Saya kasihan
melihat anak-anak kecil, pak cik/makcik yang meminta sedekah di tepi-tepi
jalan.. Betapa kasihannya mereka kerana terpaksa meminta sedekah demi sesuap
nasi.. Kadang kala terfikir, kemanakah ibu bapanya? Kemanakah anak-anaknya?
Sayu bila melihat mereka berkeadaan begitu.. Tak salah pun meminta sedekah
daripada mencuri..
Pernah satu
hari tu saya keluar makan dengan kawan-kawan kolej tiba-tiba didatangi oleh
seorang budak lelaki berumur mungkin dalam 8-9tahun menjual kismis dan lalu
dimeja saya sambil berkata “kak,mintak tolong beli kak mak saya sakit kat
rumah” Ya allah,tiba-tiba hati saya tersentap dan sebak bila perkataan “mak
sakit” disebut.. Apa perasaan kita kalau mak kita yang sakit? Cuba bayangkan
budak kecik keje jual kismis semata-mata untuk sara diri sendiri? Bukan mintak
sedekah.. Tapi menjual.. Terus bergenang air mata dan saya hulurkan sedikit
wang.. Saya cakap dekat budak tue tak payah bagi kismis tue coz saya nak tolong
dia ikhlas dan mungkin die boleh jual kismis tue balik.. Tapi dia cakap
“kak,tolong la amik saya jual” saya lihat mukanya yang sangat kasihan dan
mungkin juga kepenatan.. Dia terus letak kat meja saya lalu pergi..
Masa tue
saya jadi termenung seketika, betapa bertuahnya saya kerana memiliki
segala-galanya.. Punya ibu ayah,punya adik beradik.. Punya kasih sayang yang
kuat, rumah yang selesa untuk diduduki.. Dan makanan dan wang yang sentiasa
ada.. Tapi.. Dia?? Adakah sebertuah saya? Adakah sebertuah awak? Walaupun rumah
saya tak sebesar mana, harta saya tak sebanyak mana.. Saya tak pernah bermegah
dengan semua itu..
Orang kata “mana
tak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi” saya jadikan my dad n mum sebagai contoh untuk diri saya.. Masih segar
lagi diingatan walaupun saya masih kecil masa tu, jiran rumah lama saya ada 4
orang anak, sorang OKU, dan 3 org lagi sempurna tapi mereka bersekolah.. Suami dia pulak gila.. si isteri je yang keje
tapi menjahit kat rumah.. Kesian sangat, nak beli beras pun tak mampu.. Apatah barangan
keperluan lain.. Tiba-tiba satu hari si isteri datang ke rumah saya, kesempitan
wang untuk membeli gas.. My mum lah yang tolong hulurkan duit.. My dad pula
sebagai pengerusi dekat situ masa tue, buat tabung untuk didermakan kepada ahli
keluarga tersebut.. Bila my dad balik dari keje dan nampak mereka, my dad pasti
hulurkan sedikit wang kepada mereka.. Hurm,tue semua masa duduk shah alam
dulu.. Sekarang ktorang pindah, tak tahulah apa nasib mereka..
Bila pindah
rawang pula, pernah suatu hari tue.. Saya dan ayah pergi ke kedai naik motor
berdua nak beli barang dapur, tiba-tiba ada seorang pak cik naik motor berbangsa india tahan kitorang.. My dad pun
berhenti, ingatkan apa lah kan.. Rupa-rupanya pak cik tue nak pinjam duit nak
beli beras untuk anak-anak.. My dad pun macam percaya tak percaya lah dengan
pak cik tue.. Lepas berfikir, ktorang amik keputusan bawak dia pergi ke
kedai.. Sampai je kedai, my dad capai
beras sekampit.. Saya pulak kena pergi cari susu tin, tepung, gula, ikan
beberapa ekor, dan sedikit sayur.. Terus pergi kaunter dan bayar.. Tauke kedai
tue pun pelik tengok my dad belikan barang-barang dapur untuk pakcik india
tue.. Selesai sesi pembayaran, my dad bagi semua barang-barang tue kat dia..
Saya lihat pak cik tue menangis sambil ucap terima kasih.. Saya pulak jadi ikut
sebak masa tue.. Dia mintak no.fon my dad coz nak bayar balik duit yang my dad
beli barang tue..
Balik tu, saya tersenyum-senyum sampai rumah..
Terus cerita dekat my mum.. Pengajaran yang saya belajar hari tue, kita
perlulah saling tolong menolong sesama manusia tanpa mengira agama dan bangsa..
Mungkin lain kali kita dalam kesusahan, bangsa lain yang tolong.. Tak mustahil
bukan?
Tujuan saya menaip entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk
dengan kebaikan yang saya ataupun family saya buat.. Cuma sekadar renungan dan
teladan bersama. Amalan bersedekah itu juga saya amalkan.. Mungkin sekarang
kita senang dan mereka susah, tapi tak mustahil nanti kita susah dan mereka
senang pulak masa tue.. Mungkin masa tue dia pulak yang tolong kita. Rezeki
masing-masing pun ALLAH yang bagi.. Tak salah kalau saling berkongsi.. =)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan