CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Khamis, 20 September 2012

Rindu.. =(


Saya benar-benar ingin menemui mereka.. Terlalu merindui.. Bila saya belek-belek  gambar kenangan saya dan member  semasa kami baru melangkah kealam kolej, terlalu banyak kenangn yang tersemat.. Sekarang masing-masing membuat haluan masing-masing.. Owh.. Rindu sangat-sangat! Antara banyak-banyak kenangan.. Kenangan yang paling saya tak pernah lupakan ialah semasa kami pergi mandi dan berkelah di ulu yam dan ke rumah anak yatim.. Teringat korang snap gambar saya  senyap-senyap masa  saya nangis  salam anak-anak yatim time dah nak balik.. Dalam kereta saya diam jee.. Tapi roy cakap lain kali boleh lawat lagi.. Lepas tue terus dia buat lawak bagi saya gelak puas-puas..  Seronok sangat.. Masing-masing dengan otak yang gila-gila dan saling mengambil berat antara satu sama lain.. Masa tu kita ibarat satu family.. Meriah sangat!


Tapi sekarang semuanya dah berubah.. Masing-masing dah buat haluan masing-masing. Kini tinggal saya sahaja yang belum habis study.. Akibat tangguh belajar masa operation tulang belakang dulu.. Kalaulah korang masih disini, mungkin saya tak sesunyi macam sekarang.. Hurm, memang lah saya ada kenalan lain.. Tapi tak sehebat dan se”caring” kam0o semua.. Dulu bila salah seorang dari kita ada masalah, kita semua akan sama-sama berkumpul dan cuba selesaikannya sama-sama..


Pernah ada seorang budak cakap saya yang bukan-bukan.. Saya menangis dan terus mengadu kat korang.. Roy paling caring,suruh luahkan segalanya.. Korang jugak yang tolong pujuk dan banyak bagi nasihat suruh bersabar..  Dulu masa wallet saya hilang, fadhli dan mizi jugak yang banyak tolong.. korang jugak yang tolong pergi carik.. Yang paling saya tak boleh lupa, korang celebrate besday saya ramai-ramai.. Masa tue khai yang belanja sebab masa tue besday saya.. Siap amik dan hantar balik lagi.. Dan yang paling sweet sekali dia bagi hadiah lampu tidur yang ada couple bear tengah study.. Sweet kan? Korang memang kawan yang baik..

Ohh.. saya sangat berharap agar masa  boleh berputar kembali…

Selasa, 18 September 2012

Cerita di hari raya..

                 Tahun ni duduk raya dengan family je, tak balik kampung pun macam selalu.. Nak merasa beraya dengan family sendiri tahun ni.. Raya kali ni takde la semeriah mana pun.. Biasa-biasa je.. Raya pun still pakai baju raya tahun lepas, malas nak beli baju raya.. Mood pun tak berapa nak ok.. Semuanya biasa-biasa sahaja.. Kuih raya? Ada buat 4 jenis kuih sendiri.. Buat sorang-sorang pulak tue.. Tapi kali ni buat banyak-banyak sebab tiap-tiap tahun memang kuih yang 4 jenis tue habis dulu..



                 Walau tak semeriah mana, tapi tetap best bila dapat duit raya dari family dan saudara mara.. Sangat seronok.. Dapat jugak lah dalam RM100 lebih... Ingatkan bila dah dewasa tak dapat dah, tengok-tengok dapat jugak seperti selalu.. Alhamdulillah! Rezeki tue.. Yang paling-paling best bila my mum and dad hadiahkan rantai leher yang superb chomel kat puteri-puterinya yang dah dewasa.. Dulu masa remaja dapat hadiah rantai tangan, sekarang dah dewasa dapat rantai leher.. Terus pakai dan tak nak bukak-bukak.. Sayang gila! =)



                 Raya pertama dan kedua bermaafan dan raya kat rumah je.. Duduk rumah diam-diam, jiran-jiran datang beraya.. Raya ketiga my cousin datang dan ktorang pergi mandi air terjun dan naik ke fraser hill.. Sangat seronok ok! Rumah saya berdekatan dengan genting highland and fraser hill.. Harap maklum! heeee~~ Sebab tue saya selalu lepak sana dan tak heran pun dengan tempat-tempat cam tue... Seronok tangkap gambar kat sana.. Banyak pemandangan yang cantik.. Esoknya pulak barbeque time! sedara ramai yang datang,makin seronok..



                  Raya ke empat dan kelima spend time dengan member-member pulak.. Seronok habis! Tak hingat nak balik la.. Pergi sana, makan.. Pergi sini, makan.. Lama-lama makin gemok! Adehhh~~ Seronok rasanya bila dapat jumpa diorang.. Family pun dah kenal sangat dengan member-member saya dan seronok melayan.. Si din jadi driver hantar anak-anak dara pinggitan balik.. family dia pun sporting.. My dad pun tak kisah bila dia jemput dan hantar saya balik..


                   Kejap betul masa berlalu kan? Esok dah hari ahad.. Isnin dah start kelas.. Adoiii~~ Kan best kalau cuti sebulan.. Esok beraya rumah saudara mara pulak.. Sesi mengumpul duit raya lagi! Heeee~~ XD