CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, 30 Mac 2012

Bunuh diri gara-gara ditinggalkan kekasih.. Berbaloi-baloi kah?

Saya masih tak faham dengan segelintir manusia yang suka membuat suatu perkara dengan mengikut perasaan tanpa memikirkan kesan buruk atas sesuatu tindakan.. Manusia diberi akal untuk berfikir tetapi masih ada jugak manusia yang suka bertindak "BODOH"... Mungkin kedengaran agak kasar, tetapi itulah hakikatnya..

Hanya gara-gara ditinggalkan oleh seorang lelaki/wanita manusia sanggup mengambil jalan mudah dengan "membunuh diri" semata-mata untuk meraih simpati si kekasih..Persolannya, adakah ianya berbaloi-baloi? Adakah dengan membunuh diri ianya akan memberi jaminan bahawa si kekasih akan dapat kembali seperti dulu? Adakah kamu akan digelar kekasih yang hebat dan berani? Adakah ianya akan dapat meraih simpati satu dunia? Tidak! Tidak! dan  Tidak bukan??

Sabtu, 10 Mac 2012

Tentang TEMAN tapi MESRA...

Saya ada seorang kawan yang saya sangat suka berkawan dengannya, selesa dengannya dan happy bila ada dengan dia.. Perangai dia yang gila-gila, suka menyakat, kelakar, baik hati dan tak berkira tue membuatkan ramai yang selesa untuk berkawan dengannya, termasuklah saya.. Perkenalan kami bermula dari best friend kami.. Saya teman membe saya date.. Dan dia teman bf membe saya date.. Sama-sama jadi peneman.. Saya memang selalu kena jadi peneman kawan-kawan saya date.. Kadang-kadang saya sendiri pun tak faham kenapa diorang suka saya teman.. Maybe perangai saya yang gila-gila dan mudah bercampur dengan orang kott...



Dan biasanya bila saya dah jadi peneman diorang, mesti ada yang sangkut mintak no.saya.. Adoiii~~ Biasanya saya akan cakap, nak no. saya? Cari sendiri... Then diorang akan dapat jugak no.saya tue.. Mesti bodek member saya sampai dapat.. Tahu-tahu ada no. yang tidak dikenali je call/mesej.. Owh ye.. Berkenaan dengan teman tapi mesra saya ni.. Kitorang selalu lepak-lepak sama-sama dengan membe-membe lain.. Tiap kali jumpa mesti saya yang akan menjadi bahan untuk diorang usik.. Saya pun tak kisah kena bahan,kadang-kadang dok gelak sama tak tahan dengan lawak dia.. Kadang-kadang saya pun dok bahan dia, bila dia wat salah sikit pun.. Sama-sama membahan.. Ada je point dia untuk kenakan saya.. Ktorang memang sangat kerap lepak sama-sama.. Boleh nak dikatakan hampir setiap hari lah.. Kalau saya ada kelas pagi jew saya akan skip lepak dengan diorang.. Tapi kalau kepala tengah tension, ktorang roger-roger untuk jumpa...Hilang streess bila lepak dengan diorang..


Masa mula-mula kenal lagi member saya dah bagi clue yang dia minat kat saya.. Tak payah cakap pun dah tahu.. Tengok cara dia dok layan saya pun saya dah tahu.. Untuk mengelakkan daripada dia ada perasaan dekat saya, saya gunakan "aku kau" je bila bercakap dengan dia.. Wat-wat otai selumber rock.. Cakap pun kasar-kasar kat dia.. Tapi dia perasan dan dia pernah tegur kenapa kasar-kasar dengan dia, dia suruh saya jadi sopan santun sikit... Haha.. Apakah? Yang paling saya geram bila dia sibuk-sibuk panggil nama saya banyak kali lepas tue bila tanya kenapa, dia cakap saje panggil.. Haha.. kadang-kadang bengang, lama-lama tergelak tengok mimik muka dia yang macam tak bersalah tue...



Ada satu hari tue, dia tanya saya yang saya ada bf or tak.. Saya pun cakap jelah takde, dah memang takde pun kan? Then dia tak percaya.. Dia cakap saya tipu.. Bila dia tanya dekat member-member yang lain, lama-lama baru dia percaya.. Dia macam nak masuk line.. Tapi memang pun, kawan saya yang cakap.. Jadi saya dah siap-siap cakap yang saya suka kami bersahabat jew.. Sebab sahabat hubungan yang akan kekal sampai mati.. Dan saya cakap buat masa ni saya tak nak couple dengan sape-sape.. Sebab saya suka berkawan jew..Maybe disebabkan itu perangai dia dah berubah... Dia dah tak reti nak bahan-bahan saya lagi.. Tak reti nak panggil-panggil saya then bila saya menyahut, dia cakap saja panggil.. Dan takde dah nak gelarkan saya si mata bolart.. Takde dah die bawak kete laju-laju macam dulu sebab dia suka dengar saya jerit-jerit nama dia bila dia bawak laju.. Takde lagi mangkok yang suka kacau saya  pagi-pagi pukul 6-7 pagi.. Takde lagi gila-gila dia yang suka buat saya ketawa...



Owh damn! Really-really miss that moment... Rindu gila! Adakah kerana kata-kata saya tempoh hari yang membuatkan dia jadi macam tue.. Sekarang ni kalau keluar ramai-ramai dia more cakap dengan bf kawan saya tue.. Dah tak reti nak bahan-bahan saya.. Saya diam, dia diam.. Owh.. Boleh mati akal aku kalau dia asyik diam jew! Saya dekat sebelah dia pun die boleh wat tak tahu.. Cuma kadang-kadang jew cakap, tue pun tak semeriah dulu.. Dalam kereta kalau saya duduk sebelah dia sebab nak bagi hot couple duduk kat belakang.. Selalunya dia akan tenung muka saya, sampai muka saya merah padam sebab nak usik saya.. Tapi sekarang dah tak macam tue dah.. Sama-sama layan lagu jew.. Yang kat belakang je riuh...


Kadang-kadang rasa macam nak pergi kat dia dan cakap "Kau dah kenapa tak reti nak bahan aku! Tak reti nak kacau-kacau aku dah hah?!" boleh tak nak cakap macam tue? Tapi saya tak reti nak serius or nak marah-marah dengan dia.. Nanti mesti saya yang gelak balik bila tengok muka dia tue.. Hurmmm... Macam mana nie! Saya rindu dia yang dulu... =(





Rindu nak bahan-membahan dengan kamo0!

Rabu, 7 Mac 2012

Who believe about karma? Penyesalan yang tak pernah sudah..

Pernah dengar tak kata orang tua-tua "kalau kita buat dekat orang, 1 hari nanti orang akan buat dekat kita balik" or "kita cakap orang, nanti kita yang kena"  dan seumpamanya yang lain lah kan... Nak sebut satu-satu memang payahlah.. Saya sendiri percaya yang hidup ini ada karmanya.. Setiap perbuatan akan ada pembalasan yang setimpal dengannya..


Just letakkan diri sendiri sebagai contoh pun dah cukup kot..  Tak perlu salahkan takdir dan tanya kenapa suatu musibah datang menimpa diri, cuma ingatkan diri dengan dosa-dosa lalu dan jangan ulangi kesilapan dulu.. Pernah satu ketika saya sendiri pernah bertanyakan pada diri "kenapa aku ditimpa suatu musibah yang sangat berat?" itu pun semasa saya dapat tahu tentang sakit saya.. Masa tue memang rasa sedih sangat-sangat... Tapi bila merenung kembali satu persatu lembaran hidup.. Baru sedar banyak rupanya dosa-dosa lalu yang saya lakukan tanpa sedar.. Walaupun ianya mungkin dirasakan kecil.. Tapi makin dikumpul mungkin akan menjadi besar tanpa kita sendiri sedar...


Dosa pada ibu bapa yang paling utama.. Saya tahu saya seorang yang keras kepala lagi-lagi pada awal-awal remaja.. Memberontak, merasa diri sentiasa dipersalahkan, ego yang tinggi mungkin? Cemburu pada kasih sayang yang lebih pada adik-adik mungkin?  Dahulu saya seorang yang sangat kuat memberontak, kasar.. Kira paling degil dalam rumah tue saya lah ketuanya.. Banyak membuat hati ibu dan ayah saya terluka tanpa saya fikirkan kesannya pada akan datang.. Tue belum kira lagi part-part tak dengar cakap.. Cakap bohong dan banyak lagi.. Ya Allah.. Begitu banyak dosa saya pada kedua ibu bapa saya... Tetapi saya dah mula berubah since form 3 lagi.. Berubah dari semasa ke semasa, dari tahun ke tahun... Mula untuk menjadi anak yang lebih mendengar kata.. My dad pun perasan yang anaknya ni dah mula dengar kata.. Tipu kalau kata tak pernah salah faham.. Tapi ianya akan berakhir dengan mudah.. Mula lebih memahami dan bertindak lebih matang..


What about adik beradik? Hurm.. Mungkin juga,walaupun saya kakak sulung tapi kadang-kadang mungkin cara saya tegur adik-adik kasar atau sebagainya.. Marah bukan kerana benci tapi more kepada sayang.. Cuma kadang-kadang saya ego dan tak reti nak tunjukkan yang saya sayangkan diorang.. Saya seorang yang garang? Sememangnya, garang untuk kebaikan.. Kadang-kadang saya marah diorang, lepas tue saya yang nangis balik sorang-sorang dekat bilik.. Apakah itu? Huaaa.. Saya pun tak tahu...


Berbalik pada karma, orang pernah kata "bila seseorang itu disakiti dan dia berdoa, maka doa dia akan dimakbulkan" Lagi-lagi doa seorang yang lebih tua dari kita seperti Ibu, Ayah, Abang dan Kakak... Dan ianya sangat terbukti.. Saya sendiri pernah salah faham dengan salah seorang adik saya dan kami bergaduh teruk.. Mungkin masa tue masing-masing tengah marah dengan masalah yang menimpa-nimpa.. Dan yang paling saya tak dapat lupakan ialah adik saya pernah berkata pada saya "Sebabkan kau keluarga kita susah, kau operation bagai dan semua benda jadi tak boleh" Lebih kurang macam tue lah ayatnya masa tue.. Terus tersentap,sebak dan hampir gugur air mata saya masa tue.. Sangat-sangat sedih bila seseorang dari family saya cakap macam tue.. Rasa dada macam nak pecah dan macam dihiris-hiris.. Sedihnya saya sampai tak boleh cakap apa-apa masa tue.. Dah lah baru lepas operation.. Terus masuk bilik dengan linangan air mata.. Masa tue dalam hati terus berkata "Hari ni mungkin aku menyusahkan keluarga aku, tapi mungkin esok lusa mana tahu ko eksiden ke, sakit ke baru kau tahu apa perasaan aku dan kau pulak akan menyusahkan keluarga kita".. Masa tue tengah emo sangat-sangat.. Bila ingat balik memang sedih.. Meleleh air mata bila dikenang kembali..


Dan kata-kata tue walaupun hanya terlintas didalam hati dan ianya menjadi kenyataan... Dan ianya menjadi penyesalan buat seumur hidup saya.. Beberapa bulan yang lepas, adik saya yang telah menyakitkan hati saya telah disahkan mempunyai sakit seperti saya dan cuma berbezanya ianya tak teruk dan langsung tak berbahaya, cuma perlukan pemantauan sahaja.. Ya Allah.. Apa yang saya dah buat?? kata-kata tue cuma terlintas dihati tetapi Allah telah memakbulkannya.. Ya Allah sesungguhnya saya tak berniat untuk mendoakan adik saya untuk jadi seperti ini Ya Allah.. Biarkan saya seorang yang menaggung bebanan kesakitan, dan janganlah engkau timpakan musibah kepadanya.. Biar pun dia pernah menyakiti hati saya tapi tidaklah saya sanggup untuk membuat adik saya menderita.. Ya Allah.. Cukuplah saya seorang menaggung derita kesakitan.. Tidak terdaya hati seorang kakak untuk melihat adiknya sakit Ya Allah..


Semenjak dari saya tahu dia sakit, saya sering dibelenggu rasa bersalah yang amat.. Maafkan akak adik! Akak terlalu ikutkan rasa marah dan ianya terbawa-bawa sehingga menjadi ia realiti.. Akak terlalu ikutkan perasaan masa tue.. Akak terlalu bodoh dan bodoh! Setiap hari penuh dengan linangan air mata menyesali kebodohan diri.. Akak sayang semua adik-adik akak... Sekali lagi.. Maafkan akak......


P/s ; Bukan niat untuk mengaibkan keluarga sendiri tetapi sekadar untuk renungan dan pengajaran bagi orang lain.. Jangan menyesal seperti saya..