CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Sabtu, 29 Disember 2012

Mood : Stress teruk!


Mood minggu lepas sangat-sangat la teruk dek kerana sakit hati tak dapat join percutian yang diidam-idamkan.. Baru merancang nak pergi satu family bercuti ke Langkawi bulan lepas, then dah decide nak pergi time cuti sabtu ahad and meleret sampai ke cuti krismas/new year kat sana.. Tapi tup-tup seminggu lepas tue family bagitahu yang dorang nak balik ke kampung Perak cuti kat sana coz nak habiskan cuti-cuti my dad yang sangat banyak tu.. Bulan ni My dad sangat lah banyak cuti sampai boleh bercuti dengan senang hati!  ^,^”

Sesampainya diorang di perak, tiba-tiba  keesokkan hari nya diorang dah sampai di Langkawi.. Aikk? Bukan kita semua dah plan nak pergi 2 minggu lagi ker? Aiyaaakkk!! Diorang dah sampai langkawi baru diorang berani call saya bagitahu.. Apa lagi, dah berasap telinga dengar diorang dah sampai langkawi, walhal dah janji nak pergi sesama.. Sangat-sangat sedeyh masa tue.. Dah la saya dalam lab masa tue.. Sakit hati sangat-sangat.. Dek kerana merajuk yang amat-amat saya request nak coklat ferorro rocher yang paling besar ok! Yang paling besar!

Sebenarnya bukan lah peminat coklat yang tegar pun.. Tapi dek kerana sakit hati tak dapat ikot pergi langkawi tue yang jadi mengada-ngada + nak simpati.. Entah la, tapi jujur sangat terkilan dah plan nak pergi sama-sama tapi diorang je yang dapat pergi.. Masa tue nak nangis pun ada jugak! Wuuuu~~ Maybe my dad pun rasa kesian + menyesal  tinggalkan puteri dia nie, terus janji nak belikan coklat yang saya mintak + dapat topap RM10 + Duit shopping + janji next year pergi ramai-ramai.. Bila topap dah masuk + duit pun dah ada terus rasa merajuk tue dah berkurang sedikit demi sedikit..

Tapi semua tue tak berakhir kat situ je, saya jadi sakit hati balik bila tiap kali call, family saya dah bertukar destinasi.. Kejap call cakap ada kat langkawi, esok-esoknya call lagi, kata ada dekat sungai petani, call lagi esok nya ada dekat perlis, call lagi cakap ada kat Thailand.. Arggghhh! Kenapa lah time diorang pergi bercuti tue saya tak cuti sem! Sakit hati + sakit gigi pulak tetiba.. Gigi bongsu tak habis tumbuh lagi.. Eh-eh lambatnya dia tumbuh.. Dah nak 22 tahun baru nak keluar.. Sakit gila! Sampai pergi farmasi beli ubat kena charge sepapan RM19.. Mak oiii.. Bapak mahal ubat kau! Takpe! Sanggup asal berkesan.. Memang tahan sakit yang sangat-sangat berkesan, tak menyesal beli walaupun mahal..  Sepapan habis untuk 3 hari jee.. Nasib my dad dah masukkan duit lebeyh untuk puterinya ini.. Dapat beli ubat + shopping.. Duit shopping hari tue pun still ada balance lagi.. Esok-esok cari baju lagi.. Weee~~

Bersawang-sawang?


Dah lama tak update blog nie.. Rindu sangat.. Mood nak berblog ni ada je tapi dek kerana line wifi kat hostel ni tak ok jadi niat nak berblog terbiar macam tue jee.. Banyak benda nak dicoretkan tapi line wifi macam hape! Ermm.. Nak berblog kat dalam fon, saya rasa baik tak payah coz tulisan kecik-kecik plus malas nak menaip kalau touch screen.. Tersentuh lain sikit, habis lesap entry saya.. Sob sob~~

Khamis, 6 Disember 2012

Sama-sama mendoakan..


        Saya tak tahu nak menggambarkan bagaimana hati begitu terusik dengan setiap patah mesej yang saya terima tadi.. Adakah saya gembira? Adakah saya bersedih? 1001 rasa yang ada dalam hati ini.. Dari dulu saya memang tahu yang Mr.F akan baca setiap apa yang saya coretkan dekat sini.. Dan saya tidak pernah untuk menyesali setiap patah perkataan yang pernah singgah di sini.. Biarkan dia tahu, biarkan semua tahu dan mengerti segala-galanya.. Tiada apa yang perlu dirahsiakan..

Mr.F :Zety, abg tumpang happy n bahagia bile dpt tau zety dh jumpa Mr.Right. Dan paling penting      dah jumpa family die. Abg doakan kebahagiaan zety. Assalam.

       Saya cuma mahukan kehidupan seperti insan lain.. Disayangi, dicintai dan dikasihi.. Bukan mudah untuk melupakan kenangaan lama dan memulakan yang baru.. Makan masa bertahun-tahun.. Mungkin peluang yang banyak diberi telah dipersiakan menyebabkan saya berputus asa.. Nekad untuk merubah segalanya dan melupakan segala yang kepahitan dan kepedihan.. Mungkin kenangan pahit yang lalu membuatkan saya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu..

       Walaupun rasa cinta saya pada Mr.Right masih belum 100%.. Tapi saya tetap bagi peluang pada hati sendiri untuk mencari kebahagiaan seperti insan lain... Mr.F pun kini bahagia.. Kami sentiasa berdoa untuk kebahagiaan bersama.. Aminnn.. =)