CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Khamis, 14 Jun 2012

0ne year..


Semalam genap setahun  pembedahan scoliosis saya.. Cepat betul masa berlalu bukan?  Walau secepat mana pun berlalu ianya tak mungkin akan dapat melenyapkan kenangan yang ada.. Patut la semalam laju je kaki ni gerak nak pergi hospital sg.buloh. Kalau hari ni saya dah genap setahun pembedahan, kini member sendiri pulak operation. Terlalu banyak kenangan pahit manis dilalui. Jika tak Allah takdirkan semua ni terjadi kepada saya, mungkin saya tak tahu untuk menghargai hari-hari yang ada sekarang.

Kini baru saya tahu apa itu indahnya dunia dan mula menghargai kehidupan. Tapi ini semua juga berkat doa my mum and my dad.. Tanpa mereka saya tak sekuat ini dan setabah ini. Kalau dulu hidup dengan genangan air mata, menangisi nasib diri. Tapi kini saya kuat! Kuat untuk menghadapi segala dugaan - dugaan yang mendatang. Pernah satu ketika saya sendiri mendengar doa my dad and my mum berserta dengan linangan air mata mereka berharap Allah permudahkan segala urusan pembedahan saya.. Ya Allah, besarnya keberkatan doa seorang ayah dan ibu..

Saya tak mahukan apa-apa kekayaan tapi mengharapkan kebahagiaan kami kekal abadi dan  saya mengharapkan doa my mum and my dad sentiasa mengiringi langkah-langkah hidup saya. Saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan semua urusan saya agar kelak saya dapat membalas jasa dan semua pengorbanan mereka  walaupun saya sendiri tahu yang mana mungkin saya dapat membalas segala-galanya..

Sahabat..


                 Semalam saya dan member-member  syafiq, kak ida, mira dan kin terus ke hospital sungai buloh bila mengetahui acap masuk hospital.. Kami gerak kul 4.30 ptg dan stay sana sampai masa melawat tamat. Sangat sedih bila melihat orang yang dulunya periang kini terlantar sakit di katil. Macam tak percaya je.. Sampai-sampai je memang dah nak menitis air mata, tapi terus memasing cover, tak nak ibu acap nampak dan sedih. 

                Saya dan syafiq berborak dengan ibu acap untuk berbincang mengenai hal kesihatan dan hal kolej. Saya nampak genangan air mata seorang ibu masa tue, walaupun dia kelihatan tabah dan cuba untuk ketawa. Yang sedihnya, masa kami sampai acap tengah tidur dan masih mamai-mamai dengan dos morfin yang Dr. bagi. Saya faham, sebab saya pun pernah berkeadaan sebegitu dan ianya lebih teruk lagi. Kasihan dia, cuba untuk berbicara tapi tiada tenaga. Pembedahan usus yang dibuat menyebabkan dia tidak dibenarkan untuk menjamah apa-apa makanan langsung. Cuma air masak je.

 Ya Allah! Sedih betul bila ibu acap cakap yang acap asyik tanya je “Ibu,bila adik boleh makan ni?” Saat tue air mata saya memang dah bergenang dah, bayangkan berminggu-minggu tanpa makanan? Sampai susut habis badan dia, muka dia pun pucat.. Syafiq pun cakap ada beberapa hari lepas acap ada call cakap nak makan “burger king”..  Sedih sangat.. Kami ingat nak bawak buah tangan tapi memandangkan acap memang tak boleh jamah apa-apa jadi kami pergi dengan tangan kosong.. Kami risau jika kami bawa makanan, acap jadi teringin nak makan..

Baru kini saya faham air mata seorang kawan dan air mata seorang ibu.. Dulu semasa saya dimasukkan ke dalam wad, bila kawan datang melawat saya nampak air matanya jatuh.. Masa tu saya pelik kenapa dia menitiskan air mata. Begitu juga keadaan bila saya lihat acap, serta merta air mata mahu gugur. Kini baru saya faham semua itu. Bila seseorang yang kita sayang seperti family, kawan-kawan rapat sakit, secara tak langsung air mata jadi mudah untuk jatuh..

Acap! Tolong la cepat sembuh kami rindukan gelak ketawa acap.. Itu je yang mampu saya bisikkan saat nak balik. Rasa baru je lagi sebelum cuti sem hari tue kitorang keluar bertiga iaitu acap,saya dan syafiq tengok wayang sampai lambat nak pergi kelas. Rasanya baru lagi kami lepak-lepak one utama, pergi makan-makan sama. Tak sangka pulak acap boleh jatuh sakit sampai macam ni..

* Ya Allah, kau selamatkan lah kawan ku seperti mana kau pernah selamatkan diriku dulu. Aminn!!! *

Isnin, 4 Jun 2012

TEKAD!

             Mungkin tak mahu diri dibelenggu  oleh mimpi-mimpi lalu menjadikan saya setekad ini.. Saya tekad untuk menyingkirkan bayang-bayang orang yang pernah saya sayang satu ketika dulu.  Berjanji dengan diri untuk menghapus semua bayang-bayangnya yang masih ada. Semua kawan bilik terkejut dengan diri saya yang setekad ini.. Bayang-bayangnya harus dihapuskan sama sekali..

                Firstly, kita mulakan dengan misi membuang semua gambar-gambarnya di baby red saya, delete semuanya yang ada. Kmudian cari pulak dekat handset, ok dah lama delete. Facebook? Dah lama remove. Oh yee, siang tadi saya terus block terus agar jejak saya tiada lagi. Dan terus menghilangkan jejaknya sekali. Puas? Tentu sekali..

                Hari tue masa kemas-kemas barang tiba-tiba Nampak gambar-gambar bayangan itu.. Terus ambil dan tanya kawan-kawan apa nak buat? Terus diorang teruja nak tengok. Hurm,memasing pun blurrr jeee…  Ok puas berfikir, tanpa disedari tangan ni terus laju mengoyakkan gambar-gambar itu menjadi cebisan kecil lalu dibuang dalam mangkuk jamban dan terus flush! Ohh tak tak,semua tue dusta dan rekaan semata.. Saya koyakkan gambar-gambar itu dan buang ikut tingkap, biar ia dibawa angin untuk menghilangkan jejaknya.. Rasa puas ok! Rasa ringan je beban..

                Orang kata bila kita buat sesuatu yang belum pernah kita buat sebelum ini, kita akan jadi seronok.. Ye saya seronok ok! Orang kata bila kita buat sesuatu yang dah lama kita nak buat tapi tak buat-buat dan bila kita buat, kita akan jadi puas? Ye saya puas! Eh,apa yang seronok and puas nih? Seronok bila semua bayangan dia saya dah hapuskan, dan puas bila.. Bila.. Bila.. Saya dah tekad potong rambut saya menjadi pendek seperti yang saya idam-idamkan! Yabedabedoooo… Puas ok!

                Dah lama saya tak potong rambut sependek ini.. Gunting sendiri ok! Saya memang selalu guntIng sendiri, Cuma bila m0od nak menggunting tue takde dan rasa ingin memanjakan diri, terus ke salon berdekatan.. Saya ingat lagi, last saya berambut pendek sampai macam ni masa sek. rendah.. Lama kan? Sek. Men. terus berambut panjang.. Paling-paling pendek pun paras bahu jee.. Tapi kali ni, sangat pendek dan saya sangat seronok.. Rasa ringan jer kepala ni.. Kalau ikotkan kepala saya yang gila ni, saya teringin nak wat gaya boyish.. Ala-ala lelaki tuhh.. Yang pendek gila! Boleh imagine tak?

                Pernah request dekat my mum ok, bukan tak pernah.. Tapi my mum said NO NO and NO! Kalau tanya my dad lagi la die tak bagi kot, kot la? Hahah.. Masa saya potong rambut pendek tue, terfikir jugak alang-alang nak wat stail boyish terus la.. Tapi fikir balik kang bila turun dari bilik je, kanga da yang pengsan pulak kang tak memasal kan? Adik boy pun da tegur “tak pernah-pernah potong rambut pendek, tetiba je potong nape?” Sambil tue puji cakap macam mana saya potong,cantik jugak.. Saya takde la potong pendek gila-gila macam boyish yang macam saya idam-idam kan tue..  Kang ada pulak yang tak kenal mana adik mana kakak kang.. hahaha.. Ok lah itu je saya nak luahkan tentang tekad.. Tekad hapuskan jejak dan bayangannya serta tekad potong rambut pendek.. ok! Mekasihhh..