CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan

Jumaat, 16 November 2012

Hangout memalam buta~~




        Minggu ni minggu yang sangat-sangat membosankan.. Bosan ker? Yup! Bosan sangat-sangat.. Bayangkan daripada hari isnin tak der kelas langsung sampailah hari ni.. Langsung tak ada.. Duduk hostel diam-diam goyang kaki, tenung dinding, makan tidur dan online je.. Rutin yang sama tiap-tiap hari.. Kalau tahu awal-awal mungkin dah balik rumah family.. Tapi Minggu lepas baru je balik, tak kan nak balik lagi? Duduk rumah je pun bosan jugak..


      Nasib baik ada je member saya si Adi yang ajak hangout dengan kawan-kawan die walaupun memalam buta, motif cuma nak pergi dataran merdeka.. Jalan-jalan, lepak-lepak dan balik.. Lagi pun diorang keje hari ni.. Jadi kena balik awal, awal tak awal pun dalam kul 1 pagi jugak la balik.. Kesian diorang kena keje esok pagi.. Oleh kerana bosan yang terlampau ikut jugak diorang hangout.. Bawak sorang roomate temankan.. Coz segan dengan member-member Adi.. Nasib diorang Cool dan kelakar, takde la memasing diam je dalam kete kan?


     Baru je kenal pun dah jadi macam member-member rapat.. Diorang sangat kelakar sampai terbahak - bahak tahan ketawa.. Seronok hangout dengan diorang semua.. Adi ni jenis pendiam sikit, tapi bila dengan member-member dia, jadi riuh sikit.. Kalau tak biasa kitorang diam jee.. Lain kali kalau diorang ajak hangout ramai-ramai lagi mesti syok! Hurmm.. Rugi tak tangkap gambar ramai-ramai semalam.. Mesti best! XD

Khamis, 20 September 2012

Rindu.. =(


Saya benar-benar ingin menemui mereka.. Terlalu merindui.. Bila saya belek-belek  gambar kenangan saya dan member  semasa kami baru melangkah kealam kolej, terlalu banyak kenangn yang tersemat.. Sekarang masing-masing membuat haluan masing-masing.. Owh.. Rindu sangat-sangat! Antara banyak-banyak kenangan.. Kenangan yang paling saya tak pernah lupakan ialah semasa kami pergi mandi dan berkelah di ulu yam dan ke rumah anak yatim.. Teringat korang snap gambar saya  senyap-senyap masa  saya nangis  salam anak-anak yatim time dah nak balik.. Dalam kereta saya diam jee.. Tapi roy cakap lain kali boleh lawat lagi.. Lepas tue terus dia buat lawak bagi saya gelak puas-puas..  Seronok sangat.. Masing-masing dengan otak yang gila-gila dan saling mengambil berat antara satu sama lain.. Masa tu kita ibarat satu family.. Meriah sangat!


Tapi sekarang semuanya dah berubah.. Masing-masing dah buat haluan masing-masing. Kini tinggal saya sahaja yang belum habis study.. Akibat tangguh belajar masa operation tulang belakang dulu.. Kalaulah korang masih disini, mungkin saya tak sesunyi macam sekarang.. Hurm, memang lah saya ada kenalan lain.. Tapi tak sehebat dan se”caring” kam0o semua.. Dulu bila salah seorang dari kita ada masalah, kita semua akan sama-sama berkumpul dan cuba selesaikannya sama-sama..


Pernah ada seorang budak cakap saya yang bukan-bukan.. Saya menangis dan terus mengadu kat korang.. Roy paling caring,suruh luahkan segalanya.. Korang jugak yang tolong pujuk dan banyak bagi nasihat suruh bersabar..  Dulu masa wallet saya hilang, fadhli dan mizi jugak yang banyak tolong.. korang jugak yang tolong pergi carik.. Yang paling saya tak boleh lupa, korang celebrate besday saya ramai-ramai.. Masa tue khai yang belanja sebab masa tue besday saya.. Siap amik dan hantar balik lagi.. Dan yang paling sweet sekali dia bagi hadiah lampu tidur yang ada couple bear tengah study.. Sweet kan? Korang memang kawan yang baik..

Ohh.. saya sangat berharap agar masa  boleh berputar kembali…

Ahad, 13 Mei 2012

Minggu yang penuh dengan kegilaan!

         Minggu lepas adalah minggu saya yang penuh dengan keceriaan dan gila-gila.. Seperti yang dijanjikan saya telah pergi bercuti bersama-sama teman tersayang.. Sangat happening dan langsung tak ingat tentang masalah-masalah yang melanda.. Saya suka!

         Start dari minggu lepas banyak tempat saya pergi, bermula dengan percutian yang saya rancang hinggalah ke tempat-tempat yang tidak dirancang. Dari hari ahad mula tercari - cari kereta untuk disewa kerana kami berlapan.. 1 kereta memang dah tersedia ada, cuma memerlukan 1 lagi kereta untuk memuatkan kami-kami yang ada ni.. Saya yang kutip duit dan setting semua hal, daripada sewaan kereta, makan minum tempat untuk lepak dan macam-macam lagi..

         Semuanya sempurna, dah siap segala-galanya, tapi bila tiba hari yang dinanti tiba-tiba pulak kereta yang dah kami "booking" tiba-tiba dikatakan tiada.. Jadi naik darah pulak! Haiihhh~~ Kalau tak boleh sediakan, boleh tak cakap awal-awal? Geram tahu! Nasib baik saya ada ramai member yang mempunyai kenalan yang buat bisnes sewaan kereta.. Punya la sakit otak nak cari kereta lain untuk teruskan jugak rancangan tue, nasib saya memang baik.. Dalam banyak-banyak nombor ada jugak kereta yang boleh disewa.. Ikutkan dah ada orang "booking" tapi orang tue macam main-main je, kejap nak kejap tak nak..

        Jadi setelah dipujuk-pujuk oleh saya, akhirnya dapat jugak kereta hari tue jugak.. Yeayy!!! Terus pergi amik dengan Daus.. Gunakan penama member kami dan saya jadi penjamin.. Settle bab kereta terus amik member-member lain dekat kolej, angkut baju-baju dan makanan semua then terus pergi KL pick up Jo dulu..  Dah siap-siap amik jo terus gerak ke destinasi yang dituju..


       Sampai-sampai je di destinasi yang kami rancang, terus makan dulu.. Masing-masing dah kebuluran coz tak sarapan dan atau jamah apa-apa pun dari kolej.. Yang paling kesian saya, daus dan sya.. Kami dari pukul 7 dah bangun semata-mata nak pick up kereta.. Lepas kekenyangan, kami cari tempat untuk lepak-lepak.. Setting semua barang-barang, tukar baju dan terus mandi.. Yuhuuuu~~~ Seronok tak ingat sampai lupa yang diri tue sakit dok pi naik "banana boat" lapan-lapan naik sekali.. Balik kena bebel kejap ngn mak.. Pak cik tue plak pergi subahat dengan si jo bagi kami semua jatuh time kat tengah laut.. Perghhh.. kami yang gurl-gurl ni punya la cuak coz tak tahu berenang.. Masing-masing dah paut dekat jo dan daus termasuklah saya..


      Penat mandi-manda sampai ke petang kami siap-siap setting barang-barang untuk barbeque time malam tue.. Barbeque sampai tengah malam, dok bergambar sakan sampai rasa tak nak balik.. Dah pagi tue terus balik hostel dan jalan-jalan.. Pukul 2 pagi gerak pergi KL hantar jo tapi ronda-ronda KL dulu.. Pergi makan nasi lemak pepagi buta tue then gerak ke bukit ampang, lihat pemandangan bandar KL.. Lepak-lepak sampai kul 4 lebey dan terus hantar jo balik dan kami-kami yang lain balik ke hostel.. Sampai hostel kul 5 lebeyh.. Balik tue terus tidur tak ingat dunia, tengah hari baru bangun.. Tak senonoh kan anak dara wat macam tue? Hehehe... Banyak tempat lagi kami lepak-lepak, tunggu next post ok! =)



Mari saya share gambar-gambar kami!


Muka-muka ceria dah dapat tempat

Lepas mandi setting tempat utk barbeque

mamat2 yang suka buli saya!



