Pernah dengar tak kata orang tua-tua "kalau kita buat dekat orang, 1 hari nanti orang akan buat dekat kita balik" or "kita cakap orang, nanti kita yang kena" dan seumpamanya yang lain lah kan... Nak sebut satu-satu memang payahlah.. Saya sendiri percaya yang hidup ini ada karmanya.. Setiap perbuatan akan ada pembalasan yang setimpal dengannya..
Just letakkan diri sendiri sebagai contoh pun dah cukup kot.. Tak perlu salahkan takdir dan tanya kenapa suatu musibah datang menimpa diri, cuma ingatkan diri dengan dosa-dosa lalu dan jangan ulangi kesilapan dulu.. Pernah satu ketika saya sendiri pernah bertanyakan pada diri "kenapa aku ditimpa suatu musibah yang sangat berat?" itu pun semasa saya dapat tahu tentang sakit saya.. Masa tue memang rasa sedih sangat-sangat... Tapi bila merenung kembali satu persatu lembaran hidup.. Baru sedar banyak rupanya dosa-dosa lalu yang saya lakukan tanpa sedar.. Walaupun ianya mungkin dirasakan kecil.. Tapi makin dikumpul mungkin akan menjadi besar tanpa kita sendiri sedar...
Dosa pada ibu bapa yang paling utama.. Saya tahu saya seorang yang keras kepala lagi-lagi pada awal-awal remaja.. Memberontak, merasa diri sentiasa dipersalahkan, ego yang tinggi mungkin? Cemburu pada kasih sayang yang lebih pada adik-adik mungkin? Dahulu saya seorang yang sangat kuat memberontak, kasar.. Kira paling degil dalam rumah tue saya lah ketuanya.. Banyak membuat hati ibu dan ayah saya terluka tanpa saya fikirkan kesannya pada akan datang.. Tue belum kira lagi part-part tak dengar cakap.. Cakap bohong dan banyak lagi.. Ya Allah.. Begitu banyak dosa saya pada kedua ibu bapa saya... Tetapi saya dah mula berubah since form 3 lagi.. Berubah dari semasa ke semasa, dari tahun ke tahun... Mula untuk menjadi anak yang lebih mendengar kata.. My dad pun perasan yang anaknya ni dah mula dengar kata.. Tipu kalau kata tak pernah salah faham.. Tapi ianya akan berakhir dengan mudah.. Mula lebih memahami dan bertindak lebih matang..
What about adik beradik? Hurm.. Mungkin juga,walaupun saya kakak sulung tapi kadang-kadang mungkin cara saya tegur adik-adik kasar atau sebagainya.. Marah bukan kerana benci tapi more kepada sayang.. Cuma kadang-kadang saya ego dan tak reti nak tunjukkan yang saya sayangkan diorang.. Saya seorang yang garang? Sememangnya, garang untuk kebaikan.. Kadang-kadang saya marah diorang, lepas tue saya yang nangis balik sorang-sorang dekat bilik.. Apakah itu? Huaaa.. Saya pun tak tahu...
Berbalik pada karma, orang pernah kata "bila seseorang itu disakiti dan dia berdoa, maka doa dia akan dimakbulkan" Lagi-lagi doa seorang yang lebih tua dari kita seperti Ibu, Ayah, Abang dan Kakak... Dan ianya sangat terbukti.. Saya sendiri pernah salah faham dengan salah seorang adik saya dan kami bergaduh teruk.. Mungkin masa tue masing-masing tengah marah dengan masalah yang menimpa-nimpa.. Dan yang paling saya tak dapat lupakan ialah adik saya pernah berkata pada saya "Sebabkan kau keluarga kita susah, kau operation bagai dan semua benda jadi tak boleh" Lebih kurang macam tue lah ayatnya masa tue.. Terus tersentap,sebak dan hampir gugur air mata saya masa tue.. Sangat-sangat sedih bila seseorang dari family saya cakap macam tue.. Rasa dada macam nak pecah dan macam dihiris-hiris.. Sedihnya saya sampai tak boleh cakap apa-apa masa tue.. Dah lah baru lepas operation.. Terus masuk bilik dengan linangan air mata.. Masa tue dalam hati terus berkata "Hari ni mungkin aku menyusahkan keluarga aku, tapi mungkin esok lusa mana tahu ko eksiden ke, sakit ke baru kau tahu apa perasaan aku dan kau pulak akan menyusahkan keluarga kita".. Masa tue tengah emo sangat-sangat.. Bila ingat balik memang sedih.. Meleleh air mata bila dikenang kembali..
Dan kata-kata tue walaupun hanya terlintas didalam hati dan ianya menjadi kenyataan... Dan ianya menjadi penyesalan buat seumur hidup saya.. Beberapa bulan yang lepas, adik saya yang telah menyakitkan hati saya telah disahkan mempunyai sakit seperti saya dan cuma berbezanya ianya tak teruk dan langsung tak berbahaya, cuma perlukan pemantauan sahaja.. Ya Allah.. Apa yang saya dah buat?? kata-kata tue cuma terlintas dihati tetapi Allah telah memakbulkannya.. Ya Allah sesungguhnya saya tak berniat untuk mendoakan adik saya untuk jadi seperti ini Ya Allah.. Biarkan saya seorang yang menaggung bebanan kesakitan, dan janganlah engkau timpakan musibah kepadanya.. Biar pun dia pernah menyakiti hati saya tapi tidaklah saya sanggup untuk membuat adik saya menderita.. Ya Allah.. Cukuplah saya seorang menaggung derita kesakitan.. Tidak terdaya hati seorang kakak untuk melihat adiknya sakit Ya Allah..
Semenjak dari saya tahu dia sakit, saya sering dibelenggu rasa bersalah yang amat.. Maafkan akak adik! Akak terlalu ikutkan rasa marah dan ianya terbawa-bawa sehingga menjadi ia realiti.. Akak terlalu ikutkan perasaan masa tue.. Akak terlalu bodoh dan bodoh! Setiap hari penuh dengan linangan air mata menyesali kebodohan diri.. Akak sayang semua adik-adik akak... Sekali lagi.. Maafkan akak......
P/s ; Bukan niat untuk mengaibkan keluarga sendiri tetapi sekadar untuk renungan dan pengajaran bagi orang lain.. Jangan menyesal seperti saya..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





Tiada ulasan:
Catat Ulasan