Mood minggu lepas sangat-sangat la teruk dek kerana sakit
hati tak dapat join percutian yang diidam-idamkan.. Baru merancang nak pergi
satu family bercuti ke Langkawi bulan lepas, then dah decide nak pergi time
cuti sabtu ahad and meleret sampai ke cuti krismas/new year kat sana.. Tapi
tup-tup seminggu lepas tue family bagitahu yang dorang nak balik ke kampung
Perak cuti kat sana coz nak habiskan cuti-cuti my dad yang sangat banyak tu..
Bulan ni My dad sangat lah banyak cuti sampai boleh bercuti dengan senang
hati! ^,^”
Sesampainya diorang di perak, tiba-tiba keesokkan hari nya diorang dah sampai di
Langkawi.. Aikk? Bukan kita semua dah plan nak pergi 2 minggu lagi ker?
Aiyaaakkk!! Diorang dah sampai langkawi baru diorang berani call saya
bagitahu.. Apa lagi, dah berasap telinga dengar diorang dah sampai langkawi,
walhal dah janji nak pergi sesama.. Sangat-sangat sedeyh masa tue.. Dah la saya
dalam lab masa tue.. Sakit hati sangat-sangat.. Dek kerana merajuk yang
amat-amat saya request nak coklat ferorro rocher yang paling besar ok! Yang
paling besar!
Sebenarnya bukan lah peminat coklat yang tegar pun.. Tapi
dek kerana sakit hati tak dapat ikot pergi langkawi tue yang jadi mengada-ngada
+ nak simpati.. Entah la, tapi jujur sangat terkilan dah plan nak pergi
sama-sama tapi diorang je yang dapat pergi.. Masa tue nak nangis pun ada jugak!
Wuuuu~~ Maybe my dad pun rasa kesian + menyesal
tinggalkan puteri dia nie, terus janji nak belikan coklat yang saya
mintak + dapat topap RM10 + Duit shopping + janji next year pergi ramai-ramai..
Bila topap dah masuk + duit pun dah ada terus rasa merajuk tue dah berkurang
sedikit demi sedikit..
Tapi semua tue tak berakhir kat situ je, saya jadi sakit
hati balik bila tiap kali call, family saya dah bertukar destinasi.. Kejap call
cakap ada kat langkawi, esok-esoknya call lagi, kata ada dekat sungai petani,
call lagi esok nya ada dekat perlis, call lagi cakap ada kat Thailand..
Arggghhh! Kenapa lah time diorang pergi bercuti tue saya tak cuti sem! Sakit
hati + sakit gigi pulak tetiba.. Gigi bongsu tak habis tumbuh lagi.. Eh-eh
lambatnya dia tumbuh.. Dah nak 22 tahun baru nak keluar.. Sakit gila! Sampai
pergi farmasi beli ubat kena charge sepapan RM19.. Mak oiii.. Bapak mahal ubat
kau! Takpe! Sanggup asal berkesan.. Memang tahan sakit yang sangat-sangat
berkesan, tak menyesal beli walaupun mahal..
Sepapan habis untuk 3 hari jee.. Nasib my dad dah masukkan duit lebeyh
untuk puterinya ini.. Dapat beli ubat + shopping.. Duit shopping hari tue pun
still ada balance lagi.. Esok-esok cari baju lagi.. Weee~~




Tiada ulasan:
Catat Ulasan