CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Rabu, 14 November 2012

Malas nak amik porttt~~

          Saya memang malas sikit nak amik port masalah-masalah yang saya rasa menggangu otak saya dan untuk hal-hal yang saya rasa tak penting langsung.. Tak suka nak amik tahu tentang sape suka sape, sape tak suka sape.. Sape benci sape, sape tak benci sape.. Bagi saya semua sama.. Masing-masing berhak untuk menentukan hidup masing-masing.. Boleh menyayangi dan membenci sesiapa pun sesuka hati.. Tanpa ada halangan dari sesiapa pun..


          Susah sebenarnya nak puaskan hati semua orang.. Kang melebih dengan orang sana, orang sini terasa. Kang terlebih dengan orang sini, orang sana terasa.. Kalaulah badan kita ni boleh dipecah-pecahkan.. Mungkin senang kot? Tangan kat orang A, kaki kat orang B, mata kat orang C dan seterusnya bla bla bla~~ Tapi mustahil bukan? Allah dah ciptakan yang sempurna buat kita dengan setiap fungsi kebaikan yang diberikan..

         
          Semuanya sama, jadi tak perlulah kita saling terasa, merasa atau tersentap.. Orang sana tak ajak buat tu, sentap! Orang ni tak ajak pergi situ, sentap! Orang sinun tak ajak pergi makan, sentap! Si polan tu tak ajak pergi shopping, sentap! Si polan ni tak ajak pergi jalan-jalan,sentap! Si polan sinun tak ajak pergi bercuti, sentap! dan bla bla bla.. Sewaktu dengannya la.. Argghh.. Berapa banyak orang dan si polan daaaa??? Hik hikk...


         Saya rasa tak perlulah saling sentap menyentap sangat sebab masing-masing pun kadang-kadang jadi lupa diri.. Cakap ikut sedap mulut, cakap tak toleh kiri kanan, laser tak tentu pasal, kata tak kena tempat, gurau tak kira kasar dan sewaktu dengannya.. Kan senang kalau kita semua open minded sikit.. Benda-benda kecil tak perlu nak sentap-sentap.. Alah, mungkin kau pun pernah wat orang lain sentap, tapi mungkin orang lain buat bodoh je sebab dah biasa.. Dan mungkin bagi kau, kau gurau kasar dengan orang lain takpe, tapi kalau orang lain gurau kasar dengan kau sensitif sikit..



        Ok kita masing-masing boleh meluahkan perasaan kita pada sesiapa pun kita nak, tak cakap tu nak cakap ni, tak suka tu, tak suka ni.. Cuma kita perlu jaga aib orang.. Tu yang penting.. Jangan pasal hal dalam kain orang pun kita dok cerita kat satu taman.. Tak pasal-pasal tuan badan tue pergi parang kau pulak kang!




P/s : Coretan ini tiada kena mengena dengan sesiapa.. Saya ulangi.. Tiada kena mengena atau tembak-menembak sesiapa.. Siapa dok kaitkan saya dengan sesiapa, saya tembak die balik! =P


Khamis, 8 November 2012

Dugaan dugaan yang mendatang~~


          Macam - macam dugaan pula bila dah nak habis belajar ni.. Ada je dugaan dan halangan yang melanda dah membuatkan saya sedikit streeessss.. Kadang - kadang terfikir kenapa hidup saya tak semudah orang lain? kenapa tak seindah seperti orang lain? Seindah kisah dongeng mungkin? Dulu masalah kesihatan selalu menganggu.. Sekarang makin berkurang, cuma kadang-kadang je sakit tu datang.. Sekarang masalah lain pulakkk..

           Bila dah masuk kolej swasta ni kalau tak duit yang banyak mengalir bukan swasta la kot.. Argghhh.. Menyesal pulak tak amik politeknik kat penang dulu.. Tapi masa tu, fikir jauh sangatt,, Tak sanggup nak berjauhan dengan family.. Wuuuu... Cerita pasal kolej yang asyik telan duit ni, membuatkan saya teringat macam mana saya boleh bergaduh dengan kakak kat account department tempat saya belajar ni..


           Semua ni jadi disebabkan saya keracunan makanan masa final paper Diagnostik Hematologi II.. Malam tu dah terasa dah sakit perut, so sapu minyak angin jelah macam biasa.. Tup tup kul 3 pagi asyik terjaga berlari ke toilet coz muntah - muntah dan cirit birit. Ingatkan sekejap je, jadi tahan jelah.. Lagi pun paper yang saya amik tu start kul 2.30 petang.. Tengok-tengok semua tue belum berakhir walaupun dah pukul 2.30 petang time exam start.. Memang langsung tak larat sebenarnya, muka pucat habis, tak larat nak bangun, belakang habis sakit coz muntah-muntah tak berhenti.. Kesan operation tue terasa mencucuk-cucuk jee..


           Nekad call my dad cerita sambil air mata laju mengalir, my dad suruh call lect. yang mengajar subjek tue.. Terus call dan dia suruh pergi klinik dan amik M.C.. My dad otw datang, sementara tue dia suruh terus pergi klinik, nasib duit dalam bank tak usik lagi masa tu.. Kakak bilik teman dan terus naik teksi sambil pegang perut tahan sakit.. Dalam hati mintak-mintak jangan termuntah dekat dalam teksi, nasib baik kelinik dekat.. Sampai je orang pun tak ramai, so terus daftar dan jumpa Dr.. Dr. bagi M.C dan ubat.. Balik tue terus pergi exam department hantar M.C dan tanya untuk repeat paper final subjek tu kena bayar ke tak.. Dia cakap tak payah, free jee.. Dalam hati melonjak la woiiii seronok tak terkata.. Terus call my dad cakap free je.. My dad amik petang tue jugak bawak balik rumah..


           Sekali bila masuk sem baru, tup - tup kena bayar RM960 untuk subjek tu.. Eh eh.. Bukan hari tue kata free ke? Terus tanya accaunt department tanya kenapa kena bayar, dorang cakap Exam department yang charge semua tue.. Masa tue angin satu badan.. Terus pergi dekat Exam department tanya kenapa kena bayar? Hari tue kata free? Akak yang jaga counter tue tak tahu nak cakap apa.. Terus panggil ketua dekat situ.. Ok! Tak kisah lah kau ketua ke apa ke.. Selagi saya tak dapatkan penjelasannya,memang saya takkan berdiam.. Dua orang adik bilik ikut teman.. Saya dah mengamuk dah marah-marah ketua tue.. Dia cuma boleh cakap "maaf mungkin staf saya salah cakap"  Kalau aku dah maki kau memang kau malu la jawabnya.. "Kalau maaf kau boleh bayar semua duit yang aku terpaksa bayar tue memang aku maafkan dah"


         Agaknya dah takut tengok saya mengamuk kat situ, terus dia pangil kawan lelaki dia tolong.. Kawan dia pun keluar.. (Kau jantan ke,betina ke kalau aku nak maki kau aku maki jugak) Dan mamat tue pun keluar, saya mengamuk pulak dekat mamat tu.. (hah! ko nak gantikan sangat tempat perempuan tue kan)  Lepas dah kena maki dan amukkan saya tue, dengan mamat tue, kakak tue dua-dua terdiam.. Lama-lama rasa macam dah buang masa kat situ, saya keluar.. Sambil tue sempat lagi cakap "kau bagi la makan family kau duit haram tue" Saya ada M.C kot, bukan saja-saja tak nak datang.. Kenapa suka amik kesempatan time orang sakit? Tak faham betul!


           Nak mengadu dekat my dad, tapi nanti dia ingat saya menipu coz hari tue cakap free jer semuanya.. Kalau bagi tahu yang sebenarnya pulak kang my dad pulak mengamukk kat kolej, lagi panjang ceritanya.. Takut nanti my dad geram kat diorang dan suruh saya berhenti pulak! Owh takkk.. Dah nak habis belajar kot.. Dah nak habis belajar dah pun.. Fikir punya fikir.. Lama-lama terpaksa bayar sendiri.. Potong duit belanja sendiri.. No shopping! Wuuuu~~



Sampai sekarang saya dendam dengan kakak & abg kat exam department tue!



Isnin, 8 Oktober 2012

AMALAN BERSEDEKAH


         Saya kasihan melihat anak-anak kecil, pak cik/makcik yang meminta sedekah di tepi-tepi jalan.. Betapa kasihannya mereka kerana terpaksa meminta sedekah demi sesuap nasi.. Kadang kala terfikir, kemanakah ibu bapanya? Kemanakah anak-anaknya? Sayu bila melihat mereka berkeadaan begitu.. Tak salah pun meminta sedekah daripada mencuri..

