Tajuk agak serius je kan? Sebenarnya saya dah cuba mengelak
sedaya upaya ntuk jejak teratak Mr. Right tapi tetap jugak tak menjadi semua alasan
yang saya telah cipta..Akhirnya saya jejak jugak pada hari semua orang tengah
sambut new year.. Malam new year dia dah
sibuk call ajak balik kampung dia teman pergi amik kereta kat sana. Janji esok
pagi terus hantar saya balik.. Saya pulak boleh lupa dengan plan yang saya dah
rancang hari tue.. OMG! Terkantoi jugak.. Nak tak nak terpaksa juga ikut tapi
saya mintak pergi awal-awal pagi new year tue.. Tak nak balik tengah – tengah malam..
Takutttt..
Esok paginya tue terus bersiap dan kami berjumpa di KL
central, dia suruh bwak baju lebih.. Mungkin tidur sana sehari coz takut mak
dia tahan kitorang je.. Bertolak naik ktm sampai seremban dan seremban ke bahau
naik bas.. Bahau ke palong mak and abah dia amik.. Sampai-sampai je dah
petang.. Sangat penat dan kekok dengan family die.. Semuanya ada, kecuali abang
dan kakak ipar dia je.. Seronok jugak bila dapat balik kampung macam ni, dapat
tengok sawah padi.. Tenang sangattt… Saya banyak berdiam kat sana, mungkin
sebab kekok dan kak long dia yang tak friendly sangat berbanding dengan kak
ngah dia yang sempoi dan ramah tue.. Suka tengok kak ngah dia, sporting gila
dan baik..
Mak ayah dia semua sporting, best la.. Takdelah segan
sangat. Mak dia usik suruh masak, tapi saya surrender cakap tak pandai masak..
Sebenarnya bukan tak pandai masak pun tapi more kepada takot tak sedap + tak
kena dengan selera diorang.. Yelah lain orang lain citarasa.. Jadi saya hanya
menjadi pembantu je, biar adik dia yang masak.. Hahaha.. Atlease saya tunjukkan
diri saya yang sebenar betul tak?
Malam tue tidur kat bilik yang dia selalu tidur, kesian dia
kena halau keluar semenjak saya datang situ.. Dia kena tidur kat ruang tamu,
sedangkan saya sedap tidur kat bilik dia ditemani oleh adik dia.. Ok kat ruamh
orang memang kita tak boleh nak buat macam rumah sendiri okeyh? Bagun awal kot,
kul 7.30 pagi dah siap-siap mandi.. Dalam pukul 8macam tue terus kacau – kacau dia
yang nyenyak tidur kat ruang tamu dengan adik dia yang muda setahun dari saya
tue.. Hahaha.. Kelakar tengok muka dia yang bengang kena kacau awal-awal pagi..
Tapi die tak marah pun..Saya suka kacau-kacau dia sampai die bengang.. Gelikan
kaki dia.. Sampai dia kejar saya sampai dapat.. Mak dia Cuma tergelak tengok
anak dia kena kacau dengan saya + menyokong apa yang saya buat..
Kat sana pukul 11 lagi dah mengantuk dah, tak tahu kenapa..
Si dia lagi lah awal tidur, kul 10 dah tidur kat bilik dia.. Sampai saya dah
nak tidur baru mak dia kejut dia kat bilik halau dia keluar supaya saya boleh
masuk.. Mak dia sangat memahami..
Terharu sangat.. Esok masa nak balik terus salam mak ayah, kak long & adik
die.. Masa cium tangan mak dia, mak dia terus tarik saya peluk dan laga pipi dengan saya, siap pesan lagi supaya
tak serik datang ke teratak diorang..Arggghhh… Rindunya kat diorang.. =(




Tiada ulasan:
Catat Ulasan