Apa itu Scoliosis??
Okey,scoliosis adalah sakit tulang belakang.. Yang kerap sakit belakang tu jangan lupa pergi jumpa DR.. scoliosis ialah dimana keadaan tulang belakang menjadi bengkok.. Ada yang bentuk C dan ada yang bentuk S.. Dan sakit tulang belakang yang saya alami ialah berbentuk S.. Ianya banyak terjadi pada PEREMPUAN.. Lelaki pun ada jugak cuma tak ramai.. So mana mana PEREMPUAN sila buat check up kalau ada rasa kelainan pada tubuh badan anda..
Sebab atau punca scoliosis??
Saya sudah bertanyakan hal ini sebelum saya melakukan pembedahan lagi.. DR. sendiri tidak ada kata pasti tentang perkara ini.. Tetapi.. DR. kata scoliosis ini mungkin di sebabkan faktor keturunan atau kemalangan seperti jatuh.. Ada juga yang membuat andaian yang scoliosis terjadi disebabkan oleh pemakaian BEG SEKOLAH dengan bebab buku yang berat.. Akan tetapi DR. memberitahu saya mana - mana DR. sedunia tidak pasti tentang hal ini dan ianya masih menjadi tanda tanya sampailah sekarang..
Macam mana rupa scoliosis??
Ini adalah gambar x-ray scoliosis.. Nampak dengan jelas kebengkokkannya.. Ianya berbahaya jika tidak dirawat dengan segera.. Jika terlihat anak PEREMPUAN/LELAKI yang belakangnya kelihatan pelik dan berbonjol sedikit,sila cepat2 pergi untuk berjumpa DR.
Kesan jika scoliosis tidak dirawat??
Banyak kesan yang tidak elok jika scoliosis ini tidak dirawat yang saya ketahui dan alami sendiri.. Seperti akan mengalami sakit belakang dan pinggang apabila duduk atau berdiri terlalu lama.. Selain itu,jika kadar kebengkokkan tulang belakang adalah tinggi iaitu melebihi 50 degree,ianya akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas,cepat penat,lelah jika melakukan aktiviti harian.. Saya juga mengalami perkara ini disebabkan saya punya darjag kebengkokkan ialah 51 degree...
Selain itu juga ianya akan menyebabkan organ-organ dalaman akan rosak.. Saya punya paru-paru pun sudah kena himpit dengan tulang belakang,tapi saya terus buat operation.. Kehamilan juga akan meninggalkan kesan terhadap pesakit scoliosis.. Ianya akan meningkatkan lagi kadar kebengkokkan tulang belakang.. maklumlah,jika badan kita menampung berat apatah lagi bayi selama 9 bulan ianya akan menyebabkan keadaan tulang membengkok disebabkan berat bertambah.. Sebab itu juga pesakit dinasihatkan untuk melakukan pembedahan sebelum berkahwin.. Sebab ini juga saya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan selain daripada sebab ianya telah menghimpit paru2 saya.. Umur 20 saya sekarang menyebabkan saya berfikir jauh tentang masa depan dan kebaikannya.. Siapa yang tidak mengimpikan sebuah perkahwinan family dan anak.. Kebanyakkan kes scoliosis dinasihatkan bersalin secara pembedahan disebabkan takut risiko lumpuh.. Betul,ianya pernah terjadi.. Jadi waris pesakit scoliosis cuma 2-3 orang.. huhu,termasuk saya la kan?
Apa yang pesakit scoliosis tidak boleh buat??
Tidak banyak perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pesakit scoliosis.. Jika mampu,semua aktiviti harian boleh dilakukan kecuali mengangkat barang yang berat.. Cuma dinasihatkan jangan melakukan aktiviti terlampau lasak.. Lompat tinggi tu kurangkanlah..
banyak lagi yang saya nak share tentang scoliosis.. tapi nantilah..




Tiada ulasan:
Catat Ulasan