Seronok rasanya balik ke kampung Melaka jumaat yang lepas.. Dah lama tak berkumpul ramai –
ramai macam ni. Sama-sama bertungkus lumus menjayakan majlis kahwin my cousin.
Sampai –sampai terus memasing menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Saya? Tak
terlepas jugak melakukan kerja. Kerja menginaikan pengantin, gubah hantaran,
siapkan cup cake dan goodies bag, mengandam dan jadi pengapit.. Penatttt….
Penat
memang la penat, tapi kena jugak tolong my cousin, sama-sama membantu.
Cousin-cousin lain pun tak lupa jugak tolong apa yang patut. Oh yee.. Seperti
yang dijanjikan saya telah berjaya makeupkan my cousin masa dia nikah.. Sangat
terharu bila diberi kepercayaan untuk melakukan sesuatu. Akad nikah pukul 9, jadi pukul 6.30 pagi
memasing dah bangun untuk bersiap. Lagi – lagi saya dan pengantin, saya kena
makeup dan siapkan my cousin sebelum pukul 9.. Cabaran betul nak bangun awal
pagi bila tidur pun pukul 4 pagi.. Mata ting tonk jeee…
Siap je
makeup semua, terus bergegas ke masjid sebab tok kadi dah sampai.. Syahdu bila
tengok upacara penikahan berlangsung, indah rasanya. Satu saat nanti mungkin
giliran saya pulak? Owh, ok.. Kena cepat-cepat cari calon ni.. Hehehe… Saudara-saudara dah sibuk usik-usik kali ni..
“Asyik jadi pengapit jee, awk tue bila pulak nak diapit” Perggghhh.. Soalan..
Asyik terkena je kebelakangan ni. “Maap saya tunggu putera kayangan turun”..
Boleh tak jawab macam tue?
Ok, tak
nak citer panjang lebar sangat sebab ini bukan majlis saya.. Kalau majlis
sendiri dah lama syok story,one day maybe?
Takpe berangan, bukan kena bayar pun kan? Umur pun baru 21.. Muda lagi
untuk fikir pasal kahwin, berangan boleh lerrr… Owh ye, member satu sek. dan
sebaya saya telah melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang sama dengan tarikh
cousin saya, jadi tak dapat la nak datang.. Maaf ye!
![]() | |
| Masa sanding ni org lain g makeup.. sy jd pengapit jee.. |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan