Hari ni dapat berita adik lelaki saya eksident motor.. Kena langgar dengan kereta avanza.. Berbenjol dahi tue.. Panik weyh bila dapat tahu.. Nasib baik tak teruk.. Tapi kalau tengok kesan kemik dekat avanza tue dan keadaan motor adik saya, rasa macam tak percaya dia boleh bagun macam biasa.. Sangat-sangat teruk okeyh keadaan motor..
Nasib baik cina tue bertanggung jawab.. Cuma kesian kat dia tak dapat balik sepang beraya dengan family die.. Kesian kesian jugak, tapi lagi kesian kat adik saya yang teruk kena langgar dan motor yang langsung tak boleh nak bawak.. Enjin dah tercabut bagai..Nasib baik lah ramai yang berhenti membantu adik saya.. Angkat ketepi time dia pengsann, nasib tak kena langgar dengan kenderaan lain pulak lepas tercampak..
Dia tersedar je dari pengsan, semua tanya no.hp my dad.. Dia cuma bagitahu yang my dad ada kat gerai buah dekat bukit sana..Orang ramai pun pergi carik my dad dan bagitahu yang adik saya eksiden.. Terkejut my dad dengar dan mintak pak cik tue jaga kejap gerai sementara my dad pergi tengok adik yang tak jauh sangat dari situ.. My mum terus datang gerai and tutup.. My dad dah terus pergi hospital dengan avanza cina tue.. Sambil tu call kawan dia polis yang duduk satu taman kitorang.. Mintak polis tolong settle motor dan tangkap gambar pape yang patut..
My mum dah siap tutup kedai terus pergi hospital coz my dad tak bawak kereta.. Alhamdulillah adik takde pape pun lepas x-ray.. Cuma dahi berbenjol macam ikan "flower hon".. Cina tue bagi RM100++ untuk kos rawatan then semua terus pergi balai.. Settle kat balai.. Lepas settle bincang, cina tue janji nak bayar kos baiki motor.. Terus dia amik motor kitorang naik helux then bawak pergi kedai motor.. Dia tanggung semuanya sampai motor ok..Nasib baik! Balik pun dia hantar semua.. Pape pun Alhamdulillah lah takde pape yang teruk semua..
P/S : Berhati-hati semasa memandu.. Lagi-lagi dimusim perayaan..=)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




1 ulasan:
alhamdulilah takde apa2.
Catat Ulasan