CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, 1 Februari 2013

Tiada restu?

                  Sangat sadis bila memasing dah saling sayang menyayangi tapi tiada restu dari salah seorang ahli keluarga.. Macam mana tue erk? Arghhh.. Tak faham-faham lagi ke? Tue tandanya tiada jodoh.. Saya pun macam takde jodoh je dengan Mr.Right.. Entah la, kak long dia macam tak sukakan saya je.. Kak ngah dia dan lain-lain semua ok.. Satu kepala.. Tapi kak long die? Macam nak tak nak cakap dengan saya, cakap bila perlu je.. Nak bertegur pun susah.. Ke saya yang tak reti nak amik hati kakak dia?

                  Dari hari pertama lagi kitorang berkenalan pun dah nampak sangat yang kak long die tue macam tak suka je dengan saya.. Entah la, ke kak long die still berharap dengan ex-tunang Mr.Right? Maybe saya tak secantik dan tak sebaik ex-tunang adik die kot.. Argghh.. Saya langsung tak pernah tengok pun gambar ex-tunang die dulu.. Dengar cerita je.. Dan tak pernah tanya pun kat mak dia pasal hal ex-tunang Mr.Right..

                  Andai kata tiada restu dari kak long dia, saya dengan rela hati megundur diri, yelah buat apa bersama tapi takde restu.. Nanti diorang bergaduh, family pecah belah.. Punca? Saya dipersalahkan.. Tak kuasa okey nak musnahkan keluarga orang.. Memang la kak long die tak pernah cakap pun tak suka saya, tapi kengkadang kita boleh lihat dari air muka dia kan? Daripada terus bersama, dan andai kata ditakdirkan berkahwin.. Taknak la duduk satu rumah, tapi muka macam ayam berak kapurrr.. Tak kuasa melayan ok!


                  Sekarang tengah cari point nak gaduh.. Malas la nak bercinta tapi ada orang tak suka.. Buat apa bahagia dalam derita kan? Baik derita sekarang dan bahagia kemudian.. Ala, mungkin jodoh saya dengan orang lain? Tak kisah pun kalau sekarang clash.. Bukannye 100% hati ni ada dekat dia punn.. So, hadapi dengan senyumannn.. =)




Cinta tak semanis gula! =)

Tiada ulasan: