CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Khamis, 23 Februari 2012

Kawin?? Enjoy first! My mum ajar ok! =D

Baru-baru ni ada dengar ceramah mengenai cinta remaja.. Ada yang baik dan ada yang buruk.. Tapi jika direnung-renungkan kembali banyak keburukan dari kebaikan.. Entah lah.. Saya pun pernah bercinta, tapi kekal sekejap je.. More kepada cinta monyet.. Alangkah indahnya dunia jika setiap manusia diberi pasangan masing-masing tanpa perlu dicari.. Indah juga jika setiap pasangan saling lengkap melengkapi dan kekal setia untuk selama-lamanya.. Indah bukan?  Argghhh.. Tue semua hanya angan-angan.. =)


Pernah jugak terfikir, boleh tak tak nak bercinta? Nak mintak family yang carikan jodoh.. Orang kata pilihan keluarga itu adalah yang terbaik.. Ye kew? Tak jugakkan.. Kenapa? Sebabnya my mum masa dulu-dulu pernah dicarikan calon menantu oleh arwah nenek.. Tapi my mum dah ada pilihan hatinya iaitu my dad.. Punyalah tak nak sampai berpakat dengan arwah atok nak nikah sorok-sorok dengan my dad dengan restu arwah atok yang sangat sporting dan penyayang.. Yang penting dalam nikah kan wali.. Masa tu kalau arwah nenek tak hadir pun tak pe dah.. Masa my mum and my dad nikah pun umur diorang dah 25 tahun.. Kalau orang dulu-dulu memang dah kena cop andartu dah.. Betul tak?


Cukup hanya dengan mas kawin, cincin dan wang hantaran.. My mum and my dad selamat dinikahkan.. Pernah jugak tanya-tanya dekat my dad about picture masa diorang nikah.. My dad cakap ada tapi dah hilang masa banjir teruk dekat shah alam dulu.. Cuma ada gambar masa bertunang dan gambar ayah sorang masa nikah.. Sadisnya saya tak dapat tengok gambar my mum saya masa dia nikah.. Mesti cantik... Tiada majlis persandingan, yang ada cuma majlis kesyukuran sahaja.. Indah bukan? Bersederhana dan melakukan yang wajib bukan ikut nafsu..


Now diorang dah bahagia.. Buktinya? Ada saya dan 5 orang adik saya yang lain.. Itu dah cukup untuk membuktikannya bukan? hehe.. Lepas je dapat tahu my mum dah nikah dengan lelaki bukan pilihannya, arwah nenek marah jugak lah dengan my mum.. Tapi lama-lama dah okey bila tengok kehidupan kami yang bahagia dengan kasih sayang walaupun masa tu my dad keje biasa-biasa je.. Bukan executive seperti sekarang.. Sekarang mampu untuk tersenyum dengan semua rezeki yang Allah limpahkan.. Walaupun kadang-kadang wang ada pasang surutnya, tetapi kasih sayang tak pernah surut.. Tipulah jika dalam keluarga tiada berlaku salah faham, tetapi semuanya akan selesai dengan mudah.. 


Baru-baru ni jugak my dad tiba-tiba sebut pasal isu kawin.. Aik? Macam pelik kan kan? Mula-mula terfikir jugak, bapak aku ni nak cari jodoh untuk aku ker? Rupa-rupanya tak lah, my dad kan cuma nak bagi nasihat jika suatu hari nanti jika saya dah bertemu dengan seseorang yang layak bergelar "IMAM" dalam rumah tangga my dad nak semuanya dalam keadaan bersederhana.. Tak perlu bersanding pun takpe.. Itu cuma adat.. Yang penting nikah dan buat majlis kesyukuran untuk meraikannya.. Cuma duit hantaran je jika saya nak tetapkan mahal pun takpe tapi janganlah sampai melebihi kemampuan bakal suami, duit tue buat simpanan masa hadapan katanya.. Tapi entahlah.. Tak nak cakap lebih-lebih tentang ni, nanti lain yang diungkapkan dan lain yang dilakukan..


Nampak sangat saya sorang je kena ceramah tue, al maklumlah anak sulongnya gugurl,, nak pulak dah masuk ke alam dewasa memang padan muka sangat lah kan kena nasihat.. Soal umur my dad nampak tak kisah sangat, tapi my mum pulak tak nak saya kawin awal-awal.. Kenapa? Enjoy dengan life dulu puas-puas baru kawin..  Ok! Tue yang mum saya yang ajar! =p Tapi nasihat yang ni setakat ni my mum tak pernah cakap depan-depan my dad.. Itu tentang pendapat my mum and my dad... Pendapat diri sendiri pulak.. Tak payah pening-pening pale mum and dad oi.. Sampai seru je nanti nikah lah puterimu ini.. Easy right?


Nak cari "IMAM" seperti yang my dad cakap tue bukan senang.. Imam dalam keluarga, Imam dalam solat dan Imam untuk kesyurga juga.. Mahukan pembimbing yang boleh mengubah diri ini kearah kebaikkan.. Mahukan pembimbing yang boleh kawal saya dan hati saya.. Itu yang penting! Okeyh, mari kita lihat wajah idola saya...



Idola dulu, kini dan selamanya..

Keluarga Bahagia

Keluarga bahagia..

Tiada ulasan: