CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label Beruntung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Beruntung. Papar semua catatan

Selasa, 24 Julai 2012

Isu kawin awal?


       Sekarang ni tengah kecoh pasal perkahwinan muda pasangan Syafiq & Yana.. Husband dia umur 16 tahun dan wife dia umur 14 tahun.. Muda bukan? Kalau ikutkan faktor umur memanglah diorang masih muda.. Masing-masing belum habis sekolah lagi.. Tapi bukankah suatu perkahwinan itu lebih baik daripada hidup bergelumang dengan dosa? Yang halal lagi mulia daripada yang haram bukan?

       Berdua-duaan dengan yang bukan muhrim pun sudah menjadi dosa, apatah lagi berpegangan tangan dan lain-lain lagi.. Kalau pernah berzina? Sendiri fikir akibatnya.. Saya tak mahu cakap lebih-lebih.. Biarpun serba kekurangan dan masih tiada harta, ianya lebih baik daripada hidup bergelumang dosa.. Soal rezeki, setiap insan ada rezeki masing-masing.. Cuma rajin cari atau tidak je.. Sekurang-kurangnya mereka halal dan tiada halangan untuk melakukan apa-apa sahaja..

      Mungkin mereka boleh dijadikan contoh untuk remaja-remaja muda yang dah "gatal" untuk berkahwin.. Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda. Awal atau tidak tak perlu kot dipertikaikan, janji halal..
Zaman nenek moyang kita sendiri pun dulu kawin awal, so ianya tidaklah begitu pelik..


       Saya juga mengimpikan sebuah perkahwinan tapi tidaklah sekarang.. Sila jangan salah faham! =D Saya lebih mengiginkan merasa nikmat bercinta selepas kahwin.. Maksudnya terima pinangan orang yang kita tidak kenal dan cuba mencintai dan menyayanginya selepas berkahwin.. Tapi kena tengok jugak latar belakang "future husband" tue.. Kalau boleh, nak yang beriman dan juga boleh menjadi ketua imam dalam solat saya dan ketua keluarga..

        Kalau dapatlah yang macam imam muda tuh.. Memang bertuah sangatlah.. Bukan main lagikan angan-angan.. Saya memerlukan seseorang yang dapat membimbing saya kearah yang lebih baik.dan kearah jalan yang lurus. Seseorang yang boleh merubah saya menjadi lebih baik daripada yang sekarang. Yang boleh buang ego dan sikap keras kepala saya ni..





 “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

 “Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.

 "Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"

(Bukhari & Muslim) :)
 
                            




Khamis, 14 Julai 2011

Tgk x cerita BERSAMAMU??

              Malam tadi punya la excited nak tengok bersamamu.. Sanggup tunggu berjam2 menanti bersamamu ditayangkan.. bukan kerana seronok melihat.. tapi keinginan untuk melihat keadaan keadaan seowang wanita yang keadaan belakang nya sgt2 laen.. Itu la dia Scoliosis.. Sakit yang sama dengan saya.. Cuma saya beruntung kerana dapat melakukan pembedahan awal..


            Melihat keadaan wanita itu membuatkan air mata tiba2 je senang nk gugur.. Melihat ketabahan seorang wanita yg susah dan terpaksa menderita sampai penyakitnya menjadi terlalu terukk.. Rupa2 nya ada lagi insan yang lebih teruk dari saya..


            saya terlalu beruntung.. Semuanya yang saya nak,my mum and dad bagi jika mampu.. Beruntung kerana kebanyakkan keiginan saya dituruti.. saya mahukn pelajaran? Diberi.. saya mahukan duit? Diberi.. saya mahukan pembedahan dengan segera?? My dad terus berusaha mencari bantuan dan dapatkan sumber keewangan dgn segera bagi memenuhi keinginan saya.. betapa saya beruntung mempunyai mum and dad yang begitu memahami..


Kos 25k yg terlalu banyak saya rasakan tu pun,my dad dpt tolong carikan demi untuk melihat saya sihat.. betapa beruntungnya saya kn? Setiap hari my dad akan datang melawat saya kt hospital walaupun dia keje.. Waktu rehat tgh hari yg sepatutnya digunakan untuk berehat dan makan,dia gunakan utk melawat saya kt hospital n kadang2 siap bawakkan makanan utuk saya.. Setiap kali dtg 1 hadiah kucupan didahi akan saya terima.. saya terlalu beruntung kan? Waktu petang yg sepatutnya digunakan untuk pulang kerumah dan berehat,tapi my sanggup datang lawat saya sampai la masa utk melawat habis.. Bila nk balik,1 lagi kucupan didahi saya terima.. Betapa besarnya pengorbanan my mum and dad.. Sy syg korang sgt2.. =(