Hari selasa pulak hari hostel kami takde air.. Pagi dan tengah hari ada, cuma start petang sampai ke malam je tiba - tiba takde.. Dah la kepenatan claz dari pagi sampai petang, petang tue jugak member bilik sebelah ajak pergi mandi swiming pool kat rumah auntie dia yang rumahnya dekat je dengan tempat yang kami selalu keluar makan. Dekat batu tiga. Kondominium puri ayu.. Sangat lega dapat mandi jugak malam tue, pukul 10 dah siap mandi dan tengah bersiap nak keluar makan, tiba-tiba uncle dia pulak balik dan menawarkan untuk "open table" apa lagi memasing, melantak bagai nak gila lah.. Mekasih uncle and auntie! =) Balik tue terus pergi putra lak, hantar barang. Balik dah pukul 1 pagi. Balik sembang-sembang, dah nak kul 3 pagi baru tidur..
Hari rabu takde kelas jadi saya habiskan masa untuk topap tidur yang dah tak tertopap sebelum-sebelum ni.. Malam tue memasing nak makan kat luar, jadi kami pergi makan dekat seksyen berapa tah tak hingat,then terus jalan-jalan cari rumah berhantu sekitar shah alam.. Ok! Kami memang selalu buat keja gila ni.. Bukan sekali, tapi banyak-banyak kali.. Pernah pergi time pukul 12 malam pun ada.. Gila x? Lepas tue tengah malam lak memasing buat gila tetiba teringin nak makan burger, terus cari burger grill kat seksyen 19.. Tak sedap langsung, harga mahal kemain.. Hampeh tol~~
Hari khamis lak kami gerak ke sungai buloh untuk pergi kerumah sya, untuk dia amik barang dan jumpa umie kami kejap.. Then petang tue jugak terus ke sepang untuk hadiri kenduri doa selamat rumah aini, Sampai ngam-ngam masa maghrib, dan majlis start lepas isyak.. Lepas selesai doa selamat, majlis cukur jambul pula diadakan.. Tapi tak cukur jambul pun cuma berikan baby minum air zam-zam dan madu.. Saya pulak jadi pengiring baby, sangat seronok ok! Lepas selesai bergambar semua, dah makan dan kemas kami pun bermalam kat Desa vista, sepang sehari.. Mentang-mentang hari jumaat takde kelas kan?
Hari jumaat pulak pagi lepas breakfast, kami terus gerak ke Times Square jalan-jalan dan shopping kat situ.. Balik dari situ terus lepak plaza alam sentral pulak, makan - makan dan sesi karaoke.. Petang tu jugak balik dan malam keluar pergi uptown seksyen 24 pulak.. Lepak-lepak dan cari barang.. Balik tu masing-masing tidur dengan muka keletihan..
Hari sabtu pulak budak-budak sca ada annual dinner, macam biasa saya telah dibooking untuk jadi tukang makeup mereka, nasib baik barang - barang makeup semua ada kat hostel.. Tolong siapkan diorang 4 orang dari pukul 3 petang sampai pukul 5.. Lepas diorang dah bergerak pergi, saya masak pulak untuk budak-budakk yang duduk hostel.. Menu biasa = nasi + telur masak kicap + sardin + air sarsi.. Kekenyangan masing-masing.
Semalam just keluar pergi makan dan study je coz hari ni dah start exam.. Alhamdulillah dapat jawab dengan tenang siang tadi.. Balik dari exam terus beli makanan dan makan, tiba - tiba pulak syafiq dan yaya roger - roger ajak keluar pergi study kat library dalam kelab golf sebelah ni.. Besar kemain library tue, banyak kemudahan yang disediakan..Sempat solat zohor kat situ.. Cantik sangat.. Pukul 4 lebey syafiq mengadu lapar dan ajak makan burger kat seksyen 7, pergi tapi tak jumpa kedai.. Terus pergi seksyen 11 pulak makan nasi ayam kat belakang caltex.. Dah pukul 6 petang, singgah solat kat surau tadisma dan gerak balik.. Ni budak-budak bilik ajak lepak-lepak study kat kedai sebelah.. Rasa malas dan terus menaip blog sampai habis.. Semangatkan? =D
Gambar? Haruslah!
T.S and P.A.S





Tiada ulasan:
Catat Ulasan