Hari ni saya nak buat luahankan yang saya sangat sangat serba salah sebenarnya.. Saya rasa tak patut saya buat orang yang sayang saya seikhlas hati menangis.. Huaaaa... Saya lak tetiba rasa nak nangesss.. Saya buat macam ni sebab tak nak dia terus mengharapkan saya, saya tak nak dia tunggu saya.. Saya tahu dia sayangkan saya.. Tapiii.. Saya tak cintakan dia.. Saya kejam, sangat kejam..
Nak tahu tak betapa kejamnya saya? Dia tu sebenarnya membe kepada membe membe saya.. Suka kat saya then mintak no.saya kat membe.. Oleh kerana masa tu kitorang selalu sangat lepak ramai-ramai so saya tak kisah sangat la pun kalau dia contact saya.. Kitorang start rapat sampai lepak pergi mana-mana pun ada.. Lepak PD sesama, lepak bukit ampang sama-sama.. Kira pergi mana-mana pun sama-sama and ramai-ramai.. Saya tahu dia suka kat saya coz membe bagitahu tapi saya still buat buat tak faham dan buat macam biasa je.. Sampailah suatu hari dia wat luahan berani mati dekat saya.. Masa tue saya just cakap bagi saya masa..Mula-mula dia cakap okey.. Lama-lama dia makin mendesak dan mendesak sampailah saya rasa rimas.. Rimas sangat..
Dia wat hal dengan membe-membe saya yang jugak membe-membe dia.. Lepas tue hubungan diorang semua renggang.. Tapi dia salahkan saya, dia cakap mungkin disebabkan saya hubungan diorang renggang.. Membe-membe saya semua mengamuk dan sound dia memacam, yelah.. Sebenarnya dia yang wat hal kt diorang tapi salahkan saya.. Tak perlu kot bagitahu hal tu kat sini.. Saya start diam dan langsung tak balas mesej-mesej dia semenjak tu.. Banyak mesej dia hantar tapi satu pun saya tak balas..
Hari ni dia datang dari jauh untuk jumpa kami semua.. Tapi membe-membe saya yang tak puas hati ni nak game dia.. Mintak saya berlakon dengan boyfren dia yang jugak membe saya ni berlakon as couple.. Boyfren dia ni pulak pernah membe dengan dia rupanya.. Jadik saya ni terpaksa la berlakon, dalam masa yang sama niat nak bagi dia jangan cari saya lagi.. Hari ni semuanya diatur, saya naik kereta dengan boyfren dia.. Nasib membe takde la segan sangat.. Sampai - sampai je, saya dah nampak dia pandang je saya.. Nervous nya hanya tuhan yang tahu.. Lama kitorang lepak.. Dalam 6 orang masa tue, 3 lelaki dan 3 perempuan.. Dia pun nampak sedih je.. Lepas tu dia ajak membe kitorang si yana ni lepak jauh sikit, tapi saya dah tahu dah mesti dia luahkan semua pasal saya kat yana.. Saya buat biasa-biasa je.. Kitorang lepak makan untuk sahur sekali ramai-ramai.. Lepas tue baru dia balik..
Sampai je kolej memasing berkumpul untuk dengar cerita dari yana..
Yana - Iza, dia banyak cerita pasal kau.. Dia sayang sangat kat kau.. Tadi dia nangis..
Saya - Yeke? dia cakap pe je?
Yana - Dia sayang kau sangat-sangat.. Dia tanya dah berapa lama kenal dengan mamat tue, kenapa kecik sangat dunia ni sampai dapat kawan dia sendiri.. Macam-macam dia tanya kau,semuanya pasal kau..
Saya - Habis tue kau jawab pe?
Yana - Aku cakap yang korang kawan je, aku cakap kat dia "kau tahu jelah iza tue, dia mana nak couple-couple ni.. Dia selesa single je" Lepas tue dia cakap dia suka tengok kau pakai dress tu malam ni.. Cantik sangatt.. Lepas tue dia nangis lagi dan cakap lagi yang dia sayang kau..
Saya - Aku bukan tak suka dia tapi cara dia merimaskan.. Aku tak nak dia berharap je..
Yana - Entah la, tapi yang aku tahu dia sayang kau sangat sangat sangat weyhh.. Aku rasa macam bersalah pulak buat dia macam ni..
Saya - Aku punnn.. Rasa bersalah ikut plan korang.. Huhu..





Tiada ulasan:
Catat Ulasan