Nampak tak dia tengah buli sy?

Masing-masing kelaparan

Start bosan dah

Muka keletihan




bukit ampang

Lepak-lepak

Sabtu, 10 Mac 2012

Tentang TEMAN tapi MESRA...

Saya ada seorang kawan yang saya sangat suka berkawan dengannya, selesa dengannya dan happy bila ada dengan dia.. Perangai dia yang gila-gila, suka menyakat, kelakar, baik hati dan tak berkira tue membuatkan ramai yang selesa untuk berkawan dengannya, termasuklah saya.. Perkenalan kami bermula dari best friend kami.. Saya teman membe saya date.. Dan dia teman bf membe saya date.. Sama-sama jadi peneman.. Saya memang selalu kena jadi peneman kawan-kawan saya date.. Kadang-kadang saya sendiri pun tak faham kenapa diorang suka saya teman.. Maybe perangai saya yang gila-gila dan mudah bercampur dengan orang kott...



Dan biasanya bila saya dah jadi peneman diorang, mesti ada yang sangkut mintak no.saya.. Adoiii~~ Biasanya saya akan cakap, nak no. saya? Cari sendiri... Then diorang akan dapat jugak no.saya tue.. Mesti bodek member saya sampai dapat.. Tahu-tahu ada no. yang tidak dikenali je call/mesej.. Owh ye.. Berkenaan dengan teman tapi mesra saya ni.. Kitorang selalu lepak-lepak sama-sama dengan membe-membe lain.. Tiap kali jumpa mesti saya yang akan menjadi bahan untuk diorang usik.. Saya pun tak kisah kena bahan,kadang-kadang dok gelak sama tak tahan dengan lawak dia.. Kadang-kadang saya pun dok bahan dia, bila dia wat salah sikit pun.. Sama-sama membahan.. Ada je point dia untuk kenakan saya.. Ktorang memang sangat kerap lepak sama-sama.. Boleh nak dikatakan hampir setiap hari lah.. Kalau saya ada kelas pagi jew saya akan skip lepak dengan diorang.. Tapi kalau kepala tengah tension, ktorang roger-roger untuk jumpa...Hilang streess bila lepak dengan diorang..


Masa mula-mula kenal lagi member saya dah bagi clue yang dia minat kat saya.. Tak payah cakap pun dah tahu.. Tengok cara dia dok layan saya pun saya dah tahu.. Untuk mengelakkan daripada dia ada perasaan dekat saya, saya gunakan "aku kau" je bila bercakap dengan dia.. Wat-wat otai selumber rock.. Cakap pun kasar-kasar kat dia.. Tapi dia perasan dan dia pernah tegur kenapa kasar-kasar dengan dia, dia suruh saya jadi sopan santun sikit... Haha.. Apakah? Yang paling saya geram bila dia sibuk-sibuk panggil nama saya banyak kali lepas tue bila tanya kenapa, dia cakap saje panggil.. Haha.. kadang-kadang bengang, lama-lama tergelak tengok mimik muka dia yang macam tak bersalah tue...



Ada satu hari tue, dia tanya saya yang saya ada bf or tak.. Saya pun cakap jelah takde, dah memang takde pun kan? Then dia tak percaya.. Dia cakap saya tipu.. Bila dia tanya dekat member-member yang lain, lama-lama baru dia percaya.. Dia macam nak masuk line.. Tapi memang pun, kawan saya yang cakap.. Jadi saya dah siap-siap cakap yang saya suka kami bersahabat jew.. Sebab sahabat hubungan yang akan kekal sampai mati.. Dan saya cakap buat masa ni saya tak nak couple dengan sape-sape.. Sebab saya suka berkawan jew..Maybe disebabkan itu perangai dia dah berubah... Dia dah tak reti nak bahan-bahan saya lagi.. Tak reti nak panggil-panggil saya then bila saya menyahut, dia cakap saja panggil.. Dan takde dah nak gelarkan saya si mata bolart.. Takde dah die bawak kete laju-laju macam dulu sebab dia suka dengar saya jerit-jerit nama dia bila dia bawak laju.. Takde lagi mangkok yang suka kacau saya  pagi-pagi pukul 6-7 pagi.. Takde lagi gila-gila dia yang suka buat saya ketawa...



Owh damn! Really-really miss that moment... Rindu gila! Adakah kerana kata-kata saya tempoh hari yang membuatkan dia jadi macam tue.. Sekarang ni kalau keluar ramai-ramai dia more cakap dengan bf kawan saya tue.. Dah tak reti nak bahan-bahan saya.. Saya diam, dia diam.. Owh.. Boleh mati akal aku kalau dia asyik diam jew! Saya dekat sebelah dia pun die boleh wat tak tahu.. Cuma kadang-kadang jew cakap, tue pun tak semeriah dulu.. Dalam kereta kalau saya duduk sebelah dia sebab nak bagi hot couple duduk kat belakang.. Selalunya dia akan tenung muka saya, sampai muka saya merah padam sebab nak usik saya.. Tapi sekarang dah tak macam tue dah.. Sama-sama layan lagu jew.. Yang kat belakang je riuh...


Kadang-kadang rasa macam nak pergi kat dia dan cakap "Kau dah kenapa tak reti nak bahan aku! Tak reti nak kacau-kacau aku dah hah?!" boleh tak nak cakap macam tue? Tapi saya tak reti nak serius or nak marah-marah dengan dia.. Nanti mesti saya yang gelak balik bila tengok muka dia tue.. Hurmmm... Macam mana nie! Saya rindu dia yang dulu... =(





Rindu nak bahan-membahan dengan kamo0!

Sabtu, 29 Oktober 2011

Lama tak update.. Banyak cerita yg tak terluah..

Dah lama betul tak update blog ni.. Kalau boleh memang tiap-tiap hari nak coret-coret kat sini.. Tapi masa yang tak mengizinkan.. Banyak cerita yang tersimpan dan tak terluah.. Semua pendam jew.. Banyak keje yang kena buat bulan ni.. Tolong mak menjahit berpuluh-puluh pasang baju.. Sampai tidur lewat malam la konon nak tolong mak.. Tu lah sebabnya jarang-jarang online sekarang.. Nak cari duit lebih la konon.. Kena la wat keje sikitkan...


 Dulu-dulu lah kan masa habis je sek. men. memang langsung tak minat nak menjahit.. Ayah memang selalu lah kan dok perli-perli soh belajar  menjahit dari mak nanti senang.. Tapi nasihat tue ibarat mencurah air ke daun keladi or masuk telinga kanan keluar telinga kiri hah macam tuee lah.. Saya dok wat tak taw jelah kan.. Ayah siap offer kata nak belikan kain untuk saya belajar jahit dengan mak.. Tapi masa tue anguk-anguk jew.. Buatnye memang TAK!


Tapi bulan lepas, lepas tengok mak dapat tempahan yang amat-amat banyak.. Sampai dok pening tengok mak buat sorang-sorang, lama-lama rasa cam kesian lak kat mak.. Banyak tuh! Ok,lama-lama ayah asyik dok perli-perli je lagi.. Siap bawak kuar mesin jahit mak yang lagi satu dan letak pulak betul-betul depan saya.. Nampak sangat macam kena paksa rela je kan kan? Mak dah gelak-gelak dah...


Start dari tue mak kasi jahit yang senang je dulu, pastu yang susah sikit, lama-lama dah biasa susah banyak pulak.. Sebenarnya takde la susah sangat tapi sebab still baru belajar memang la rasa susahkan..... Tapi untung jugakk tolong jahit berpuluh-puluh pasang baju tue.. Dapat jugak mak income RM 1.5k bulan ni.. Alhamdulillah la sangat.. Mungkin Allah dengar keluh kesah saya hari tue.. Ringan sikit beban.. And Alhamdulillah jugak mak bagi upah coz tolong mak dapat la duit sikit, pastu mak belanja makan mcd and makan kat jeram hari rabu lepas.. Lepas jugak hajat nak makan kat jeram lepas kuar hospital bulan 6 yang lepas..




Lepas makan tengok matahari terbenam.. 
Indah sangat ciptaan Allah...