CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, 7 Jun 2013

Anak perantauan




             Semalam, hari ini, esok, lusa dan selasa saya sangat-sangat bersenang lenang ye kengkawan.. Dek kerana kelas takde.. kehkehkeh.. Dah lama tak berblogger.. Sem lepas busy.. Cuti 3 minggu hari tue pun busy menguruskan adik boy saya yang masuk matrix arau perlis, busy carikkan baju, pergi bank bayar yuran, pergi sana pergi sinun.. Seminggu tue je dah penuh dengan aktiviti shopping barang-barang dia..


           Seminggu lagi pulak sibuk bercuti-cuti malaysia di kedah, perlis dan perak.. Perjalanan yang sangat - sangat jauh.. Bertolak dari hari jumaat sampailah hari rabu. barulah balik ke rumah tercinta.. Kemain lama bercuti.. eheks! Memalam buta hari jumaat tue bergerak dari rumah nak ke kedah.. Nak attend wedding my best friend dari kecik hari sabtu.. Yang dulunya dok main masak-masak dan kawin-kawin sesama..Malunya bila igat balik..*tutupmuka* Kitorang berpisah masa form 1.. Tapi facebooklah menjadi medium perantara kami. 10 years.. Weyhhh.. kecik je kan kita dulu-dulu.. Sekarang kau dah kawin.. Tinggal aku.. Sobs sobs~~ =(


           Yang lagi best, kawan-kawan lain dulu pun datang.. OMG! Seronok gila okeyh! Cepatnya masa berlalu.. Sampai memasing dah kawin.. Ada yang dah ada anak.. Tapi yang tak bestnya lepas zohor dah kena gerak balik sebab nak rushing ke arau,perlis pulak.. My dad dah sesiap b0oking hotel kat sana.. 2 bilik untuk 2 hari.. My dad sangat awesome! Mementingkan keselesaan anak-anak.. Check in kul 2.. Tapi kami sampai pukul 3 macam tu.. Sampai - sampai je solat dulu then tidur.. Seronok sesangat dapat tidur.. Lepas maghrib keluar pergi makan besar.. Then balik tengok astro kejap then tidur dengan lenanya..


           Pepagi tu keluar pergi breakfast dan berjalan-jalan sekitar situ.. Carik barang-barang adik boy lagi.. Diorang tah kemana.. My dad dengan saya yang pergi carik barang-barang semua.. Tapi my dad memang tak reti la nak beli barang untuk budak asrama.. Saya jugak ler mencarinya sampai penuh troli.. Barang mandi dari atas ke bawah, semua saya belikan.. Lepas tu kami ke sempadan thailand.. Ada mall kt sana yang bebas cukai.. Harga not bad, ada yang mahal and ada yang murah.. Tapi kami attack cokelat bebanyak! Habis RM200++ kat cokelat sahaje.. kikikiki..


           Seronok sangat bershopping lepas tue balik semua tidur.. Penat sangat.. Malam tu malam last adik boy saya dengan kitorang.. Dia teringin nak McD.. Tapi McD tak hado kat sekitar arau nie.. Sabar jelah dik oiii.. So kami pilih makan KFC je reramai.. Berselera dia makan.. Malam tu lepas makan kami duduk lobi berborak dan my dad bagi nasihat sesikit kat adik boy saya tue.. Yang saya dok mengemas barang-barang dia dan check semuanya dalam keadaan teratur dan lengkap..


         Pagi isnin kami hantar adik boy masuk matrik, luas jugak tempat tue.. 1bilik ada 6 orang tapi bilik tue besar sangat.. Ruang tengah ada tempat study sorang satu.. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami hantar adik masuk matrik.. Dulu adik gurl saya pun matriks jugak.. cuma beza tempat je.. Adik gurl dulu dapat kat banting, tempat baru jadi semuanya moden la.. Selesai semua urusan, macam biasa kakak dia yang comel lagi ayu nie yang akan kemas semua barang-barang dia sampai habis.. Gantung baju, susun baju, pasang cadar, susun semuanya sampai siap.. Dah siap semua.. Lepas zohor, sesi bersalaman dan nasihat menasihati adik boy tue.. Then adik boy bagi henset sony z dia suruh saya bawak balik takut hilang.. 2k tue, hadiah 5A's dari my dad.. Dia pakai sony lama..  Then kami balik meninggalkan dia.. Terus ke perak..


~TO BE CONTINUE~

Sila layan gambar kami disana..

Kawan ku kini isteri orang!

Adik boy ku kini anak perantauan!

Muka seronok dapat makan mangga harum manis


Adik-adik tinggi dari kakak

Adik gurl tinggi dari saya..









Tiada ulasan: