Bulan depan ada 2 jemputan wedding dekat area Johor.. Satu datangnya dari akak hostel lama.. Dan undangan satu lagi pulak datangnya dari member boy saya kakak dia kawin.. Jemputan yang mula-mula sekali dapat datangnya dari member boy.. Dah invite dari bulan 1 lagi.. Yang akak hostel lama tue pulak dia baru invite baru - baru nih.. Sangat serba salah sekarang... Macam mana nih erk?
Tapi budak-budak kolej semua dah excited nak konvoi naik kete pergi wedding akak hostel lama tuh.. Diorang dah beria-ria nak bawak saya pergi sana.. Memang la seronok.. Tapi member boy saya tu macam mana? Diorang pun dah beria-ria ajak pergi ramai-ramai ke wedding akak dia.. Boleh tak kejap lari sana, kejap lari sini even dah satu tempat.. Johor? Tapi macam lah pakai kete saya sendiri lak kan nak pergi sana sini sesuka hati... Uwaaaa~~
Kenapalah dua-dua pilih bulan yang sama untuk wat wedding.. Dua-dua pihak nak kena jaga hati.. =(
Isnin, 5 Mac 2012
Nak pergi yang mana 1 nie... ADOi~~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan