma start petang sampai ke malam je tiba - tiba takde.. Dah la kepenatan claz dari pagi sampai petang, petang tue jugak member bilik sebelah ajak pergi mandi swiming pool kat rumah auntie dia yang rumahnya dekat je dengan tempat yang kami selalu keluar makan. Dekat batu tiga. Kondominium puri ayu.. Sangat lega dapat mandi jugak malam tue, pukul 10 dah siap mandi dan tengah bersiap nak keluar makan, tiba-tiba uncle dia pulak balik dan menawarkan untuk "open table" apa lagi memasing, melantak bagai nak gila lah.. Mekasih uncle and auntie! =) Balik tue terus pergi putra lak, hantar barang. Balik dah pukul 1 pagi. Balik sembang-sembang, dah nak kul 3 pagi baru tidur..


      Hari rabu takde kelas jadi saya habiskan masa untuk topap tidur yang dah tak tertopap sebelum-sebelum ni.. Malam tue memasing nak makan kat luar, jadi kami pergi makan dekat seksyen berapa tah tak hingat,then terus jalan-jalan cari rumah berhantu sekitar shah alam.. Ok! Kami memang selalu buat keja gila ni.. Bukan sekali, tapi banyak-banyak kali.. Pernah pergi time pukul 12 malam pun ada.. Gila x? Lepas tue tengah malam lak memasing buat gila tetiba teringin nak makan burger, terus cari burger grill kat seksyen 19.. Tak sedap langsung, harga mahal kemain.. Hampeh tol~~

      Hari khamis lak kami gerak ke sungai buloh untuk pergi kerumah sya, untuk dia amik barang dan jumpa umie kami kejap.. Then petang tue jugak terus ke sepang untuk hadiri kenduri doa selamat rumah aini, Sampai ngam-ngam masa maghrib, dan majlis start lepas isyak.. Lepas selesai doa selamat, majlis cukur jambul pula diadakan.. Tapi tak cukur jambul pun cuma berikan baby minum air zam-zam dan madu.. Saya pulak jadi pengiring baby, sangat seronok ok! Lepas selesai bergambar semua, dah makan dan kemas kami pun bermalam kat Desa vista, sepang sehari.. Mentang-mentang hari jumaat takde kelas kan?


   
    Hari jumaat pulak pagi lepas breakfast, kami terus gerak ke Times Square jalan-jalan dan shopping kat situ.. Balik dari situ terus lepak plaza alam sentral pulak, makan - makan dan sesi karaoke.. Petang tu jugak balik dan malam keluar pergi uptown seksyen 24 pulak.. Lepak-lepak dan cari barang.. Balik tu masing-masing tidur dengan muka keletihan..

      Hari sabtu pulak budak-budak sca ada annual dinner, macam biasa saya telah dibooking untuk jadi tukang makeup mereka, nasib baik barang - barang makeup semua ada kat hostel.. Tolong siapkan diorang 4 orang dari pukul 3 petang sampai pukul 5.. Lepas diorang dah bergerak pergi, saya masak pulak untuk budak-budakk yang duduk hostel.. Menu biasa = nasi + telur masak kicap + sardin + air sarsi.. Kekenyangan masing-masing.


       Semalam just keluar pergi makan dan study je coz hari ni dah start exam.. Alhamdulillah dapat jawab dengan tenang siang tadi.. Balik dari exam terus beli makanan dan makan, tiba - tiba pulak syafiq dan yaya roger - roger ajak keluar pergi study kat library dalam kelab golf sebelah ni.. Besar kemain library tue, banyak kemudahan yang disediakan..Sempat solat zohor kat situ..  Cantik sangat.. Pukul 4 lebey syafiq mengadu lapar dan ajak makan burger kat seksyen 7, pergi tapi tak jumpa kedai.. Terus pergi seksyen 11 pulak makan nasi ayam kat belakang caltex.. Dah pukul 6 petang, singgah solat kat surau tadisma dan gerak balik.. Ni budak-budak bilik ajak lepak-lepak study kat kedai sebelah.. Rasa malas dan terus menaip blog sampai habis.. Semangatkan? =D


Gambar? Haruslah!


GAMBAR DOA SELAMAT

















T.S and P.A.S









Ahad, 13 Mei 2012

Minggu yang penuh dengan kegilaan!

         Minggu lepas adalah minggu saya yang penuh dengan keceriaan dan gila-gila.. Seperti yang dijanjikan saya telah pergi bercuti bersama-sama teman tersayang.. Sangat happening dan langsung tak ingat tentang masalah-masalah yang melanda.. Saya suka!

         Start dari minggu lepas banyak tempat saya pergi, bermula dengan percutian yang saya rancang hinggalah ke tempat-tempat yang tidak dirancang. Dari hari ahad mula tercari - cari kereta untuk disewa kerana kami berlapan.. 1 kereta memang dah tersedia ada, cuma memerlukan 1 lagi kereta untuk memuatkan kami-kami yang ada ni.. Saya yang kutip duit dan setting semua hal, daripada sewaan kereta, makan minum tempat untuk lepak dan macam-macam lagi..

         Semuanya sempurna, dah siap segala-galanya, tapi bila tiba hari yang dinanti tiba-tiba pulak kereta yang dah kami "booking" tiba-tiba dikatakan tiada.. Jadi naik darah pulak! Haiihhh~~ Kalau tak boleh sediakan, boleh tak cakap awal-awal? Geram tahu! Nasib baik saya ada ramai member yang mempunyai kenalan yang buat bisnes sewaan kereta.. Punya la sakit otak nak cari kereta lain untuk teruskan jugak rancangan tue, nasib saya memang baik.. Dalam banyak-banyak nombor ada jugak kereta yang boleh disewa.. Ikutkan dah ada orang "booking" tapi orang tue macam main-main je, kejap nak kejap tak nak..

        Jadi setelah dipujuk-pujuk oleh saya, akhirnya dapat jugak kereta hari tue jugak.. Yeayy!!! Terus pergi amik dengan Daus.. Gunakan penama member kami dan saya jadi penjamin.. Settle bab kereta terus amik member-member lain dekat kolej, angkut baju-baju dan makanan semua then terus pergi KL pick up Jo dulu..  Dah siap-siap amik jo terus gerak ke destinasi yang dituju..


       Sampai-sampai je di destinasi yang kami rancang, terus makan dulu.. Masing-masing dah kebuluran coz tak sarapan dan atau jamah apa-apa pun dari kolej.. Yang paling kesian saya, daus dan sya.. Kami dari pukul 7 dah bangun semata-mata nak pick up kereta.. Lepas kekenyangan, kami cari tempat untuk lepak-lepak.. Setting semua barang-barang, tukar baju dan terus mandi.. Yuhuuuu~~~ Seronok tak ingat sampai lupa yang diri tue sakit dok pi naik "banana boat" lapan-lapan naik sekali.. Balik kena bebel kejap ngn mak.. Pak cik tue plak pergi subahat dengan si jo bagi kami semua jatuh time kat tengah laut.. Perghhh.. kami yang gurl-gurl ni punya la cuak coz tak tahu berenang.. Masing-masing dah paut dekat jo dan daus termasuklah saya..


      Penat mandi-manda sampai ke petang kami siap-siap setting barang-barang untuk barbeque time malam tue.. Barbeque sampai tengah malam, dok bergambar sakan sampai rasa tak nak balik.. Dah pagi tue terus balik hostel dan jalan-jalan.. Pukul 2 pagi gerak pergi KL hantar jo tapi ronda-ronda KL dulu.. Pergi makan nasi lemak pepagi buta tue then gerak ke bukit ampang, lihat pemandangan bandar KL.. Lepak-lepak sampai kul 4 lebey dan terus hantar jo balik dan kami-kami yang lain balik ke hostel.. Sampai hostel kul 5 lebeyh.. Balik tue terus tidur tak ingat dunia, tengah hari baru bangun.. Tak senonoh kan anak dara wat macam tue? Hehehe... Banyak tempat lagi kami lepak-lepak, tunggu next post ok! =)



Mari saya share gambar-gambar kami!


Muka-muka ceria dah dapat tempat

Lepas mandi setting tempat utk barbeque

mamat2 yang suka buli saya!



Nampak tak dia tengah buli sy?

Masing-masing kelaparan

Start bosan dah

Muka keletihan




bukit ampang

Lepak-lepak