Sekarang ni tengah kecoh pasal perkahwinan muda pasangan Syafiq & Yana.. Husband dia umur 16 tahun dan wife dia umur 14 tahun.. Muda bukan? Kalau ikutkan faktor umur memanglah diorang masih muda.. Masing-masing belum habis sekolah lagi.. Tapi bukankah suatu perkahwinan itu lebih baik daripada hidup bergelumang dengan dosa? Yang halal lagi mulia daripada yang haram bukan?
Berdua-duaan dengan yang bukan muhrim pun sudah menjadi dosa, apatah lagi berpegangan tangan dan lain-lain lagi.. Kalau pernah berzina? Sendiri fikir akibatnya.. Saya tak mahu cakap lebih-lebih.. Biarpun serba kekurangan dan masih tiada harta, ianya lebih baik daripada hidup bergelumang dosa.. Soal rezeki, setiap insan ada rezeki masing-masing.. Cuma rajin cari atau tidak je.. Sekurang-kurangnya mereka halal dan tiada halangan untuk melakukan apa-apa sahaja..
Mungkin mereka boleh dijadikan contoh untuk remaja-remaja muda yang dah "gatal" untuk berkahwin.. Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda. Awal atau tidak tak perlu kot dipertikaikan, janji halal..
Zaman nenek moyang kita sendiri pun dulu kawin awal, so ianya tidaklah begitu pelik..
Saya juga mengimpikan sebuah perkahwinan tapi tidaklah sekarang.. Sila jangan salah faham! =D Saya lebih mengiginkan merasa nikmat bercinta selepas kahwin.. Maksudnya terima pinangan orang yang kita tidak kenal dan cuba mencintai dan menyayanginya selepas berkahwin.. Tapi kena tengok jugak latar belakang "future husband" tue.. Kalau boleh, nak yang beriman dan juga boleh menjadi ketua imam dalam solat saya dan ketua keluarga..
Kalau dapatlah yang macam imam muda tuh.. Memang bertuah sangatlah.. Bukan main lagikan angan-angan.. Saya memerlukan seseorang yang dapat membimbing saya kearah yang lebih baik.dan kearah jalan yang lurus. Seseorang yang boleh merubah saya menjadi lebih baik daripada yang sekarang. Yang boleh buang ego dan sikap keras kepala saya ni..
“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.
"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"





Tiada ulasan:
Catat Ulasan