Khamis, 6 Disember 2012
Sama-sama mendoakan..
Saya tak tahu nak menggambarkan bagaimana hati begitu terusik dengan setiap patah mesej yang saya terima tadi.. Adakah saya gembira? Adakah saya bersedih? 1001 rasa yang ada dalam hati ini.. Dari dulu saya memang tahu yang Mr.F akan baca setiap apa yang saya coretkan dekat sini.. Dan saya tidak pernah untuk menyesali setiap patah perkataan yang pernah singgah di sini.. Biarkan dia tahu, biarkan semua tahu dan mengerti segala-galanya.. Tiada apa yang perlu dirahsiakan..
Mr.F :Zety, abg tumpang happy n bahagia bile dpt tau zety dh jumpa Mr.Right. Dan paling penting dah jumpa family die. Abg doakan kebahagiaan zety. Assalam.
Saya cuma mahukan kehidupan seperti insan lain.. Disayangi, dicintai dan dikasihi.. Bukan mudah untuk melupakan kenangaan lama dan memulakan yang baru.. Makan masa bertahun-tahun.. Mungkin peluang yang banyak diberi telah dipersiakan menyebabkan saya berputus asa.. Nekad untuk merubah segalanya dan melupakan segala yang kepahitan dan kepedihan.. Mungkin kenangan pahit yang lalu membuatkan saya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu..
Walaupun rasa cinta saya pada Mr.Right masih belum 100%.. Tapi saya tetap bagi peluang pada hati sendiri untuk mencari kebahagiaan seperti insan lain... Mr.F pun kini bahagia.. Kami sentiasa berdoa untuk kebahagiaan bersama.. Aminnn.. =)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan