Pernah tak korang ada peminat yang sangat teruk sampai dok terkejar-kejar cari korang? Haisshhh~~ Dah macam artis dah pulak saya rasa.. Teruk betulkan? Kalau orang dah tak nak tue tak reti-reti ke nak faham? Nak cakap bahasa apa lagi erk? Pening kepala dibuatnya..
Tak bosan kew kejar orang yang tak nak dekat dia tuh? Saya sendiri tak tahu macam mana mamat tue boleh sampai cari saya kat tempat yang saya selalu lepak.. Sabar jelah kan.. Tah mana dia tahu saya ada kat situ dengan member-member saya tah.. Tahu-tahu kena terjah.. Nak gugur jantung time tue.. Macam mana pulak mamat ni boleh cari saya ni.. Oleh kerana nak sangat-sangat mamat tue jauhi saya, saya mintak membe yang saya baru kenal ni jadi boyfriend saya selama 30 minit..
Sangat selamba pulakkan dok mintak mamat tue cover saya kunun-kunun boy saya.. Tak malu betul kan? Hemm.. Malu sebenarnya tapi sangat-sangat terpaksa, coz sebelum ni saya dah pernah cakap dekat mamat tue yang saya dah ada boyfriend, tapi langsung dia tak nak percaya.. Sadis kan?
jadi peluang dah ada depan mata, baik saya gunakan untuk mengelak dari mamat ni untuk selama-lamanya.. Nasib baik lah "bf palsu" saya nih jenis yang sempoi jugak dan selamba, jadi makin senanglah kami untuk berlakon kunun-kunun sepasang kekasih yang bahagia..
Gelak-gelak mesra untuk membuatkan mamat tue bertambah "hot & spicy" Sebenarnya nak suruh membe lain yang tolong, tapi member-member lain tue kawan dia, jadi tak usah buat ribut, nanti ada pulak yang bertumbuk dengan kwan baik sendiri.. Nasib baiklah mamat tue memang tak pernah kenal dengan "bf palsu" saya tuh.. Hurm, sebenarnya masa malam tue pun saya baru kenal dengan "bf palsu" saya tue.. Tapi oleh kerana dah terdesak sangat terpaksa la borak-borak mesra seolah-olah dah lama kenal..
Sangat kasihan "bf palsu" saya ni coz terpaksa berlakon kerana saya.. Kawan-kawan jugak yang ramai-ramai dok tolong cover saya dan tolong wat "nasi tambah" tentang saya dan "bf palsu" saya tuh.. Saya sangat-sangat berterima kasih.. =)
Khamis, 2 Februari 2012
Settle jugak masalah peminat yg "over" nih!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan