Dah 2 bulan tak berbelog.. Bersawang sana sini dah nie.. Serius langsung takde masa since balik practikal kat temerloh tu, balik shah alam busy pulak dengan exam, presentation dan poster, dengan thesis lagik.. Memang masa takde langsung untuk bersuka ria macam selalu.. Balik rawang pulak duduk rumah then pergi bercuti sana sini, holiday melaka & kedah.. Kesana kesini tapi tu la masa berharga dengan family + release tension..
Sebenarnya rindu dekat temerloh nun jauh disana tuh.. Tapi takde masa lagi nak pergi sana.. Sekarang ni busy meniaga kat bazar.. Dari duduk rumah takde buat pe baik pergi tolong mom & dad kat bazar tuh.. Lately ni, dad memacam bisnes dia nak wat.. Biasanya tiap hari jumaat memang meniaga kat masjid tuh, coz orang balik sembahyang jumaat kan nak makan pe sume, then sabtu malam meniaga lagi dekat pasar malam.. Now meniaga pulak kat bazar.. Meniaga air jus buah je pun, tapi masyukkk.. Dulu saya sendiri ingat orang meniaga ni biasa - biasa je, sekali bila dah wat sendiri baru tahu kenapa orang lagi suka meniaga sendiri dari keje dengan orang..
Ok selain bazar, meniaga hari jumaat & hari sabtu, dad jugak sekarang tengah memulakan bisnes canopy untuk disewa untuk majlis & kenduri.. Dia share dengan membe dia sendiri.. Khemah semua sekarang tengah tempah dan dah nak siap dah pun, tinggal nak beli kerusi & tempah meja je.. Set DJ pun tengah dok ushar.. Mesti orang ingat my dad dah berhenti keje kan? Coz dia busy dengan semua ni. Takkk.. Dia still seorang Executive, cuma dia jenis yang tak reti duduk diam.. Balik keje terus pergi bazar tolong kitorang pulak.. Memula pelik jugak, kenapa nak berniaga + bisnes ni semua.. Tapi bila fikir balik gaji 5k sekarang ni macam air.. Jadi haruslah ada simpanan mulai sekarang.. Dad pun pencen dalam 4 tahun lagi.. Tapi dengar cite majikan dia bagi kalau nak teruskan sampai umur 60..
Kalau umur 60 pun belum tentu my dad nih reti duduk diam.. Dulu ada ura-ura nanti dah tua nak duduk kampung katanya.. Nak menoreh kebun getah sendiri.. Alahaiii... Larat lagikah? Memacam.. Jadi saya ni anak seorang peniaga bazar, pasar malam, anak seorang executive dan anak seorang bisnes man senang cerita.. Mungkin ada yang malu kalau tolong menjual dekat bazar pe sume tuh, tapi bagi saya takde istilah malu coz saya tahu diam diam ubi berisi.. Bukannya berlagak tapi poket kosong.. hikhik.. Semoga semua yang diusahakan kami sekeluarga berjaya dan maju demi masa hadapan... Aminnnn... ;)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan