CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label renungan bersama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renungan bersama. Papar semua catatan

Rabu, 14 November 2012

Malas nak amik porttt~~

          Saya memang malas sikit nak amik port masalah-masalah yang saya rasa menggangu otak saya dan untuk hal-hal yang saya rasa tak penting langsung.. Tak suka nak amik tahu tentang sape suka sape, sape tak suka sape.. Sape benci sape, sape tak benci sape.. Bagi saya semua sama.. Masing-masing berhak untuk menentukan hidup masing-masing.. Boleh menyayangi dan membenci sesiapa pun sesuka hati.. Tanpa ada halangan dari sesiapa pun..


          Susah sebenarnya nak puaskan hati semua orang.. Kang melebih dengan orang sana, orang sini terasa. Kang terlebih dengan orang sini, orang sana terasa.. Kalaulah badan kita ni boleh dipecah-pecahkan.. Mungkin senang kot? Tangan kat orang A, kaki kat orang B, mata kat orang C dan seterusnya bla bla bla~~ Tapi mustahil bukan? Allah dah ciptakan yang sempurna buat kita dengan setiap fungsi kebaikan yang diberikan..

         
          Semuanya sama, jadi tak perlulah kita saling terasa, merasa atau tersentap.. Orang sana tak ajak buat tu, sentap! Orang ni tak ajak pergi situ, sentap! Orang sinun tak ajak pergi makan, sentap! Si polan tu tak ajak pergi shopping, sentap! Si polan ni tak ajak pergi jalan-jalan,sentap! Si polan sinun tak ajak pergi bercuti, sentap! dan bla bla bla.. Sewaktu dengannya la.. Argghh.. Berapa banyak orang dan si polan daaaa??? Hik hikk...


         Saya rasa tak perlulah saling sentap menyentap sangat sebab masing-masing pun kadang-kadang jadi lupa diri.. Cakap ikut sedap mulut, cakap tak toleh kiri kanan, laser tak tentu pasal, kata tak kena tempat, gurau tak kira kasar dan sewaktu dengannya.. Kan senang kalau kita semua open minded sikit.. Benda-benda kecil tak perlu nak sentap-sentap.. Alah, mungkin kau pun pernah wat orang lain sentap, tapi mungkin orang lain buat bodoh je sebab dah biasa.. Dan mungkin bagi kau, kau gurau kasar dengan orang lain takpe, tapi kalau orang lain gurau kasar dengan kau sensitif sikit..



        Ok kita masing-masing boleh meluahkan perasaan kita pada sesiapa pun kita nak, tak cakap tu nak cakap ni, tak suka tu, tak suka ni.. Cuma kita perlu jaga aib orang.. Tu yang penting.. Jangan pasal hal dalam kain orang pun kita dok cerita kat satu taman.. Tak pasal-pasal tuan badan tue pergi parang kau pulak kang!




P/s : Coretan ini tiada kena mengena dengan sesiapa.. Saya ulangi.. Tiada kena mengena atau tembak-menembak sesiapa.. Siapa dok kaitkan saya dengan sesiapa, saya tembak die balik! =P


Isnin, 8 Oktober 2012

AMALAN BERSEDEKAH


         Saya kasihan melihat anak-anak kecil, pak cik/makcik yang meminta sedekah di tepi-tepi jalan.. Betapa kasihannya mereka kerana terpaksa meminta sedekah demi sesuap nasi.. Kadang kala terfikir, kemanakah ibu bapanya? Kemanakah anak-anaknya? Sayu bila melihat mereka berkeadaan begitu.. Tak salah pun meminta sedekah daripada mencuri..

