Semuanya bermula dari 2010.. Saya diuji dengan bermacam-macam dugaan.. Sampailah kehari ini.. Entah apalah nasib saya.. Nasib yang selalu menduga saya, menguji saya.. Baru - baru ni saya ke hospital lagi setelah batuk,demam,sakit kepala,pening sampai hampir nak pitam yang tak hilang hampir sebulan.. Dr. sahkan tekanan darah saya rendah.. Nadi saya laju seakan-akan berlari.. Saya hanya terdiam..
Balik dari hospital saya terus termenung,teringat kata-kata Dr. yang sering merawat sakit scoliosis saya.. Masih segar dalam ingatan ni selepas dari pembedahan, Dr. memberitahu bahawa saya ada potensi untuk dapat penyakit paru-paru berair.. Saya tak macam orang lain.. Nafas saya pendek.. Nadi saya berdegup laju disebabkan paru-paru saya yang terhimpit oleh tulang saya sebelum operation 3 bulan yang lepas... Dan sampai sekarang ianya masih kekal sebegitu..
Saya dinasihati untuk membeli alat untuk menguji pernafasan dan melatih pernafasan.. Tapi mengambil masa yang lama untuk kembali pulih.. Mak ayah saya paling bimbang jika saya batuk.. Pasti saya akan kelihatan seperti orang asma/semput... Pernah sekali saya pergi ke klinik,Dr. mengatakan saya hampir-hampir dapat asma.. Hanya kerana batuk.. Sebab paru-paru saya sempit.. Saya tak macam orang lain...
Pernah satu ketika semasa saya dikolej, hanya kerana saya menaiki tangga tingkat 2 tapi muka saya pucat dan saya tercungap-cungap.. Kawan-kawan lain menegur, muka saya pucat.. Saya hanya mampu tersenyum.. Sedaya upaya merahsiakannya.. Saya tak mahu dianggap lemah.. Saya tak mahu meminta simpati, seboleh-bolehnya semua saya mahu buat sendiri... Selagi termampu.. Selagi terdaya.. Dan.. Selagi nafas tak terhenti........ =(

Masih adakah hari untukku esok....




Tiada ulasan:
Catat Ulasan