CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Selasa, 11 Oktober 2011

Tekanan dan tekanan...

Bila nak masuk balik kolej sem depan rasa tertekan pulak.. Macam-macam nak kena fikir.. Dah macam first time masuk kolej je rasanya.. Adik pun dah start masuk U baru-baru ni.. So belanja pun bertambah la.. Bulan ni baru belikan adik new lappy untuk kegunaan harian die.. So,faham-faham la... Berjimat cermat itu harus bagi bulan ni... Bulan depan pulak saya masuk kolej.. So,bulan depan lak new lappy for me... Duit lagi kan? So,bulan ni dan bulan depan berjimat cermat itu penting..  Streesss kejap~~

Sabtu, 8 Oktober 2011

Macam-macam yang perlu saya lalui.. =(

Bukan semua kisah kita sama... Bukan semua kisah kita indah.. Cerita kita tak sama.. Cerita saya tak indah.. Saya tak seberuntung awak.. Macam-macam dugaan yang perlu saya lalui.. Macam-macam halangan dan dugaan yang saya perlu tempuhi.. Nasib kita tak sama.. Saya diduga dengan berbagai dugaan.. Entah bila pelangi indah akan muncul.. Entah bila nasib saya akan berubah.. Saya tak tahu..


Semuanya bermula dari 2010.. Saya diuji dengan bermacam-macam dugaan.. Sampailah kehari ini.. Entah apalah nasib saya.. Nasib yang selalu menduga saya, menguji saya.. Baru - baru ni saya ke hospital lagi setelah batuk,demam,sakit kepala,pening sampai hampir nak pitam yang tak hilang hampir sebulan.. Dr. sahkan tekanan darah saya rendah.. Nadi saya laju seakan-akan berlari.. Saya hanya terdiam..


Balik dari hospital saya terus termenung,teringat kata-kata Dr. yang sering merawat sakit scoliosis saya.. Masih segar dalam ingatan ni selepas dari pembedahan, Dr. memberitahu bahawa saya ada potensi untuk dapat penyakit paru-paru berair.. Saya tak macam orang lain.. Nafas saya pendek.. Nadi saya berdegup laju disebabkan paru-paru saya yang terhimpit oleh tulang saya sebelum operation 3 bulan yang lepas... Dan sampai sekarang ianya masih kekal sebegitu..


Saya dinasihati untuk membeli alat untuk menguji pernafasan dan melatih pernafasan.. Tapi mengambil masa yang lama untuk kembali pulih.. Mak ayah saya paling bimbang jika saya batuk.. Pasti saya akan kelihatan seperti orang asma/semput... Pernah sekali saya pergi ke klinik,Dr. mengatakan saya hampir-hampir dapat asma.. Hanya kerana batuk.. Sebab paru-paru saya sempit.. Saya tak macam orang lain...


Pernah satu ketika semasa saya dikolej, hanya kerana saya menaiki tangga tingkat 2 tapi muka saya pucat dan saya tercungap-cungap.. Kawan-kawan lain menegur, muka saya pucat.. Saya hanya mampu tersenyum.. Sedaya upaya merahsiakannya.. Saya tak mahu dianggap lemah.. Saya tak mahu meminta simpati, seboleh-bolehnya semua saya mahu buat sendiri... Selagi termampu.. Selagi terdaya.. Dan.. Selagi nafas tak terhenti........ =(



Masih adakah hari untukku esok....

Sabtu, 1 Oktober 2011

Sunyi bila diorang dah balik.. =(

Bila diorang datang dari hari jumaat,sampailah pagi tadi... Rumah ni rasa riuh jew dengan gelak tawa dari diorang.. Sumpah best! Tidur ramai-ramai.. Makan ramai-ramai.. Borak sampai pagi.. Best jew.. Kadang-kadang rasa macam dekat hostel pulak kan? hehe... Dah lama tak riuh macam ni..


Diorang pun nampak happy jew dapat pergi mandi air terjun and pergi melawat strawberry park... Balik jew semua tertidur kepenatan.. Pastu ada yang kelaparan lepas dah balik.. Siap perut berbunyik lagi tuh! Haha... Lapar sangatlah tue kan.. Kalau dah nama pun mandi sungai,mesti lapar lepas tue..


Tue belum tengok lagi yang tak nak bangun walaupun dah maghrib.. Penat sangat katanya,sampai tak nak mandi... Haha.. Tak nak lepaskan bantal.. Malam tadi semua tidur dengan lena... Berbeza dengan malam sebelumnya.. Mira dengan saya berborak sampai pagi.. Gara-gara mira dah terlebih tidur siang tue... Tapi saya sempat topap tidur utk dua jam siang tue... Jadi bila malam,telan ubat batuk dan tidur dengan lenanya... =)


Tapi pagi tadi diorang semua dah balik... Owh,bosannya.. Sunyi je rumah ni taw... Kan best kalau diorang dapat tidur sini seminggu.. Melampau tak nak suruh diorang tidur sini seminggu?? Hahaha.. Sumpah best gile! Lagipun saya bosan dok rumah sorang-sorang... huhu..

Saya harap diorang sudilah nak datang lagi ke teratak saya yang tak seberapa ni untuk lain kali.. Saya seronok taw diorang datang ramai-ramai.. Lepas ni kita pergi mandi air terjun ramai-ramai lagi.. Miss u all t0o much!! =)