Diri ini terasa seperti bukan yang dulu.. Bukan seorang gadis yang dulunya periang,yang suka ketawa,menyanyi,lompat sana sini,kesana kemari dan lain2.. Banyak aktiviti yang saya tak boleh lakukan seperti dulu... Bertapa rindunya diri ini apabila melihat teman-teman yang laen bergelak ketawa dan melakukan aktiviti kegemaran mereka.. Saya jadi cemburu.. Tarikh 15/6/11 merubah segalanya... Tetapi diri ini tetap bersyukur dan akur dgn takdir yg tertulis.. Ada insan laen yang mungkin lebih teruk dari takdir saya..
Baru-baru ni saya pergi ke hospital sg.buloh.. Ada rawatan fisioterapy yang harus saya jalani untuk pertama kalinya.. Melihat keadaan sekeliling,terlihat beberapa kanak2 kecil yg menjalani rawatan seperti saya.. Terus sebak dada ini... Kasihan melihat anak2 kecil yang terpaksa melalui liku2 hidup yang penuh dengan dugaan,melihat mata mereka yang penuh dengan harapan untuk sembuh.. Melihat kekuatan anak2 kecil ini, terus membuatkan diri saya yang dulunya lemah dan mudah putus asa menjadikan sayaa kuat..
Benarlah seperti yang selalu kita dengar.. Sokongan itu penting... Penting bg seseorang yang lemah itu untuk bagun dari putus asa dan lemah.. Sokongan dari keluarga,teman rapat,dan owg lain.. Saya begitu beruntung mempunyai keluarga dan teman rapat yang sedia memberi pandangan dan pendapat untuk saya berkongsi masalah.. My mum yang setia menunggu dan menemani saya disetiap ketika.. Ketika Saya dihospital, my mum yang merawat, membantu saya tika saya tidak terdaya untuk bangun dan melangkah kemana2.. Ketika kesakitan melanda diri ini, my mum yang banyak memberi sokongan untuk saya bertahan.. hurm.. sebak bila mengigatkan besarnya pengorbanan my mum.. Tak llupa juga my dad yang banyak menghabiskan wang dan harta utk menampung perbelanjaan kos pembedahan dan laen.. U are my superhero!!.. Besarnya pengorbanan mereka pada saya.. Thank for everything mom and dad.. =) I love u all!!




Tiada ulasan:
Catat Ulasan