Soalan yang selalu sangat-sangat bermain difikiran saya dari dulu.. Kenapa mesti saya? bukan orang lain? Kenapa saya yang dipilih.. Kenapa saya yang dipilih untuk menghadapi ujian dan dugaan dariNYA.. Kenapa bukan orang lain.. Dulu saya selalu fikirkan soalan tue,lagi-lagi semenjak saya dinasihatkan untuk membuat pembedahan.. Tiap-tiap hari termenung sorang-sorang.. Melayan perasaan tah apa-apa.. Berfikir tentang masa depan yang mungkin gelap dan mungkin cerah kembali.. Selalu stress fikirkan hal pembedahan.. kos rawatan 25 ribu..fikir tentang risiko dan macam-macam lagi.. Always sakit kepala.. Jalan terbaik,telan 2 biji panadol and tidur puas-puas.. Kosongkan fikiran dan hal lain-lain..
Keadaan yang berlarutan ini lah yang menyebabkan saya mengambil keputusan untuk extand lebih awal.. Saya tak boleh fikirkan tentang study,tak boleh fokus pada pelajaran dan sebagainya.. Masuk kelas termenung.. Dalam bilik termenung.. Lepak dengan kawan-kawan pun termenung.. Makan pun sambil berfikir.. Dalam bilik air pun kadang-kadang termenung.. BAGUSKAN? So,macam mana saya nak tumpukan pelajaran.. Daripada kena bayar untuk repeat, saya mintak pendapat lecture dan mentor untuk jalan terbaik.. Jadi,mereka setuju dengan saya.. Mereka tahu akan emosi saya yang kurang stabil masa tue.. Jadi langkah saya untuk extand study disetuju 100%.. Alhamdulillah..
Ramai kawan-kawan bagi sokongan dan dorongan untuk menghadapinya dengan tabah.. Tapi.. Mereka takkan tahu dan faham perasaan saya.. Ok.. kebanyakan pesakit SKOLIOSIS mengalami dilema ini.. Iaitu kami dilihat secara luarannya yang sihat.. Tetapi dalaman sakit.. Yelah,tulang belakang mana boleh dilihat dengan mata kasar melainkan dengan x-ray.. Tak lain juga ada sesetengah menganggap ianya hanya rekaan semata-mata.. yelah,benda tak nampak.. orang boleh cakap macam-macam.. betul tak? Tapi saya ada bukti.. so what?? Kadang-kadang bila kita ramai-ramai tengah bergotong-royong atau melakukan aktiviti yang melibatkan kerja angkat-angkat barang dan sebagainya,kita takkan nak tengok je? bila wat keje ringan.. nanti orang cakap pentingkan diri.. pada hal pesakit SCOLIOSIS memamg tak boleh angkat benda berat.. Dilema yang takkan sudah.. Bersabar adalah jalan terbaik..
Banyakkan masalah yang pesakit SCOLIOSIS kena tanggung? Kalau korang,stress tak? sebab tue laa kaang-kadang saya tertanya-tanya mengapa mesti saya yang kena hadapi? bukan orang lain.. Dulu saya selalu rasakan diri ini tak mampu untuk menanggung dugaan dariNYA.. Lagi-lagi masa dekat hospital.. Macam-macam saya fikir.. Tapi itu semua dulu... Sekarang saya dah tak macam tue lagi.. semangat untuk melaluinya dengan tabah dan penuh keceriaan.. laluinya dengan tenang walaupun banyak lagi dugaan yang mungkin saya akan terima pada masa hadapan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan