CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Isnin, 20 Februari 2012

Mari masak memasak! hehe..

Semalam kawan-kawan boy and gurl wat satu permintaan berani mati dekat saya.. Hurm.. Diorang nak saya masak ayam masak merah.. Ni semua salah kawan gurl saya yang pandai-pandai cakap saya pandai masak.. Memang lah selalunya dekat hostel saya yang masak untuk diorang. Tapi jangan la bagitahu dekat member-member boy.. Malu ok! hehe..


Untuk tak menghampakan mereka-mereka yang jauh dari keluarga mereka saya telah tunaikan permintaan untuk memasakkan lauk kegemaran diorang iaitu ayam masak merah.. Sanggup diorang tolong hantarkan saya dan kawan saya ke pasaraya HERO utuk membeli keperluan untuk masak memasak.. Sebenarnya saya sangat risau untuk memasak dalam kuantiti yang banyak dan diberi pula pada kawan-kawan boy.. Uishhh~~ Sangat berdebar bila tengok diorang makan nanti..


Sampai je HERO terus capai barang-barang keperluan untuk memasak.. Ayam seekor yang beratnya 2 kilo, sayur, cili boh dan lain-lain.. Sampai je hostel terus basuh ayam dan siang semua bahan-bahan yang dibeli.. Ayam dah suruh orang HERO tolong potongkan.. Maaf ye.. Saya memang tak reti potong ayam, memang malang sape yang buat saya jadi menantu nanti.. hehehe...Dah siap siang semua bahan-bahan saya teruskan memasak pulak.. Sambil tu berdebar-debar,takut tak sedap macam yang diorang harapkan.. Nak suruh member-member tolong, diorang cuma tahu siang bahan-bahan dan makan je.. Adoi~~


Tak pe, saya masak sorang-sorang dan bagi diorang rasa.. Dan Alhamdulillah.. Jadi jugak akhirnya.. Berkat selalu masak ayam masak merah kegemaran adik-adik boy kt rumah.. So,sekarang semuanya dah siap.. Cuma nak tunggu diorang rasa jew.. Takutnye... Ok! Nak share gambar masa memasak tadi..

Goreng ayam..

Ayam dah siap goreng

Masak memasak!

I'm done! Ayam masak merah..

Nasi + Ayam masak merah, sayur tumis, kentang&tempe goreng cili padi..

Tiada ulasan: