CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label KESAYANGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KESAYANGAN. Papar semua catatan

Khamis, 20 September 2012

Rindu.. =(


Saya benar-benar ingin menemui mereka.. Terlalu merindui.. Bila saya belek-belek  gambar kenangan saya dan member  semasa kami baru melangkah kealam kolej, terlalu banyak kenangn yang tersemat.. Sekarang masing-masing membuat haluan masing-masing.. Owh.. Rindu sangat-sangat! Antara banyak-banyak kenangan.. Kenangan yang paling saya tak pernah lupakan ialah semasa kami pergi mandi dan berkelah di ulu yam dan ke rumah anak yatim.. Teringat korang snap gambar saya  senyap-senyap masa  saya nangis  salam anak-anak yatim time dah nak balik.. Dalam kereta saya diam jee.. Tapi roy cakap lain kali boleh lawat lagi.. Lepas tue terus dia buat lawak bagi saya gelak puas-puas..  Seronok sangat.. Masing-masing dengan otak yang gila-gila dan saling mengambil berat antara satu sama lain.. Masa tu kita ibarat satu family.. Meriah sangat!


Tapi sekarang semuanya dah berubah.. Masing-masing dah buat haluan masing-masing. Kini tinggal saya sahaja yang belum habis study.. Akibat tangguh belajar masa operation tulang belakang dulu.. Kalaulah korang masih disini, mungkin saya tak sesunyi macam sekarang.. Hurm, memang lah saya ada kenalan lain.. Tapi tak sehebat dan se”caring” kam0o semua.. Dulu bila salah seorang dari kita ada masalah, kita semua akan sama-sama berkumpul dan cuba selesaikannya sama-sama..


Pernah ada seorang budak cakap saya yang bukan-bukan.. Saya menangis dan terus mengadu kat korang.. Roy paling caring,suruh luahkan segalanya.. Korang jugak yang tolong pujuk dan banyak bagi nasihat suruh bersabar..  Dulu masa wallet saya hilang, fadhli dan mizi jugak yang banyak tolong.. korang jugak yang tolong pergi carik.. Yang paling saya tak boleh lupa, korang celebrate besday saya ramai-ramai.. Masa tue khai yang belanja sebab masa tue besday saya.. Siap amik dan hantar balik lagi.. Dan yang paling sweet sekali dia bagi hadiah lampu tidur yang ada couple bear tengah study.. Sweet kan? Korang memang kawan yang baik..

Ohh.. saya sangat berharap agar masa  boleh berputar kembali…

Selasa, 15 Mei 2012

Minggu yang penuh kegilaan part 2!

        Balik je dari bercuti dan lepak-lepak bukit ampang, balik tu semua tidur tak ingat dunia.. Hari isnin masing-masing dah start kelas macam biasa, penat rasanya.. Dan hari isnin jugak hari untuk saya buat demo untuk subjek "english general purpose" saya buat masak-memasak untuk hari tue.. Saya buat spagetthi dan kena tunjukkan cara-cara memasak sambil speaking english.. Yeayy! Saya berjaya tunjukkan dengan super spontan! Masakkan jugak dapat pujian lect. dan member-member kelas.. Bangga kejap! Habiis semuanya ok..  =D Cuma yang tak bestnya saya lupa nak suruh member snap gambar saya yang berlagak jadi chef tue.. Wuuu~~~


       Hari selasa pulak hari hostel kami takde air.. Pagi dan tengah hari ada, cuma start petang sampai ke malam je tiba - tiba takde.. Dah la kepenatan claz dari pagi sampai petang, petang tue jugak member bilik sebelah ajak pergi mandi swiming pool kat rumah auntie dia yang rumahnya dekat je dengan tempat yang kami selalu keluar makan. Dekat batu tiga. Kondominium puri ayu.. Sangat lega dapat mandi jugak malam tue, pukul 10 dah siap mandi dan tengah bersiap nak keluar makan, tiba-tiba uncle dia pulak balik dan menawarkan untuk "open table" apa lagi memasing, melantak bagai nak gila lah.. Mekasih uncle and auntie! =) Balik tue terus pergi putra lak, hantar barang. Balik dah pukul 1 pagi. Balik sembang-sembang, dah nak kul 3 pagi baru tidur..


      Hari rabu takde kelas jadi saya habiskan masa untuk topap tidur yang dah tak tertopap sebelum-sebelum ni.. Malam tue memasing nak makan kat luar, jadi kami pergi makan dekat seksyen berapa tah tak hingat,then terus jalan-jalan cari rumah berhantu sekitar shah alam.. Ok! Kami memang selalu buat keja gila ni.. Bukan sekali, tapi banyak-banyak kali.. Pernah pergi time pukul 12 malam pun ada.. Gila x? Lepas tue tengah malam lak memasing buat gila tetiba teringin nak makan burger, terus cari burger grill kat seksyen 19.. Tak sedap langsung, harga mahal kemain.. Hampeh tol~~

      Hari khamis lak kami gerak ke sungai buloh untuk pergi kerumah sya, untuk dia amik barang dan jumpa umie kami kejap.. Then petang tue jugak terus ke sepang untuk hadiri kenduri doa selamat rumah aini, Sampai ngam-ngam masa maghrib, dan majlis start lepas isyak.. Lepas selesai doa selamat, majlis cukur jambul pula diadakan.. Tapi tak cukur jambul pun cuma berikan baby minum air zam-zam dan madu.. Saya pulak jadi pengiring baby, sangat seronok ok! Lepas selesai bergambar semua, dah makan dan kemas kami pun bermalam kat Desa vista, sepang sehari.. Mentang-mentang hari jumaat takde kelas kan?


   
    Hari jumaat pulak pagi lepas breakfast, kami terus gerak ke Times Square jalan-jalan dan shopping kat situ.. Balik dari situ terus lepak plaza alam sentral pulak, makan - makan dan sesi karaoke.. Petang tu jugak balik dan malam keluar pergi uptown seksyen 24 pulak.. Lepak-lepak dan cari barang.. Balik tu masing-masing tidur dengan muka keletihan..

      Hari sabtu pulak budak-budak sca ada annual dinner, macam biasa saya telah dibooking untuk jadi tukang makeup mereka, nasib baik barang - barang makeup semua ada kat hostel.. Tolong siapkan diorang 4 orang dari pukul 3 petang sampai pukul 5.. Lepas diorang dah bergerak pergi, saya masak pulak untuk budak-budakk yang duduk hostel.. Menu biasa = nasi + telur masak kicap + sardin + air sarsi.. Kekenyangan masing-masing.


       Semalam just keluar pergi makan dan study je coz hari ni dah start exam.. Alhamdulillah dapat jawab dengan tenang siang tadi.. Balik dari exam terus beli makanan dan makan, tiba - tiba pulak syafiq dan yaya roger - roger ajak keluar pergi study kat library dalam kelab golf sebelah ni.. Besar kemain library tue, banyak kemudahan yang disediakan..Sempat solat zohor kat situ..  Cantik sangat.. Pukul 4 lebey syafiq mengadu lapar dan ajak makan burger kat seksyen 7, pergi tapi tak jumpa kedai.. Terus pergi seksyen 11 pulak makan nasi ayam kat belakang caltex.. Dah pukul 6 petang, singgah solat kat surau tadisma dan gerak balik.. Ni budak-budak bilik ajak lepak-lepak study kat kedai sebelah.. Rasa malas dan terus menaip blog sampai habis.. Semangatkan? =D


Gambar? Haruslah!


GAMBAR DOA SELAMAT

















T.S and P.A.S









Ahad, 13 Mei 2012

Minggu yang penuh dengan kegilaan!

         Minggu lepas adalah minggu saya yang penuh dengan keceriaan dan gila-gila.. Seperti yang dijanjikan saya telah pergi bercuti bersama-sama teman tersayang.. Sangat happening dan langsung tak ingat tentang masalah-masalah yang melanda.. Saya suka!

         Start dari minggu lepas banyak tempat saya pergi, bermula dengan percutian yang saya rancang hinggalah ke tempat-tempat yang tidak dirancang. Dari hari ahad mula tercari - cari kereta untuk disewa kerana kami berlapan.. 1 kereta memang dah tersedia ada, cuma memerlukan 1 lagi kereta untuk memuatkan kami-kami yang ada ni.. Saya yang kutip duit dan setting semua hal, daripada sewaan kereta, makan minum tempat untuk lepak dan macam-macam lagi..

         Semuanya sempurna, dah siap segala-galanya, tapi bila tiba hari yang dinanti tiba-tiba pulak kereta yang dah kami "booking" tiba-tiba dikatakan tiada.. Jadi naik darah pulak! Haiihhh~~ Kalau tak boleh sediakan, boleh tak cakap awal-awal? Geram tahu! Nasib baik saya ada ramai member yang mempunyai kenalan yang buat bisnes sewaan kereta.. Punya la sakit otak nak cari kereta lain untuk teruskan jugak rancangan tue, nasib saya memang baik.. Dalam banyak-banyak nombor ada jugak kereta yang boleh disewa.. Ikutkan dah ada orang "booking" tapi orang tue macam main-main je, kejap nak kejap tak nak..

        Jadi setelah dipujuk-pujuk oleh saya, akhirnya dapat jugak kereta hari tue jugak.. Yeayy!!! Terus pergi amik dengan Daus.. Gunakan penama member kami dan saya jadi penjamin.. Settle bab kereta terus amik member-member lain dekat kolej, angkut baju-baju dan makanan semua then terus pergi KL pick up Jo dulu..  Dah siap-siap amik jo terus gerak ke destinasi yang dituju..


       Sampai-sampai je di destinasi yang kami rancang, terus makan dulu.. Masing-masing dah kebuluran coz tak sarapan dan atau jamah apa-apa pun dari kolej.. Yang paling kesian saya, daus dan sya.. Kami dari pukul 7 dah bangun semata-mata nak pick up kereta.. Lepas kekenyangan, kami cari tempat untuk lepak-lepak.. Setting semua barang-barang, tukar baju dan terus mandi.. Yuhuuuu~~~ Seronok tak ingat sampai lupa yang diri tue sakit dok pi naik "banana boat" lapan-lapan naik sekali.. Balik kena bebel kejap ngn mak.. Pak cik tue plak pergi subahat dengan si jo bagi kami semua jatuh time kat tengah laut.. Perghhh.. kami yang gurl-gurl ni punya la cuak coz tak tahu berenang.. Masing-masing dah paut dekat jo dan daus termasuklah saya..


      Penat mandi-manda sampai ke petang kami siap-siap setting barang-barang untuk barbeque time malam tue.. Barbeque sampai tengah malam, dok bergambar sakan sampai rasa tak nak balik.. Dah pagi tue terus balik hostel dan jalan-jalan.. Pukul 2 pagi gerak pergi KL hantar jo tapi ronda-ronda KL dulu.. Pergi makan nasi lemak pepagi buta tue then gerak ke bukit ampang, lihat pemandangan bandar KL.. Lepak-lepak sampai kul 4 lebey dan terus hantar jo balik dan kami-kami yang lain balik ke hostel.. Sampai hostel kul 5 lebeyh.. Balik tue terus tidur tak ingat dunia, tengah hari baru bangun.. Tak senonoh kan anak dara wat macam tue? Hehehe... Banyak tempat lagi kami lepak-lepak, tunggu next post ok! =)



Mari saya share gambar-gambar kami!


Muka-muka ceria dah dapat tempat

Lepas mandi setting tempat utk barbeque

mamat2 yang suka buli saya!



Nampak tak dia tengah buli sy?

Masing-masing kelaparan

Start bosan dah

Muka keletihan




bukit ampang

Lepak-lepak

Isnin, 5 Mac 2012

Nak pergi yang mana 1 nie... ADOi~~

Bulan depan ada 2 jemputan wedding dekat area Johor.. Satu datangnya dari akak hostel lama.. Dan undangan satu lagi pulak datangnya dari member boy saya kakak dia kawin.. Jemputan yang mula-mula sekali dapat datangnya dari member boy.. Dah invite dari bulan 1 lagi.. Yang akak hostel lama tue pulak dia baru invite baru - baru nih.. Sangat serba salah sekarang... Macam mana nih erk?


Tapi budak-budak kolej semua dah excited nak konvoi naik kete pergi wedding akak hostel lama tuh.. Diorang dah beria-ria nak bawak saya pergi sana.. Memang la seronok.. Tapi member boy saya tu macam mana? Diorang pun dah beria-ria ajak pergi ramai-ramai ke wedding akak dia.. Boleh tak kejap lari sana, kejap lari sini even dah satu tempat.. Johor? Tapi macam lah pakai kete saya sendiri lak kan nak pergi sana sini sesuka hati... Uwaaaa~~


Kenapalah dua-dua pilih bulan yang sama untuk wat wedding.. Dua-dua pihak nak kena jaga hati..  =(

Khamis, 23 Februari 2012

Kawin?? Enjoy first! My mum ajar ok! =D

Baru-baru ni ada dengar ceramah mengenai cinta remaja.. Ada yang baik dan ada yang buruk.. Tapi jika direnung-renungkan kembali banyak keburukan dari kebaikan.. Entah lah.. Saya pun pernah bercinta, tapi kekal sekejap je.. More kepada cinta monyet.. Alangkah indahnya dunia jika setiap manusia diberi pasangan masing-masing tanpa perlu dicari.. Indah juga jika setiap pasangan saling lengkap melengkapi dan kekal setia untuk selama-lamanya.. Indah bukan?  Argghhh.. Tue semua hanya angan-angan.. =)


Pernah jugak terfikir, boleh tak tak nak bercinta? Nak mintak family yang carikan jodoh.. Orang kata pilihan keluarga itu adalah yang terbaik.. Ye kew? Tak jugakkan.. Kenapa? Sebabnya my mum masa dulu-dulu pernah dicarikan calon menantu oleh arwah nenek.. Tapi my mum dah ada pilihan hatinya iaitu my dad.. Punyalah tak nak sampai berpakat dengan arwah atok nak nikah sorok-sorok dengan my dad dengan restu arwah atok yang sangat sporting dan penyayang.. Yang penting dalam nikah kan wali.. Masa tu kalau arwah nenek tak hadir pun tak pe dah.. Masa my mum and my dad nikah pun umur diorang dah 25 tahun.. Kalau orang dulu-dulu memang dah kena cop andartu dah.. Betul tak?


Cukup hanya dengan mas kawin, cincin dan wang hantaran.. My mum and my dad selamat dinikahkan.. Pernah jugak tanya-tanya dekat my dad about picture masa diorang nikah.. My dad cakap ada tapi dah hilang masa banjir teruk dekat shah alam dulu.. Cuma ada gambar masa bertunang dan gambar ayah sorang masa nikah.. Sadisnya saya tak dapat tengok gambar my mum saya masa dia nikah.. Mesti cantik... Tiada majlis persandingan, yang ada cuma majlis kesyukuran sahaja.. Indah bukan? Bersederhana dan melakukan yang wajib bukan ikut nafsu..


Now diorang dah bahagia.. Buktinya? Ada saya dan 5 orang adik saya yang lain.. Itu dah cukup untuk membuktikannya bukan? hehe.. Lepas je dapat tahu my mum dah nikah dengan lelaki bukan pilihannya, arwah nenek marah jugak lah dengan my mum.. Tapi lama-lama dah okey bila tengok kehidupan kami yang bahagia dengan kasih sayang walaupun masa tu my dad keje biasa-biasa je.. Bukan executive seperti sekarang.. Sekarang mampu untuk tersenyum dengan semua rezeki yang Allah limpahkan.. Walaupun kadang-kadang wang ada pasang surutnya, tetapi kasih sayang tak pernah surut.. Tipulah jika dalam keluarga tiada berlaku salah faham, tetapi semuanya akan selesai dengan mudah.. 


Baru-baru ni jugak my dad tiba-tiba sebut pasal isu kawin.. Aik? Macam pelik kan kan? Mula-mula terfikir jugak, bapak aku ni nak cari jodoh untuk aku ker? Rupa-rupanya tak lah, my dad kan cuma nak bagi nasihat jika suatu hari nanti jika saya dah bertemu dengan seseorang yang layak bergelar "IMAM" dalam rumah tangga my dad nak semuanya dalam keadaan bersederhana.. Tak perlu bersanding pun takpe.. Itu cuma adat.. Yang penting nikah dan buat majlis kesyukuran untuk meraikannya.. Cuma duit hantaran je jika saya nak tetapkan mahal pun takpe tapi janganlah sampai melebihi kemampuan bakal suami, duit tue buat simpanan masa hadapan katanya.. Tapi entahlah.. Tak nak cakap lebih-lebih tentang ni, nanti lain yang diungkapkan dan lain yang dilakukan..


Nampak sangat saya sorang je kena ceramah tue, al maklumlah anak sulongnya gugurl,, nak pulak dah masuk ke alam dewasa memang padan muka sangat lah kan kena nasihat.. Soal umur my dad nampak tak kisah sangat, tapi my mum pulak tak nak saya kawin awal-awal.. Kenapa? Enjoy dengan life dulu puas-puas baru kawin..  Ok! Tue yang mum saya yang ajar! =p Tapi nasihat yang ni setakat ni my mum tak pernah cakap depan-depan my dad.. Itu tentang pendapat my mum and my dad... Pendapat diri sendiri pulak.. Tak payah pening-pening pale mum and dad oi.. Sampai seru je nanti nikah lah puterimu ini.. Easy right?


Nak cari "IMAM" seperti yang my dad cakap tue bukan senang.. Imam dalam keluarga, Imam dalam solat dan Imam untuk kesyurga juga.. Mahukan pembimbing yang boleh mengubah diri ini kearah kebaikkan.. Mahukan pembimbing yang boleh kawal saya dan hati saya.. Itu yang penting! Okeyh, mari kita lihat wajah idola saya...



Idola dulu, kini dan selamanya..

Keluarga Bahagia

Keluarga bahagia..

Khamis, 12 Januari 2012

Saya sangat2 marah!

Saya geram betul bila harta saya orang suka-suka ambil dan guna tanpa kebenaran. Kedekut ke saya?
Saya bukan lah tahap kedekut yang amat.. Cuma saya tak suka orang gunakan barang-barang saya tanpa kebenaran dan buat macam hak dia sendiri.. Saya sangat-sangat hangin dengan orang macam ni.. Kalau mintak kebenaran,saya tak kisah la sangat kan.. Cuma jangan lah nak buat macam hak sendiri dan tak reti nak cakap..

Korang bengang tak kalau ada orang guna barang korang tanpa kebenaran? Maybe ada yang kisah dan maybe ada yang tak kisah.. Tapi saya sangat-sangat bengang dan hangin bila orang guna barang saya sesuka hati.. Lagi-lagi barang tue barang kesayangan saya dan kenangan dari seseorang.. Sabar jelah.. Tapi sabar-sabar sempat jugak lah sound kan? Kalau benda tue rosak korang ganti balik benda tue sebijik-sebijik sama.. Kalau mentol die rosak pun,saya nak yang baru.. Biar lah nak terasa pun,ada saya kisah?

Benda tue memang la nampak biasa je.. Tapi nilai yang ada pada barang tue yang membuatkan ianya berharga.. Nilai "KENANGAN".. Benda tue sebenarnya lampu tidur yang ada siap dengan jam loceng.. Ada patung couple bear tengah study lagi kat situ.. Cantik sangat.. Benda tue sebenarnya saya dapat masa birthday saya yang ke-19thn... Kawan lelaki saya yang bagi,sweet kan? Dia tue more kepada best friend saya.. Walaupun dia ada hati dekat saya..


Saya simpan jew dekat rak buku saya sebelah katil saya.. Tiap-tiap hari tengok jam kat situ jew.. Saya jarang guna lampu tidur tue sebab saya sangat takut kalau mentol lampu tue rosak.. Wuuu~~ Nanti mana nak cari gantinya? Hurm.. Saya sangat-sangat menghargai setiap pemberian orang sebab tue lah saya tak suka orang usik barang saya.. Setiap darinya mempunyai kenangan.. Bila saya dengar jew dorang guna lampu tidur tue malam tadi masa ketiadaan saya, hati saya memang panas.. Dah berapi-api dah.. Saya sendiri pun tak penah guna lampu tue dari malam sampai pagi sebab takut mentol tue terbakar, then diorang boleh pulak sesuka hati guna sampai pagi! What the ****!


Lepas ni memang saya simpan lah lampu tue, takpun bawak balik rumah jew.. Baru puas hati...

Sabtu, 17 Disember 2011

My new baby lappy.. =)

Hari ni my dad wt kejutan.. Happy sangat-sangat.. Akhirnya apa yang saya harapkan dalam tahun ni termakbul jugak.. Lagi 2 minggu jew nak habis 2011.. Nasib baik sempat dimakbulkan... Alhamdulillah... Saya janji akan jaga my red baby lappy ni baik-baik... Sayang die sangat-sangat..

Dengan ini ianya akan memudahkan kerja-kerja dan urusan-urusan yang perlu dilakukan.. Termasuklah beronline facebook,blog,skype dan bla bla bla.. Haha.. Amik kesempatan kan? Thanks to my dad yang bersusah payah menaja baby lappy sy ni.. HP PAVILION g4 series.. Sayang my dad sangat-sangat...




 my red baby lappy =)