         Pernah satu hari tu saya keluar makan dengan kawan-kawan kolej tiba-tiba didatangi oleh seorang budak lelaki berumur mungkin dalam 8-9tahun menjual kismis dan lalu dimeja saya sambil berkata “kak,mintak tolong beli kak mak saya sakit kat rumah” Ya allah,tiba-tiba hati saya tersentap dan sebak bila perkataan “mak sakit” disebut.. Apa perasaan kita kalau mak kita yang sakit? Cuba bayangkan budak kecik keje jual kismis semata-mata untuk sara diri sendiri? Bukan mintak sedekah.. Tapi menjual.. Terus bergenang air mata dan saya hulurkan sedikit wang.. Saya cakap dekat budak tue tak payah bagi kismis tue coz saya nak tolong dia ikhlas dan mungkin die boleh jual kismis tue balik.. Tapi dia cakap “kak,tolong la amik saya jual” saya lihat mukanya yang sangat kasihan dan mungkin juga kepenatan.. Dia terus letak kat meja saya lalu pergi..

          Masa tue saya jadi termenung seketika, betapa bertuahnya saya kerana memiliki segala-galanya.. Punya ibu ayah,punya adik beradik.. Punya kasih sayang yang kuat, rumah yang selesa untuk diduduki.. Dan makanan dan wang yang sentiasa ada.. Tapi.. Dia?? Adakah sebertuah saya? Adakah sebertuah awak? Walaupun rumah saya tak sebesar mana, harta saya tak sebanyak mana.. Saya tak pernah bermegah dengan semua itu..  

     Orang kata “mana tak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi” saya jadikan my dad n mum  sebagai contoh untuk diri saya.. Masih segar lagi diingatan walaupun saya masih kecil masa tu, jiran rumah lama saya ada 4 orang anak, sorang OKU, dan 3 org lagi sempurna tapi mereka bersekolah..  Suami dia pulak gila.. si isteri je yang keje tapi menjahit kat rumah.. Kesian sangat, nak beli beras pun tak mampu.. Apatah barangan keperluan lain.. Tiba-tiba satu hari si isteri datang ke rumah saya, kesempitan wang untuk membeli gas.. My mum lah yang tolong hulurkan duit.. My dad pula sebagai pengerusi dekat situ masa tue, buat tabung untuk didermakan kepada ahli keluarga tersebut.. Bila my dad balik dari keje dan nampak mereka, my dad pasti hulurkan sedikit wang kepada mereka.. Hurm,tue semua masa duduk shah alam dulu.. Sekarang ktorang pindah, tak tahulah apa nasib mereka..

       Bila pindah rawang pula, pernah suatu hari tue.. Saya dan ayah pergi ke kedai naik motor berdua nak beli barang dapur, tiba-tiba ada seorang pak cik naik motor  berbangsa india tahan kitorang.. My dad pun berhenti, ingatkan apa lah kan.. Rupa-rupanya pak cik tue nak pinjam duit nak beli beras untuk anak-anak.. My dad pun macam percaya tak percaya lah dengan pak cik tue.. Lepas berfikir, ktorang amik keputusan bawak dia pergi ke kedai..  Sampai je kedai, my dad capai beras sekampit.. Saya pulak kena pergi cari susu tin, tepung, gula, ikan beberapa ekor, dan sedikit sayur.. Terus pergi kaunter dan bayar.. Tauke kedai tue pun pelik tengok my dad belikan barang-barang dapur untuk pakcik india tue.. Selesai sesi pembayaran, my dad bagi semua barang-barang tue kat dia.. Saya lihat pak cik tue menangis sambil ucap terima kasih.. Saya pulak jadi ikut sebak masa tue.. Dia mintak no.fon my dad coz nak bayar balik duit yang my dad beli barang tue..

       Balik tu, saya tersenyum-senyum sampai rumah.. Terus cerita dekat my mum.. Pengajaran yang saya belajar hari tue, kita perlulah saling tolong menolong sesama manusia tanpa mengira agama dan bangsa.. Mungkin lain kali kita dalam kesusahan, bangsa lain yang tolong.. Tak mustahil bukan?

       Tujuan saya menaip entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk dengan kebaikan yang saya ataupun family saya buat.. Cuma sekadar renungan dan teladan bersama. Amalan bersedekah itu juga saya amalkan.. Mungkin sekarang kita senang dan mereka susah, tapi tak mustahil nanti kita susah dan mereka senang pulak masa tue.. Mungkin masa tue dia pulak yang tolong kita. Rezeki masing-masing pun ALLAH yang bagi.. Tak salah kalau saling berkongsi.. =)