         Pernah satu hari tu saya keluar makan dengan kawan-kawan kolej tiba-tiba didatangi oleh seorang budak lelaki berumur mungkin dalam 8-9tahun menjual kismis dan lalu dimeja saya sambil berkata “kak,mintak tolong beli kak mak saya sakit kat rumah” Ya allah,tiba-tiba hati saya tersentap dan sebak bila perkataan “mak sakit” disebut.. Apa perasaan kita kalau mak kita yang sakit? Cuba bayangkan budak kecik keje jual kismis semata-mata untuk sara diri sendiri? Bukan mintak sedekah.. Tapi menjual.. Terus bergenang air mata dan saya hulurkan sedikit wang.. Saya cakap dekat budak tue tak payah bagi kismis tue coz saya nak tolong dia ikhlas dan mungkin die boleh jual kismis tue balik.. Tapi dia cakap “kak,tolong la amik saya jual” saya lihat mukanya yang sangat kasihan dan mungkin juga kepenatan.. Dia terus letak kat meja saya lalu pergi..

          Masa tue saya jadi termenung seketika, betapa bertuahnya saya kerana memiliki segala-galanya.. Punya ibu ayah,punya adik beradik.. Punya kasih sayang yang kuat, rumah yang selesa untuk diduduki.. Dan makanan dan wang yang sentiasa ada.. Tapi.. Dia?? Adakah sebertuah saya? Adakah sebertuah awak? Walaupun rumah saya tak sebesar mana, harta saya tak sebanyak mana.. Saya tak pernah bermegah dengan semua itu..  

     Orang kata “mana tak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi” saya jadikan my dad n mum  sebagai contoh untuk diri saya.. Masih segar lagi diingatan walaupun saya masih kecil masa tu, jiran rumah lama saya ada 4 orang anak, sorang OKU, dan 3 org lagi sempurna tapi mereka bersekolah..  Suami dia pulak gila.. si isteri je yang keje tapi menjahit kat rumah.. Kesian sangat, nak beli beras pun tak mampu.. Apatah barangan keperluan lain.. Tiba-tiba satu hari si isteri datang ke rumah saya, kesempitan wang untuk membeli gas.. My mum lah yang tolong hulurkan duit.. My dad pula sebagai pengerusi dekat situ masa tue, buat tabung untuk didermakan kepada ahli keluarga tersebut.. Bila my dad balik dari keje dan nampak mereka, my dad pasti hulurkan sedikit wang kepada mereka.. Hurm,tue semua masa duduk shah alam dulu.. Sekarang ktorang pindah, tak tahulah apa nasib mereka..

       Bila pindah rawang pula, pernah suatu hari tue.. Saya dan ayah pergi ke kedai naik motor berdua nak beli barang dapur, tiba-tiba ada seorang pak cik naik motor  berbangsa india tahan kitorang.. My dad pun berhenti, ingatkan apa lah kan.. Rupa-rupanya pak cik tue nak pinjam duit nak beli beras untuk anak-anak.. My dad pun macam percaya tak percaya lah dengan pak cik tue.. Lepas berfikir, ktorang amik keputusan bawak dia pergi ke kedai..  Sampai je kedai, my dad capai beras sekampit.. Saya pulak kena pergi cari susu tin, tepung, gula, ikan beberapa ekor, dan sedikit sayur.. Terus pergi kaunter dan bayar.. Tauke kedai tue pun pelik tengok my dad belikan barang-barang dapur untuk pakcik india tue.. Selesai sesi pembayaran, my dad bagi semua barang-barang tue kat dia.. Saya lihat pak cik tue menangis sambil ucap terima kasih.. Saya pulak jadi ikut sebak masa tue.. Dia mintak no.fon my dad coz nak bayar balik duit yang my dad beli barang tue..

       Balik tu, saya tersenyum-senyum sampai rumah.. Terus cerita dekat my mum.. Pengajaran yang saya belajar hari tue, kita perlulah saling tolong menolong sesama manusia tanpa mengira agama dan bangsa.. Mungkin lain kali kita dalam kesusahan, bangsa lain yang tolong.. Tak mustahil bukan?

       Tujuan saya menaip entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk dengan kebaikan yang saya ataupun family saya buat.. Cuma sekadar renungan dan teladan bersama. Amalan bersedekah itu juga saya amalkan.. Mungkin sekarang kita senang dan mereka susah, tapi tak mustahil nanti kita susah dan mereka senang pulak masa tue.. Mungkin masa tue dia pulak yang tolong kita. Rezeki masing-masing pun ALLAH yang bagi.. Tak salah kalau saling berkongsi.. =)