Semalam my best friend ajak balik kampung die.. Kat sungai besar.. Bila dengar ada sawah padi je terus excited nak ikut.. Terus call mak nak mintak kebenaran follow my best friend.. My mum kalau bab-bab nak bagi pelepasan susah sikit, maybe risau anak dara dia sorang ni.. Macam susah je nak dapat kebenaran terus call my dad pulak.. Seperti yang dijangka, mesti bagi punya! Saya kenal sangat daddy saya yang sporting tue.. Siap melawak lagi.. Tanya member boy or gurl.. Terus gelak and cakap kat my dad, tak kan nak tidur rumah boy kot.. Of course la gugurl.. My dad dah gelak-gelak.. Heee~~ Terus senyum lebar-lebar.. Amik baju-baju siap dan terus gerak ikut mom & dad my best friend..
Bab bagi perlepasan pergi mana-mana mesti cakap dekat my dad terus kadang-kadang sebab my dad sporting.. Setakat ni belum pernah lagi lah my dad sekat saya pergi mana-mana.. Saya nak bercuti ke penang dengan budak-budak kolej pun my dad bagi.. Cuma my dad ni kena jujur bagitahu dengan siapa, lokasi, transport dan duit.. Kalau nak pergi mana-mana pun memang selalu my dad yang hulur.. Dengan selumber badak dan buat muka ala-ala comel dan mimik muka kesian terus cakap "Boleh hulur fulus sikit tak? " Sambil urut-urut kaki ke,bahu ke.. Masak sedap-sedap untuk my dad ke.. Esok confirm terus bank in.. Weee~~~ Sebab tue la sayang my dad sangat-sangat..
Sampai je area sana memang best la dapat tengok sawah padi yang banyak tue.. Tapi yang hampa tue bila tengok-tengok padi dah habis dituai.. Means takde lah padi nun menghijau seperti yang diharap-harapkan.. Tapi tak pe.. Next time will come again.. Parents my friend pun sporting.. Bawak jalan-jalan pusing-pusing kampung.. Seronok sangat.. Maklumlah kampung saya tak de sawah padi.. Jadi bila sampai sana jadi batak sikit tengok sawah padi.. Lepas tue pulak makan masakan kampung.. Perghhhh... Terbaik ok! Tapi awal-awal dah bagitahu kat diorang yang saya tak makan ikan keli.. Parents my friend gelak kan saya bila saya bagitahu reason saya tak makan ikan keli tue.. Saya cakap "Sebab ikan tue tak macam ikan, muka dia pelik, mulut dia pun sama pastu tambah-tambah pulak ada misai dan ikan tue agak menakutkan saya" Memang kena gelak kaw-kaw lah kan.. Bila ingat balik memang kelakar.. Macam mana saya boleh jawab macam tue.. Haha...
Kat kampung my friend tue ada atok(perempuan), mak long dan pak long.. Part yang paling best ialah bila atok asyik kacau-kacau saya ajak berborak.. Memang sangat kelakar.. Atok dah tua dan ingat-ingat lupa jadi dia akan tanya soalan yang sama berulang-ulang kali.. Mula-mula saya tengok dia agak susah nak cam saya dan ingat siapa saya.. Tapi lama-lama saya dapat gelaran "Kak Cik".. Haha.. Yang pelik dan kelakar tue, atok cam saya tapi dia boleh lupa cucu dia sendiri.. Happy sangat bila dia cam saya.. Banyak yang pelik tentang atok ni.. Dia suka cakap sorang-sorang kalau tak de orang layan dia.. Lagi scary bila kita tengah duduk-duduk lepas tue dia cakap sape kat sebelah tue.. Padahal masa tue tak de orang.. Terus saya melompat pergi cari kawan saya.. Bukan sekali dua ok! banyak kali.. heee~~ Dia tanya baby siapa nangis walaupun takde baby masa malam tue.. Pergghhh.. Memang pucat lah kan muka saya.. Tapi membe cakap biasalah atok tak tahu apa yang atok cakap..
Lagi best bila petang tadi masa saya siap-siap nak balik tiba-tiba atok tak bagi balik.. Dia suruh tidur lagi dekat situ.. Adoii.. Serba salah oi dengan dia.. Saya cakap saya ada keje dekat shah alam.. Lama-lama dia faham.. Tapi lebih kurang 15 minit selepas tue, dia akan tanya soalan yang sama.. Kenapa nak balik awal sangat dan tak bagi saya balik.... Masa tue terharu jugak lah.. Jenuh jugak la nak bagi alasan nak balik shah alam.. Masa salam tue rasa sedih jugak coz saya dah takde atok dan nenek.. Bila tengok atok membe ,saya teringat dekat arwah nenek saya.. Sedih 0ooo nak balik.. Dia siap pesan suruh datang lagi tidur lama-lama kat sana.. Siap suruh janji lagi.. Owh.. Bila dah sampai shah alam ni saya rindu kat dia tiba-tiba.. Next time dah promise nak pergi lagi bila padi tengah cantik.. Tak sabarrr.... =)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan