CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam ramadhan 2012..

            Alhamdulillah, tahun ni saya masih diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan.. Terima kasih pada yang maha kuasa kerana masih memberikan masa untuk saya merasa nikmat hidup.. Semoga ramadhan tahun ni akan diberkati Allah.. Aminnn... Seronoknya ramadhan jika dapat menunaikan solat tarawikh.. Tahun lepas langsung tak dapat menunaikannya kerana operation tulang belakang dan masih dalam keadaan berpantang.. Tahun ni pula, bila duduk di shah alam memang susah nak tarawikh la nampaknya, disebabkan jauh kena berjalan dan sibuk dengan rutin study.. Mid sem minggu depan.. Argghh.. Ruginya!


             Niat lepas je habis exam, tiap-tiap minggu nak balik umah puasa, berbuka dan tarawikh dengan family.. Alaaa.. Rindunya! Dulu masa dengan family, tak pernah miss pergi tarawikh.. Rasa seronok sangat.. Tapi bila dah masuk alam study, susah nak pergi tarawikh.. Alahai~~ First sahur pagi tadi semangat je bangun.. Masak nasik bagai and terus kejutkan adik-adik bilik ni.. Kelakar tengok gelagat diorang yang agak susah nak bangun sahur.. Ada yang mamai-mamai je makan..

    
            Pagi-pagi lagi dah dapat mesej dari dia "Selamat bersahur dan selamat berpuasa" Terkejut! Demam apa mamat ni.. "Nak balas ke tak nak.. Iza.. Sabar iza.. Jangan balas mesej tue.." Hadoiii.. Pagi-pagi lagi dah berperang dengan perasaan sendiri.. Bila ingat semua yang pernah dia buat, terus jadi sakit hati! Memang mesej dia, saya biarkan sepi.. Cuma balas mesej dari kawan-kawan yang lain..


           Owh ye! Pagi-pagi lagi my mum & my dad call lepas diorang sahur.. Buat loud speaker bagi 1 family dengar.. Semua orang ada dekat rumah kecuali saya.. Sebak pulak cakap dengan diorang bila first puasa tak dapat nak puasa dengan diorang.. Sedihhh.. sob sob~~



Tiada ulasan: