Khamis, 8 November 2012
Dugaan dugaan yang mendatang~~
Macam - macam dugaan pula bila dah nak habis belajar ni.. Ada je dugaan dan halangan yang melanda dah membuatkan saya sedikit streeessss.. Kadang - kadang terfikir kenapa hidup saya tak semudah orang lain? kenapa tak seindah seperti orang lain? Seindah kisah dongeng mungkin? Dulu masalah kesihatan selalu menganggu.. Sekarang makin berkurang, cuma kadang-kadang je sakit tu datang.. Sekarang masalah lain pulakkk..
Bila dah masuk kolej swasta ni kalau tak duit yang banyak mengalir bukan swasta la kot.. Argghhh.. Menyesal pulak tak amik politeknik kat penang dulu.. Tapi masa tu, fikir jauh sangatt,, Tak sanggup nak berjauhan dengan family.. Wuuuu... Cerita pasal kolej yang asyik telan duit ni, membuatkan saya teringat macam mana saya boleh bergaduh dengan kakak kat account department tempat saya belajar ni..
Semua ni jadi disebabkan saya keracunan makanan masa final paper Diagnostik Hematologi II.. Malam tu dah terasa dah sakit perut, so sapu minyak angin jelah macam biasa.. Tup tup kul 3 pagi asyik terjaga berlari ke toilet coz muntah - muntah dan cirit birit. Ingatkan sekejap je, jadi tahan jelah.. Lagi pun paper yang saya amik tu start kul 2.30 petang.. Tengok-tengok semua tue belum berakhir walaupun dah pukul 2.30 petang time exam start.. Memang langsung tak larat sebenarnya, muka pucat habis, tak larat nak bangun, belakang habis sakit coz muntah-muntah tak berhenti.. Kesan operation tue terasa mencucuk-cucuk jee..
Nekad call my dad cerita sambil air mata laju mengalir, my dad suruh call lect. yang mengajar subjek tue.. Terus call dan dia suruh pergi klinik dan amik M.C.. My dad otw datang, sementara tue dia suruh terus pergi klinik, nasib duit dalam bank tak usik lagi masa tu.. Kakak bilik teman dan terus naik teksi sambil pegang perut tahan sakit.. Dalam hati mintak-mintak jangan termuntah dekat dalam teksi, nasib baik kelinik dekat.. Sampai je orang pun tak ramai, so terus daftar dan jumpa Dr.. Dr. bagi M.C dan ubat.. Balik tue terus pergi exam department hantar M.C dan tanya untuk repeat paper final subjek tu kena bayar ke tak.. Dia cakap tak payah, free jee.. Dalam hati melonjak la woiiii seronok tak terkata.. Terus call my dad cakap free je.. My dad amik petang tue jugak bawak balik rumah..
Sekali bila masuk sem baru, tup - tup kena bayar RM960 untuk subjek tu.. Eh eh.. Bukan hari tue kata free ke? Terus tanya accaunt department tanya kenapa kena bayar, dorang cakap Exam department yang charge semua tue.. Masa tue angin satu badan.. Terus pergi dekat Exam department tanya kenapa kena bayar? Hari tue kata free? Akak yang jaga counter tue tak tahu nak cakap apa.. Terus panggil ketua dekat situ.. Ok! Tak kisah lah kau ketua ke apa ke.. Selagi saya tak dapatkan penjelasannya,memang saya takkan berdiam.. Dua orang adik bilik ikut teman.. Saya dah mengamuk dah marah-marah ketua tue.. Dia cuma boleh cakap "maaf mungkin staf saya salah cakap" Kalau aku dah maki kau memang kau malu la jawabnya.. "Kalau maaf kau boleh bayar semua duit yang aku terpaksa bayar tue memang aku maafkan dah"
Agaknya dah takut tengok saya mengamuk kat situ, terus dia pangil kawan lelaki dia tolong.. Kawan dia pun keluar.. (Kau jantan ke,betina ke kalau aku nak maki kau aku maki jugak) Dan mamat tue pun keluar, saya mengamuk pulak dekat mamat tu.. (hah! ko nak gantikan sangat tempat perempuan tue kan) Lepas dah kena maki dan amukkan saya tue, dengan mamat tue, kakak tue dua-dua terdiam.. Lama-lama rasa macam dah buang masa kat situ, saya keluar.. Sambil tue sempat lagi cakap "kau bagi la makan family kau duit haram tue" Saya ada M.C kot, bukan saja-saja tak nak datang.. Kenapa suka amik kesempatan time orang sakit? Tak faham betul!
Nak mengadu dekat my dad, tapi nanti dia ingat saya menipu coz hari tue cakap free jer semuanya.. Kalau bagi tahu yang sebenarnya pulak kang my dad pulak mengamukk kat kolej, lagi panjang ceritanya.. Takut nanti my dad geram kat diorang dan suruh saya berhenti pulak! Owh takkk.. Dah nak habis belajar kot.. Dah nak habis belajar dah pun.. Fikir punya fikir.. Lama-lama terpaksa bayar sendiri.. Potong duit belanja sendiri.. No shopping! Wuuuu~~
Sampai sekarang saya dendam dengan kakak & abg kat exam department tue!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan