CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, 1 Februari 2013

Tiada restu?

                  Sangat sadis bila memasing dah saling sayang menyayangi tapi tiada restu dari salah seorang ahli keluarga.. Macam mana tue erk? Arghhh.. Tak faham-faham lagi ke? Tue tandanya tiada jodoh.. Saya pun macam takde jodoh je dengan Mr.Right.. Entah la, kak long dia macam tak sukakan saya je.. Kak ngah dia dan lain-lain semua ok.. Satu kepala.. Tapi kak long die? Macam nak tak nak cakap dengan saya, cakap bila perlu je.. Nak bertegur pun susah.. Ke saya yang tak reti nak amik hati kakak dia?

                  Dari hari pertama lagi kitorang berkenalan pun dah nampak sangat yang kak long die tue macam tak suka je dengan saya.. Entah la, ke kak long die still berharap dengan ex-tunang Mr.Right? Maybe saya tak secantik dan tak sebaik ex-tunang adik die kot.. Argghh.. Saya langsung tak pernah tengok pun gambar ex-tunang die dulu.. Dengar cerita je.. Dan tak pernah tanya pun kat mak dia pasal hal ex-tunang Mr.Right..

                  Andai kata tiada restu dari kak long dia, saya dengan rela hati megundur diri, yelah buat apa bersama tapi takde restu.. Nanti diorang bergaduh, family pecah belah.. Punca? Saya dipersalahkan.. Tak kuasa okey nak musnahkan keluarga orang.. Memang la kak long die tak pernah cakap pun tak suka saya, tapi kengkadang kita boleh lihat dari air muka dia kan? Daripada terus bersama, dan andai kata ditakdirkan berkahwin.. Taknak la duduk satu rumah, tapi muka macam ayam berak kapurrr.. Tak kuasa melayan ok!


                  Sekarang tengah cari point nak gaduh.. Malas la nak bercinta tapi ada orang tak suka.. Buat apa bahagia dalam derita kan? Baik derita sekarang dan bahagia kemudian.. Ala, mungkin jodoh saya dengan orang lain? Tak kisah pun kalau sekarang clash.. Bukannye 100% hati ni ada dekat dia punn.. So, hadapi dengan senyumannn.. =)




Cinta tak semanis gula! =)

Rabu, 23 Januari 2013

Setia Hujung Nyawa

                     

                     Sekarang sangat-sangat fanatik dengan cerita setia hujung nyawa okeyh.. Sanggup download semua cerita tue.. Sweet sangat-sangat bila tengok diorang bercinta selepas kawin.. Cerita nie tak pernah tengok/minat pun sebab dah pernah baca novel die.. Tapi semenjak pergi teratak Mr.Right hari tue, family dia semua excited tengok sampaikan saya sekali terjoin.. Lama-lama jatuh cinta pulak dengan cerita tue, walaupun dah tahu jalan cerita dia macam mana.. Saya sanggup download episod 1-18.. Tengok sampai tengah-tengah malam.. Gelak sorang-sorang.. Nangis pun sorang-sorang.


                     Setia hujung nyawa, bestnya kalau ada insan yang macam tue kan? Tapi sepanjang yang saya pernah couple, paling lama pernah bertahan pun 2 tahun je, tue  pun dengan Mr.F.. Dia pun dah bahagia sekarang. Saya masih dengan diri saya, berfikir tentang masa depan yang saya sendiri akan corakkan.. Sekarang masih cuba membahagiakan diri sendiri.. Enjoy dengan kawan-kawan tak pernah habis.. Err.. Saya pun tak tahu macam mana keadaan saya suatu hari nanti kalau dah kawin, boleh ke kalau takde kawan? Boleh ke kuar enjoy-enjoy macam dulu? Lepak sampai 2-3 pagi? Blergghhh.. Memang tak la cik senahhh..



               



Sabtu, 5 Januari 2013

Mengelak tapi tetap jadi!


              Tajuk agak serius je kan? Sebenarnya saya dah cuba mengelak sedaya upaya ntuk jejak teratak Mr. Right tapi tetap jugak tak menjadi semua alasan yang saya telah cipta..Akhirnya saya jejak jugak pada hari semua orang tengah sambut new year..  Malam new year dia dah sibuk call ajak balik kampung dia teman pergi amik kereta kat sana. Janji esok pagi terus hantar saya balik.. Saya pulak boleh lupa dengan plan yang saya dah rancang hari tue.. OMG! Terkantoi jugak.. Nak tak nak terpaksa juga ikut tapi saya mintak pergi awal-awal pagi new year  tue.. Tak nak balik tengah – tengah malam.. Takutttt..

              Esok paginya tue terus bersiap dan kami berjumpa di KL central, dia suruh bwak baju lebih.. Mungkin tidur sana sehari coz takut mak dia tahan kitorang je.. Bertolak naik ktm sampai seremban dan seremban ke bahau naik bas.. Bahau ke palong mak and abah dia amik.. Sampai-sampai je dah petang.. Sangat penat dan kekok dengan family die.. Semuanya ada, kecuali abang dan kakak ipar dia je.. Seronok jugak bila dapat balik kampung macam ni, dapat tengok sawah padi.. Tenang sangattt… Saya banyak berdiam kat sana, mungkin sebab kekok dan kak long dia yang tak friendly sangat berbanding dengan kak ngah dia yang sempoi dan ramah tue.. Suka tengok kak ngah dia, sporting gila dan baik..

              Mak ayah dia semua sporting, best la.. Takdelah segan sangat. Mak dia usik suruh masak, tapi saya surrender cakap tak pandai masak.. Sebenarnya bukan tak pandai masak pun tapi more kepada takot tak sedap + tak kena dengan selera diorang.. Yelah lain orang lain citarasa.. Jadi saya hanya menjadi pembantu je, biar adik dia yang masak.. Hahaha.. Atlease saya tunjukkan diri saya yang sebenar betul tak?

             Malam tue tidur kat bilik yang dia selalu tidur, kesian dia kena halau keluar semenjak saya datang situ.. Dia kena tidur kat ruang tamu, sedangkan saya sedap tidur kat bilik dia ditemani oleh adik dia.. Ok kat ruamh orang memang kita tak boleh nak buat macam rumah sendiri okeyh? Bagun awal kot, kul 7.30 pagi dah siap-siap mandi.. Dalam pukul 8macam tue terus kacau – kacau dia yang nyenyak tidur kat ruang tamu dengan adik dia yang muda setahun dari saya tue.. Hahaha.. Kelakar tengok muka dia yang bengang kena kacau awal-awal pagi.. Tapi die tak marah pun..Saya suka kacau-kacau dia sampai die bengang.. Gelikan kaki dia.. Sampai dia kejar saya sampai dapat.. Mak dia Cuma tergelak tengok anak dia kena kacau dengan saya + menyokong apa yang saya buat.. 

             Kat sana pukul 11 lagi dah mengantuk dah, tak tahu kenapa.. Si dia lagi lah awal tidur, kul 10 dah tidur kat bilik dia.. Sampai saya dah nak tidur baru mak dia kejut dia kat bilik halau dia keluar supaya saya boleh masuk..  Mak dia sangat memahami.. Terharu sangat.. Esok masa nak balik terus salam mak ayah, kak long & adik die.. Masa cium tangan mak dia, mak dia terus tarik saya peluk dan  laga pipi dengan saya, siap pesan lagi supaya tak serik datang ke teratak diorang..Arggghhh… Rindunya kat diorang.. =(