Malam ni dapat lagi mesej dari dia lagi.. Bila dengar je nada mesej tue, terus terpaku dan terus dah tahu siapa penghantar mesej tu.. Sebab saya dah setkan nada khas untuk dia dari dulu lagi.. Nada tu tak pernah berubah, yang berubah hanya dia.. Saya masih tak faham kenapa dia masih tak berhenti melupakan saya, tak cukupkah segala derita yang dia dah cipta untuk saya? Mungkin dia mahu lihat saya jatuh.. Mungkin juga dia berbangga kerana telah membuatkan saya jatuh..
Kali ini dia menghantar mesej “selamat malam zety. Please jangan sampai berdendam dengan abang sebegini . Terima kasih untuk segalanya.” Saya masih membiarkan ia sepi.. Masih tidak mahu membalas apa-apa.. Cuma kadang-kadang berperang dengan hati sendiri.. Nak balas ke tak nak, nak balas ke tak nak.. Argghhh… Lantak lah!
Saya harus dan saya perlu kuat.. Saya tak mahu diperbodohkan lagi.. Saya tak mahu jatuh lagi.. Ya Allah.. Kau kuatkan lah hati ku ini dan tetapkan lah pendirianku ini.. Jangan kau lemahkan hatiku ini.. Dan kau tujukkanlah hidayah padanya untuk berubah.. Bukan untukku, tetapi untuk bakalnya kelak.. Dan aku minta supaya kau jauhkan dan buang segala dendam dihatiku ini agar hatiku kembali tenang.. Aminnnn…





Tiada ulasan:
Catat Ulasan