Semalam saya dan member-member syafiq, kak ida, mira dan kin terus ke hospital sungai buloh bila mengetahui acap masuk hospital.. Kami gerak kul 4.30 ptg dan stay sana sampai masa melawat tamat. Sangat sedih bila melihat orang yang dulunya periang kini terlantar sakit di katil. Macam tak percaya je.. Sampai-sampai je memang dah nak menitis air mata, tapi terus memasing cover, tak nak ibu acap nampak dan sedih.
Saya dan syafiq berborak dengan ibu acap untuk berbincang mengenai hal kesihatan dan hal kolej. Saya nampak genangan air mata seorang ibu masa tue, walaupun dia kelihatan tabah dan cuba untuk ketawa. Yang sedihnya, masa kami sampai acap tengah tidur dan masih mamai-mamai dengan dos morfin yang Dr. bagi. Saya faham, sebab saya pun pernah berkeadaan sebegitu dan ianya lebih teruk lagi. Kasihan dia, cuba untuk berbicara tapi tiada tenaga. Pembedahan usus yang dibuat menyebabkan dia tidak dibenarkan untuk menjamah apa-apa makanan langsung. Cuma air masak je.
Ya Allah! Sedih betul bila ibu acap cakap yang acap asyik tanya je “Ibu,bila adik boleh makan ni?” Saat tue air mata saya memang dah bergenang dah, bayangkan berminggu-minggu tanpa makanan? Sampai susut habis badan dia, muka dia pun pucat.. Syafiq pun cakap ada beberapa hari lepas acap ada call cakap nak makan “burger king”.. Sedih sangat.. Kami ingat nak bawak buah tangan tapi memandangkan acap memang tak boleh jamah apa-apa jadi kami pergi dengan tangan kosong.. Kami risau jika kami bawa makanan, acap jadi teringin nak makan..
Baru kini saya faham air mata seorang kawan dan air mata seorang ibu.. Dulu semasa saya dimasukkan ke dalam wad, bila kawan datang melawat saya nampak air matanya jatuh.. Masa tu saya pelik kenapa dia menitiskan air mata. Begitu juga keadaan bila saya lihat acap, serta merta air mata mahu gugur. Kini baru saya faham semua itu. Bila seseorang yang kita sayang seperti family, kawan-kawan rapat sakit, secara tak langsung air mata jadi mudah untuk jatuh..
Acap! Tolong la cepat sembuh kami rindukan gelak ketawa acap.. Itu je yang mampu saya bisikkan saat nak balik. Rasa baru je lagi sebelum cuti sem hari tue kitorang keluar bertiga iaitu acap,saya dan syafiq tengok wayang sampai lambat nak pergi kelas. Rasanya baru lagi kami lepak-lepak one utama, pergi makan-makan sama. Tak sangka pulak acap boleh jatuh sakit sampai macam ni..
* Ya Allah, kau selamatkan lah kawan ku seperti mana kau pernah selamatkan diriku dulu. Aminn!!! *




Tiada ulasan:
Catat Ulasan