CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, 30 November 2012

Finally I’m happy.. =)


               Teringat kembali kenangan hari sabtu yang lepas.. Mr. Right ajak pergi kenduri rumah saudara dia dekat sg.buloh.. Bagi tahu awal-awal sebab nak sangat saya ikut dia dan takut saya ada hal lain.. First-first rasa macam nak pergi, tapi bila tahu family dia sekali ada terus rasa macam tak nak pergi.. Bukan pe, sebenarnya takut dan segan nak jumpa family dia.. Dan belum bersedia sebenarnya..  Before ni pun cakap dalam fon je.. Now kena jumpa face to face, amik ko! Perghh.. Memang seram la.. Lagi pun ni pengalaman pertama jumpa orang tua dia.. Before-before ni pun tak pernah jumpa parent my ex.. Berdebar tak hingat la time tue..

                Hari sebelum nak pergi lagi dah berdebar-debar.. Kalau ikutkan tak bersedia pun nak jumpa family dia lagi.. Tiba-tiba lak dia cakap parents dia nak sangat jumpa.. Tengok dia pun beria-ria sangat nak bawak jumpa family, so ikutkan saja walaupun dalam hati berdebar tak terkata. . Bila tiba hari yang dijanjikan Mr. Right pun datang jemput kat kolej, terus ke sg.buloh.. Sampai-sampai je tengok family dia dah tunggu dengan kawan-kawan dia.. Ya Allah,masa nak kuar kete tue jenuh tahan debar.. Terus salam mak dia, kak long dia dan adik-adik dia yang comel-comel tue..  Sejuk tangan weyh!  Yang dia pulak terus tinggalkan saya dengan family dia.. Dia pergi jumpa kawan-kawan dia.. Perghh… Segan gila..

                Sementara nak tunggu Mr.Right settlekan kawan-kawan dia balik, dia suruh mak dia pulak yang tengok-tengokkan saya dan bawak saya pergi rumah sedara dia dulu, nanti baru dia datang balik.. Hadoii.. Terpaksa ikut kak long n abang ipar dia pergi sana.. Segan okeyh! Dalam kete saya diam je tak cakap pape.. Malu and tak tahu nak cakap pe masa tue..  Sampai-sampai je kat rumah sedara dia tue, mak dia ajak duduk sebelah.. Ajak minum-minum.. Sambil-sambil tue saya dok curi-curi mesej Mr.Right suruh dia datang cepat.. Lebih kurang 40 minit duduk dengan family dia, Mr. Right pun sampai terus duduk sebelah.. Bila ada dia baru ringan sikit mulut memasing nak bercakap dan gelak ketawa..

                Cerita punya cerita, kak long dia pun ada masalah tulang tapi tak la seteruk saya pun, tapi nak kena operation jugak la.. Dia dah suruh tunjuk gambar x-ray saya kat mak dia.. Saya pun tunjuk la, mak dia terkejut jugak la.. Cakap teruknya dan tanya macam-macam side effect.. Saya pun berkongsi cerita dan masing-masing teruja nak tahu.. Lepas tue dia ajak saya keluar makan coz kami langsung tak jamah pape makanan pun coz terlewat datang.. Saya macam serba salah tak kan nak keluar time semua orang ada kot.. Dia pun nampak macam nak cover, terus ajak akak dan abang ipar sekali.. Adik dia yang kecik pun nak ikut, jadi kami berlima keluar sama.. Si dia tak tahu nak makan apa, saya macam biasa la tak cerewet pun so ikut je kemana dia nak bawak makan.. Tapi kak long ajak makan KFC.. Semua ok, dan kami terus makan sampai pukul 9 p.m. Ok,si dia asyik bahan saya dekat kak long dan abang ipar dia.. Malu gila ok! Makan pun asyik tergelak-gelak je..

                Lepas makan pulak family dia ajak pergi ICT, shah alam.. Terus gerak daripada KFC ke ICT.. Jam teruk! Stress memasing dalam kete.. Sampai je ICT dia cari parking dan kami merayau jenjalan kat sekitar tue..Si dia ajak jalan berdua je, family dia jalan ramai-ramai.. Jumpa kat tempat parking 45 minit kemudian.. Punya lah sesak dan ramai orang.. Nak bayar tiket pun panjang gila-gila punya barisan.. Lepas settle semuanya terus dia hantar balik.. Kak long and abang ipar dia kat belakang dah tertidur kepenatan coz siang dari Melaka.. Kesian diorang, tapi lagi kesian Mr. Right saya kena drive tak tukar-tukar.. Diorang ajak tidur rumah sedara diorang, tapi saya bagi alasan tak de baju sambil-sambil wat muka kesian + penat kat dia.. Tak biasa tidur rumah orang.. Lama-lama dia cair jugak dan terus hantar saya balik.. Salam kakak dan adik dia, terus naik bilik.. Sampai hostel dah nak kul 2 a.m..  Penat gila, tapi pengalaman yang saya tak kan lupakan sampai bila-bila.. =)



 
Hadiah dari Mr. Right.. Lampu tidur! =)


Tiada ulasan: