CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, 10 Februari 2012

Sikap suka menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri..

Hari ni, semalam dan minggu ni sangatlah tertekan dengan macam-macam masalah.. Itulah.. Inilah.. Sakit kepala ni fikir dan rasa nak demam. Dan bertambah sakit hati hari ni sebab ada kawan yang jenis suka menyalahkan orang lain diatas kesalahan sendiri.. Geram betulkan dengan orang yang macam ni kan?

Sebelum ni saya hanya melihat dan berdiam bila tengok perangai dia yang suka meletakkan kesalahan sendiri pada orang lain. Tapi hari ni saya pulak disalahkan.. Hangin satu badan rasanya.. Tapi saya bukanlah jenis yang suka memaki orang sesuka hati.. Mungkin salah satu daripada cara saya melepaskan tekanan perasaan macam ni adalah dengan meluahkan pada blog.. Sekurang kurangnya lega sikit hati ni..

Saya tak faham kenapa suka meletakkan kesalahan pada orang lain sedangkan itu kesalahan dan kesilapan sendiri atau juga kebodohan sendiri dalam bahasa kasar.. Contohnya : Si polan tu tak siap kerja dan nak tiru saya.. Okey,saya bagi tiru.. Saya cuma cakap tiru cepat sebab saya nak hantar kejap lagi.. Boleh pulak si polan tu cakap jangan hantar dulu dan nanti bagi alasan lupa or apa-apa.. Eh eh eh.. Sukati je nak suruh saya wat macam tue.. "Kau nak suruh lect. tue potong markah aku sebab kau kerr??" Saya tanya kenapa tak nak tiru sekarang, kan ada masa lagi.. Dia buat muka dan cakap takpelah.. Tak jadi tiru dan kemudiannya salahkan saya sebab keje dia tak siap..



Kalau korang hangin tak dengan orang macam ni? Ada masa hari tue saya ajak dia buat dia tak nak.. Then malam tadi bukan main lagi pergi date dan tak ingat nak balik.. Dan tak ingat pulak kerja tue kan kan.. Sedap-sedap pergi date, saya yang dok sorang-sorang buat sampai habis tak hingat.. Dah bagi tiru pun banyak cekadak lagi.. Nak suruh saya hantar lambat bagai.. Memang tension pulakkan kan?

Memang lepas ni kau buat sendirilah kan kerja kau tue.. ok!




Dont blame others if that your mistake.. Tq.. =)

Tiada ulasan: