CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Sabtu, 10 Mac 2012

Tentang TEMAN tapi MESRA...

Saya ada seorang kawan yang saya sangat suka berkawan dengannya, selesa dengannya dan happy bila ada dengan dia.. Perangai dia yang gila-gila, suka menyakat, kelakar, baik hati dan tak berkira tue membuatkan ramai yang selesa untuk berkawan dengannya, termasuklah saya.. Perkenalan kami bermula dari best friend kami.. Saya teman membe saya date.. Dan dia teman bf membe saya date.. Sama-sama jadi peneman.. Saya memang selalu kena jadi peneman kawan-kawan saya date.. Kadang-kadang saya sendiri pun tak faham kenapa diorang suka saya teman.. Maybe perangai saya yang gila-gila dan mudah bercampur dengan orang kott...



Dan biasanya bila saya dah jadi peneman diorang, mesti ada yang sangkut mintak no.saya.. Adoiii~~ Biasanya saya akan cakap, nak no. saya? Cari sendiri... Then diorang akan dapat jugak no.saya tue.. Mesti bodek member saya sampai dapat.. Tahu-tahu ada no. yang tidak dikenali je call/mesej.. Owh ye.. Berkenaan dengan teman tapi mesra saya ni.. Kitorang selalu lepak-lepak sama-sama dengan membe-membe lain.. Tiap kali jumpa mesti saya yang akan menjadi bahan untuk diorang usik.. Saya pun tak kisah kena bahan,kadang-kadang dok gelak sama tak tahan dengan lawak dia.. Kadang-kadang saya pun dok bahan dia, bila dia wat salah sikit pun.. Sama-sama membahan.. Ada je point dia untuk kenakan saya.. Ktorang memang sangat kerap lepak sama-sama.. Boleh nak dikatakan hampir setiap hari lah.. Kalau saya ada kelas pagi jew saya akan skip lepak dengan diorang.. Tapi kalau kepala tengah tension, ktorang roger-roger untuk jumpa...Hilang streess bila lepak dengan diorang..


Masa mula-mula kenal lagi member saya dah bagi clue yang dia minat kat saya.. Tak payah cakap pun dah tahu.. Tengok cara dia dok layan saya pun saya dah tahu.. Untuk mengelakkan daripada dia ada perasaan dekat saya, saya gunakan "aku kau" je bila bercakap dengan dia.. Wat-wat otai selumber rock.. Cakap pun kasar-kasar kat dia.. Tapi dia perasan dan dia pernah tegur kenapa kasar-kasar dengan dia, dia suruh saya jadi sopan santun sikit... Haha.. Apakah? Yang paling saya geram bila dia sibuk-sibuk panggil nama saya banyak kali lepas tue bila tanya kenapa, dia cakap saje panggil.. Haha.. kadang-kadang bengang, lama-lama tergelak tengok mimik muka dia yang macam tak bersalah tue...



Ada satu hari tue, dia tanya saya yang saya ada bf or tak.. Saya pun cakap jelah takde, dah memang takde pun kan? Then dia tak percaya.. Dia cakap saya tipu.. Bila dia tanya dekat member-member yang lain, lama-lama baru dia percaya.. Dia macam nak masuk line.. Tapi memang pun, kawan saya yang cakap.. Jadi saya dah siap-siap cakap yang saya suka kami bersahabat jew.. Sebab sahabat hubungan yang akan kekal sampai mati.. Dan saya cakap buat masa ni saya tak nak couple dengan sape-sape.. Sebab saya suka berkawan jew..Maybe disebabkan itu perangai dia dah berubah... Dia dah tak reti nak bahan-bahan saya lagi.. Tak reti nak panggil-panggil saya then bila saya menyahut, dia cakap saja panggil.. Dan takde dah nak gelarkan saya si mata bolart.. Takde dah die bawak kete laju-laju macam dulu sebab dia suka dengar saya jerit-jerit nama dia bila dia bawak laju.. Takde lagi mangkok yang suka kacau saya  pagi-pagi pukul 6-7 pagi.. Takde lagi gila-gila dia yang suka buat saya ketawa...



Owh damn! Really-really miss that moment... Rindu gila! Adakah kerana kata-kata saya tempoh hari yang membuatkan dia jadi macam tue.. Sekarang ni kalau keluar ramai-ramai dia more cakap dengan bf kawan saya tue.. Dah tak reti nak bahan-bahan saya.. Saya diam, dia diam.. Owh.. Boleh mati akal aku kalau dia asyik diam jew! Saya dekat sebelah dia pun die boleh wat tak tahu.. Cuma kadang-kadang jew cakap, tue pun tak semeriah dulu.. Dalam kereta kalau saya duduk sebelah dia sebab nak bagi hot couple duduk kat belakang.. Selalunya dia akan tenung muka saya, sampai muka saya merah padam sebab nak usik saya.. Tapi sekarang dah tak macam tue dah.. Sama-sama layan lagu jew.. Yang kat belakang je riuh...


Kadang-kadang rasa macam nak pergi kat dia dan cakap "Kau dah kenapa tak reti nak bahan aku! Tak reti nak kacau-kacau aku dah hah?!" boleh tak nak cakap macam tue? Tapi saya tak reti nak serius or nak marah-marah dengan dia.. Nanti mesti saya yang gelak balik bila tengok muka dia tue.. Hurmmm... Macam mana nie! Saya rindu dia yang dulu... =(





Rindu nak bahan-membahan dengan kamo0!

Tiada ulasan: