CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Rabu, 22 Februari 2012

Cuba untuk pujuk hati sendiri..

Baru-baru ni bukak facebook scoliosis gang. Then ada salah seorang daripada gang kami post kat situ dan mengatakan " Saya sensitif dengan perkataan "CACAT"  Post tue membuatkan saya termenung jauh.. Hanya kerana keadaan fizikalnya tak normal ia digelar cacat.. Mungkin saya tak pernah digelar CACAT, tapi saya sangat memahami perasaan orang yang kurang upaya..

Bila saya baca balik post tue, saya yang rasa nak menangis.. Saya pun pernah kehilangan upaya untuk melakukan segala-galanya dan masa tue baru saya sendiri faham apa perasaan orang yang OKU rasa.. Nak makan perlukan seseorang untuk suapkan, nak mandi ada orang suapkan, nak bangun pun perlukan seseorang untuk papah.. Ianya bukan mudah.. Saya sendiri pernah menangis terkenangkan diri yang tak boleh berbuat apa-apa dan saya hanya mampu untuk susahkan keluarga..

Pernah satu ketika bila saya tak mampu berjalan dan hanya mengharapkan kerusi roda.. Bila my dad tolong tolakkan dan bila saya berhadapan dengan orang ramai saya terasa semua memandang saya dengan pandangan kasihan.. Masa tu terdetik dihati saya "Agaknya macam nilah perasaan orang cacat/OKU"

Saya cuba untuk pujuk hati ni dengan berkerja kuat untuk pulih.. Dari hari pertama tiba dirumah saya cuba untuk berjalan sendiri tanpa dipapah atau dipegang oleh sesiapa.. Saya pegang dinding dan semua yang ada dirumah untuk memudahkan saya berjalan.. My mum hanya follow dari belakang dan lihat saya berjalan seperti anak kecil yang baru 1 tahun usianya belajar berjalan.. Kalau masa dekat hospital makan dan minum my mum suapkan coz dua-dua tangan berselirat dengan wayar dan bengkak-bengkak.. Tapi tiba je dirumah terus belajar untuk suap diri sendiri walaupun tangan still bengkak..


Semuanya saya lakukan sebagai terapi diri.. Tak mahu diri ini terlalu dimanjakan dengan layanan yang baik.. Seminggu selepas tue saya minta my dad bawak saya ke pasaraya Tesco.. Saya dah kebosanan duduk dirumah tanpa berbuat apa-apa..  Seperti biasa cuba untuk berjalan-jalan didalam tesco sambil dipimpin oleh my dad, my dad risau tengah ramai-ramai orang takut ada yang terlangar saya.. Masa tue memang Dr. dah bagi warning dah.. Jangan pernah jatuh coz ianya akan memburukkan keadaan saya...


Saya sendiri perlu bangkit untuk kebaikan diri sendiri, demi satu kehidupan yang lebih baik dimasa hadapan, Saya tahu bukan mudah untuk terima kekurangan yang kita ada.. Tapi kita juga berhak untuk hidup seperti orang lain.. Yang membezakan kita cumalah HATI sebenarnya bukannya FIZIKAL.. Hati yang baik mampu mengubah segala-galanya menjadi baik dan terima kekurangan diri untuk mencabar diri sendiri untuk jadi yang lebih baik.. Insyaallah.. =)




Tiada ulasan: