Ahad, 31 Julai 2011
Ramadhan yang dinanti.. =)
Mesti banyak kenangan berpuasa yang indah tiap-tiap tahun kan? Tiap-tiap tahun ada je kenangan yang tak boleh kita lupakan.. Lagi-lagi masa kecik-kecik kan? Saya sangat suka kenangan puasa masa kecik-kecik.. Banyak kenangan yang manis dan kelakar yang pernah saya lalui masa kecik-kecik.. Maklumlah,masa kecik-kecik la pun nak wat perangainya..
Jumaat, 29 Julai 2011
Kenapa mesti saya? bukan orang lain..
Keadaan yang berlarutan ini lah yang menyebabkan saya mengambil keputusan untuk extand lebih awal.. Saya tak boleh fikirkan tentang study,tak boleh fokus pada pelajaran dan sebagainya.. Masuk kelas termenung.. Dalam bilik termenung.. Lepak dengan kawan-kawan pun termenung.. Makan pun sambil berfikir.. Dalam bilik air pun kadang-kadang termenung.. BAGUSKAN? So,macam mana saya nak tumpukan pelajaran.. Daripada kena bayar untuk repeat, saya mintak pendapat lecture dan mentor untuk jalan terbaik.. Jadi,mereka setuju dengan saya.. Mereka tahu akan emosi saya yang kurang stabil masa tue.. Jadi langkah saya untuk extand study disetuju 100%.. Alhamdulillah..
Ramai kawan-kawan bagi sokongan dan dorongan untuk menghadapinya dengan tabah.. Tapi.. Mereka takkan tahu dan faham perasaan saya.. Ok.. kebanyakan pesakit SKOLIOSIS mengalami dilema ini.. Iaitu kami dilihat secara luarannya yang sihat.. Tetapi dalaman sakit.. Yelah,tulang belakang mana boleh dilihat dengan mata kasar melainkan dengan x-ray.. Tak lain juga ada sesetengah menganggap ianya hanya rekaan semata-mata.. yelah,benda tak nampak.. orang boleh cakap macam-macam.. betul tak? Tapi saya ada bukti.. so what?? Kadang-kadang bila kita ramai-ramai tengah bergotong-royong atau melakukan aktiviti yang melibatkan kerja angkat-angkat barang dan sebagainya,kita takkan nak tengok je? bila wat keje ringan.. nanti orang cakap pentingkan diri.. pada hal pesakit SCOLIOSIS memamg tak boleh angkat benda berat.. Dilema yang takkan sudah.. Bersabar adalah jalan terbaik..
Banyakkan masalah yang pesakit SCOLIOSIS kena tanggung? Kalau korang,stress tak? sebab tue laa kaang-kadang saya tertanya-tanya mengapa mesti saya yang kena hadapi? bukan orang lain.. Dulu saya selalu rasakan diri ini tak mampu untuk menanggung dugaan dariNYA.. Lagi-lagi masa dekat hospital.. Macam-macam saya fikir.. Tapi itu semua dulu... Sekarang saya dah tak macam tue lagi.. semangat untuk melaluinya dengan tabah dan penuh keceriaan.. laluinya dengan tenang walaupun banyak lagi dugaan yang mungkin saya akan terima pada masa hadapan...
Khamis, 28 Julai 2011
Appoiment REHAB..
Sampailah tiba giliran saya untuk berjumpa DR... Owh.. Akhirnya! lama betul tunggu.. Berjalan penuh yakin ke bilik DR.. Semua orang pandang,maybe diorang pun pelik kenapa saya kena wat rawatan sini sedangkan saya kelihatan seperti orang normal dan biasa.. Semua tanggapan saya benar.. benar-benar belaka.. Setelah saya diperiksa,DR. bertanya mengapa saya ditempatkan disini sedangkan saya berjalan dan melakukan aktiviti dengan baik.. Tak seteruk mereka yang betul-betul kurang upaya.. Setelah berbincang.. DR. memberi kata putus.. Melihatkan keadaan saya yang bertambah baik dan mampu berjalan seperti biasa.. DR. tersenyum sambil berkata, ini first n last awak datang kesini.. Lepas ni awak tak perlu datang lagi.. S0.. H000oooREEYYYY!!! Saya tidak perlu datang lagi.. Alhamdulillah..
Rabu, 27 Julai 2011
Apa itu scoliosis???
Apa itu Scoliosis??
Okey,scoliosis adalah sakit tulang belakang.. Yang kerap sakit belakang tu jangan lupa pergi jumpa DR.. scoliosis ialah dimana keadaan tulang belakang menjadi bengkok.. Ada yang bentuk C dan ada yang bentuk S.. Dan sakit tulang belakang yang saya alami ialah berbentuk S.. Ianya banyak terjadi pada PEREMPUAN.. Lelaki pun ada jugak cuma tak ramai.. So mana mana PEREMPUAN sila buat check up kalau ada rasa kelainan pada tubuh badan anda..
Sebab atau punca scoliosis??
Saya sudah bertanyakan hal ini sebelum saya melakukan pembedahan lagi.. DR. sendiri tidak ada kata pasti tentang perkara ini.. Tetapi.. DR. kata scoliosis ini mungkin di sebabkan faktor keturunan atau kemalangan seperti jatuh.. Ada juga yang membuat andaian yang scoliosis terjadi disebabkan oleh pemakaian BEG SEKOLAH dengan bebab buku yang berat.. Akan tetapi DR. memberitahu saya mana - mana DR. sedunia tidak pasti tentang hal ini dan ianya masih menjadi tanda tanya sampailah sekarang..
Macam mana rupa scoliosis??
Ini adalah gambar x-ray scoliosis.. Nampak dengan jelas kebengkokkannya.. Ianya berbahaya jika tidak dirawat dengan segera.. Jika terlihat anak PEREMPUAN/LELAKI yang belakangnya kelihatan pelik dan berbonjol sedikit,sila cepat2 pergi untuk berjumpa DR.
Kesan jika scoliosis tidak dirawat??
Banyak kesan yang tidak elok jika scoliosis ini tidak dirawat yang saya ketahui dan alami sendiri.. Seperti akan mengalami sakit belakang dan pinggang apabila duduk atau berdiri terlalu lama.. Selain itu,jika kadar kebengkokkan tulang belakang adalah tinggi iaitu melebihi 50 degree,ianya akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas,cepat penat,lelah jika melakukan aktiviti harian.. Saya juga mengalami perkara ini disebabkan saya punya darjag kebengkokkan ialah 51 degree...
Selain itu juga ianya akan menyebabkan organ-organ dalaman akan rosak.. Saya punya paru-paru pun sudah kena himpit dengan tulang belakang,tapi saya terus buat operation.. Kehamilan juga akan meninggalkan kesan terhadap pesakit scoliosis.. Ianya akan meningkatkan lagi kadar kebengkokkan tulang belakang.. maklumlah,jika badan kita menampung berat apatah lagi bayi selama 9 bulan ianya akan menyebabkan keadaan tulang membengkok disebabkan berat bertambah.. Sebab itu juga pesakit dinasihatkan untuk melakukan pembedahan sebelum berkahwin.. Sebab ini juga saya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan selain daripada sebab ianya telah menghimpit paru2 saya.. Umur 20 saya sekarang menyebabkan saya berfikir jauh tentang masa depan dan kebaikannya.. Siapa yang tidak mengimpikan sebuah perkahwinan family dan anak.. Kebanyakkan kes scoliosis dinasihatkan bersalin secara pembedahan disebabkan takut risiko lumpuh.. Betul,ianya pernah terjadi.. Jadi waris pesakit scoliosis cuma 2-3 orang.. huhu,termasuk saya la kan?
Apa yang pesakit scoliosis tidak boleh buat??
Tidak banyak perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pesakit scoliosis.. Jika mampu,semua aktiviti harian boleh dilakukan kecuali mengangkat barang yang berat.. Cuma dinasihatkan jangan melakukan aktiviti terlampau lasak.. Lompat tinggi tu kurangkanlah..
banyak lagi yang saya nak share tentang scoliosis.. tapi nantilah..
Isnin, 25 Julai 2011
Dulu susah senang kita sama2 lalui.. sekarang?
Ini semua bermula bila kita semua wat keputusan nak pindah situ... Saya tak tahu pe salah dan silapnye semua ni.. Tapi segalanya bermula disitu.. Saya tahu awak pun salahkan tempat 2.. Tempat 2 yang menyebabkan kita semua berpecah dan terpinggir.. First person mangsa yang mula2 terasa n mula dipinggirkan ialah saya.. Yup,saya.. Tapi masa tue semua orang tak tahu betapa kecewanya saya bila kawan-kawan buat macam 2.. Saya rasa macam bila saya diperlukan semua orang baik/ok dengan saya.. Tapi.. Bila tak perlukan saya semua tak endahkan saya.. Klu ada pun yang tegur2.. Ianya kelihatan seolah2 dibuat2.. Saya tak tahu apa salah saya.. Bila ada insan yang mintak tolong saya pergi untuk tolong dia dapatkan markah.. Saya pergi.. Walaupun saya agak kering/sengkek time 2,saya pergi jugak sebab anggap die kawan saya.. Time 2 awak jugak yang pujuk2 saya ajak pergi sama2 sebab kesian kt dia xde orang datang nanti.. Saya pn pergi.. Dua kali,bukan sekali.. kali kedua masa berbuka puasa.. Ini bukan tujuan mengungkit2 benda dah lepas.. Tapi ini utk mengigatkan diri sendiri dengan masing2 supaya jangan lupa semua kebaikan yang orang lain buat walaupun kadang2 dibalas dengan kejahatan.. Saya tak cakap saya baik.. Maybe saya pun ada buat salah..
Saya tahu ada mulut2 yang bercerita kurang enak tentang saya.. Saya tahu semuanya.. Tapi saya diam dan cuma mampu membawa diri sendiri.. Masa tue,saya tak tahu kepada siapa saya harus luahkan segala2 nya.. Saya tak mampu untuk telan segala kepahitan tue seorang diri,kadang2 saya menangis.. saya tahu awak tak macam die n orang lain.. walaupun berbagai tomahan dan kata2 kurang baik mereka cerita tentang saya pada awak.. Tapi awak tetap layan saya dengan baik.. Walaupun tak semesra dulu.. Tapi takpe.. Saya dah bersyukur sangat2 sebab awak masih anggap saya kawan awak.. Kadang2 bila saya ada berita baik atau berita buruk,saya teragak2 nak cerita kat awak.. Bukan saya tak percaya pada awak.. Tapi saya sedar sapelah saya untuk bercerita macam dulu2 kt awak.. Dulu.. semuanya awak tahu tentang saya.. Segala2nya saya cerita kat awk.. Tapi sekarang tak lagi.. =(
Hari2 yang mendatang saya cuba lalui dengan tenang dan buat macam takde apa2 berlaku.. Saya tegur semua dengan baik walaupun ada yang tidak menyukai diri ini.. Setiap hari, saya berdoa agar dibukakkan pintu hati awak dan seseorang agar awk dan seseorang tue kembali macam dulu.. macam masa mula2 kita kenal dan masa kita kat bilik belakang.. saya cuma mintak itu sahaja dariNYA.. alhamdulillah allah kabulkan permintaan orang yg teraniaya.. awak dan seseorang 2 merasai sendiri apabila diri dipinggirkan oleh insan bergelar KAWAN.. Masa saya tahu yang awak dah tahu sendiri perangai insan2 yang bergelar KAWAN 2.. saya terus menangis.. berterima kasih kepadaNya sebab dibukakan hati awak untuk awak ketahui sendiri..
Kalau diikutkan masa saya dipinggirkan dulu lagi,saya boleh bagitahu awak sape yang jahat n sape yang baik.. Tapi saya tak nak buat macam 2 sebab saya tak nak menjadi pemusnah antara awak dan mereka.. Biar saya makan hati sendiri.. Takpe... Asalkan awak bahagia..
Saya tahu ada yang cakap saya balik2 je clazz wat muka la pe la.. Tapii... Mereka tahu ke kenapa saya macam 2?? Saya sakitt.. Sehari clazz kadang2 sampai 2 jam.. pas2 ada 3,4 n kadang2 5 clazz saya kena pergi.. Saya sakit tulang belakang awak... 1 jam dalam clazz da cukup buat saya merana.. saya tertekan bila banyak claz yang saya kena pergi n keje2 yang berlambak... awak pun lihat sendiri kan,kadang2 bila saya balik saya terus tidur.. Tidur disebabkan kesakitan yang amat sangat.. Mungkin mereka takkan faham sebab mereka tak merasainya.. saya takde masa nk gelak2 n wat muka ceria disebabkan menahan sakit.. Boleh je kalau saya nak untuk buat2/hipokrit yang saya ceria n gelak2 tahan sakit.. Tapi saya tak mampu awak.. Awak sendiri lihat betapa seriusnya keadaan saya dekat hospital kan? saya nampak awak mcm sedih/nak nangis masa lawat saya kat hospital hari 2.. Tapi,saya buat tak nampak sebab kalau tak,saya pun akan nangis sama.. saya tak nak kita sama2 down dgn keadaan saya masa 2.. cukuplah malam2 kt hospital saya tahan sakit sambil menangis2..
Awak.. Saya nak awak tahu yang saya sangat3 sayang awak macam family saya sendiri.. Entah kenapa masa saya luahkan semuanya kat sini,saya menangis.. Jika saya ada wat awak terasa atau wat salah kat awak... ianya bukan salah awak.. MAAFKAN SAYA.. =(
Jumaat, 22 Julai 2011
Tbe2 die muncul?
Balik je dari bilik lect. sy terus g bilik n baring2 jap.. Tiba2 terigat nak bukak facebook.. Ok,teruk je gatai tangan bukak facebook.. Tiba2 ada mamat yang tidak dikenali mcg.. "Amboi.. Saya kenyit mata kt awak,awak wat tak tahu je... sombongnye.." Haha.. then setelah mamat 2 memperkenalkan diri,mamat tu cakap dia ada add sy kt facebook.. Terus ringan tangan carik nama die kt friends list.. Dah jumpa!!
Check punya check profile n segalanya tentang dia,rupa2 nya kitorang 1 kolej kot... N die senior saya.. Alaaa.. np x alert masa approve mamat ni.. kan da malu x kenal senior sendiri.. haha..
Rabu, 20 Julai 2011
Perkahwinan disaat kematian hampir tiba.. =(
Katie Kirkpatrick, 21 tahun melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Nick, 23 tahun menjelang detik kematiannya. Katie menderita sejenis kanser dan menghabiskan beberapa jam setiap harinya untuk terapi. Nick dengan setia menunggu Katie melakukan kimoterapi.
Katie tetap mahu melangsungkan perkahwinannya walaupun dia terpaksa menahan rasa sakit.
Gaun yang dipakainya dikecilkan beberapa kali kerana Katie terus menerus kehilangan berat badannya.
Pernikahan dengan aksesori yang luar biasa iaitu tiub oksigen sentiasa dipakai oleh katie dalam upacara pernikahannya. Dalam reseps itui, beberapa kali katie berhenti rehat kerana rasa sakit itu membuatnya tidak boleh berdiri lama-lama.
Katie meninggal dunia 5 hari kemudian setelah pernikahannya. Melihat seorang wanita yang sakit dan lemah melakukan pernikahan dengan sebuah senyuman di wajahnya membuat kita berfikir….. Kebahagiaan boleh dicapai walaupun seketika. Kita seharusnya tidak membuat hidup kita menjadi rumit...

00008996-OES-bride-004 Katie is in a lot of pain in the days leading to her wedding taking morphine and numerous medications to help her. Niki Kirkpatrick,right, took a leave of abscence from work so she can take care of her daugther Katie who now needs constant assistance.





00008996-OES-bride-008 Katie Kirkpatrick, 21, and Nick Godwin, 23, cuddle up for a moment while waiting for the wedding photographer to get ready after getting married at Church of Christ in Hazel Park on Saturday January 15, 2005.

00008996-OES-bride-006 Katie Kirkpatrick walks past a photograph of herself when she was homecoming queen at Lapeer East High School where she also was a co-valedictorian. the photograph sits on a table in her familly's home livingroom in Metamora on January 11, 2005.

00008996-OES-bride-012 Katie Kirkpatrick Godwin, center, rests for a few moments during her wedding party at Boulder Point Golf Club and Banquet Center in Oxford, MI, on Saturday January 15, 2005. Katie was exhausted. Her face looked as white as her gown. Five days later, Katie died. She did not let sickness stop her from living, take away the hope or faith that made her believe she had a future. She had a lovely wedding and she had love and she gave love and love doesn' t die. And that is how Katie beat cancer.
Isnin, 18 Julai 2011
Rindu kenangan time puasa thn 2009.. =)
Ni la anak2 yatim 2.. rasa nak nangis ble dowg balik..
Gambar dalam gelap.. ceriakn dowg??
Dgn anak2 yatim perempuan.. ayu jew sume..
Gambar kami2 yg terlibat..
B'gambar kt tengah2 jalan pn jadi kn??
Time kt tepi tracfik light.. =)



